KUALA
LUMPUR, 13 Sept – Exco Pergerakan Wanita UMNO, Senator Norliza
Abdul Rahim berkata, DAP akan terus bermain sandiwara bagi
mengelirukan rakyat berkenaan kemelut pemilihan semula CEC.
Terbaru
jelas beliau didakwa kononnya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
menerima ugutan bunuh dan ini boleh dianggap satu lagi taktik terbaru
DAP di dalam mengalih isu CEC.
Justeru
tambahnya lagi dek kerana tertekan dengan sikap ahli DAP sendiri yang
menggesa kepimpinan DAP berhubung pemilihan tersebut maka cerita baru
terpaksa direka agar kepincangan mereka dapat ditutup rapat.
Semalam
Guan Eng mendakwa menerima ugutan bunuh melalui laman twitternya yang
dipercayai ada kaitan dengan permasalahan pemilihan CEC.
Selain
itu Guan Eng turut melahirkan rasa tidak percaya dan menuduh pihak
polis sebagai ‘double standard menyebabkan dia masih menimbangkan
samada mahu membuat laporan polis atau tidak.
“Ini
semua adalah propaganda DAP. Seperti biasa mereka akan menuduh pihak
lain untuk rakyat kembali membenci polis kononnya polis bersikap
tidak adil dan pilih kasih.
“Inilah
kepakaran DAP di dalam mengalih perhatian rakyat daripada melihat
keburukan mereka. Sekiranya sentimen di hati rakyat telah
disemarakkan maka isu CEC tidak lagi menjadi perhatian,” jelas
Norliza.
Tambah
Norliza yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Gelugor,
seharusnya sebagai seorang Ketua Menteri, Guan harus mempercayai
kredibiliti pasukan keselamatan yang menjaga keamanan negara ini
serta memberi sokongan sepenuhnya tanpa ada rasa prejudis.
Pihak
berkuasa sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka tanpa ada rasa
pilih kasih atau parti politik. “Bagaimana seorang Ketua Menteri
boleh mengeluarkan kenyataan tidak percaya kepada pihak berkuasa.
“Ini
sebenarnya adalah dalih mereka. Jika benar dia menerima ugutan bunuh,
laporan polis mesti dilakukan dan siasatan akan dibuat. Bukan menuduh
pihka polis tidak adil dan pilih bulu,” jelasnya lagi.
Pada
30 Julai lepas, ROS memutuskan DAP perlu mengadakan semula pemilihan
CEC selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan berkaitan
dakwaan berlaku penyelewengan pengundian dan manipulasi undi
membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan parti itu.
Bagaimanapun,
parti itu sebelum ini berulang kali mempertahankan bahawa pemilihan
berkenaan diadakan secara bersih dan kesilapan yang berlaku adalah
disebabkan masalah teknikal.
DAP
pada awalnya membantah arahan ROS itu namun kemudian memutuskan akan
berbuat demikian. –
MediaUMNO
No comments :
Post a Comment