Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, September 25, 2013

Tukang URUT B2B Gomol Penguatkuasa Jabatan Agama Elak Dicekup!!!


Anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIWPKL) terpaksa ‘bergomol’ dengan empat tukang urut wanita warga Vietnam yang bertindak agresif dalam usaha melepaskan diri daripada kepungan selepas premis tempat mereka bekerja di sebuah pusat urut refleksologi di Taman Miharja, Cheras, di sini, diserbu kelmarin.

Bagaimanapun, cubaan empat wanita terbabit gagal, malah pemeriksaan lanjut mendapati semua mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai tukang urut.

Ketua Bahagian Penguat kuasa JIWPKL, Penolong Pengarah Imigresen James Musa Singa berkata, keempat-empat tukang urut terbabit bukan saja menjalankan perkhidmatan urut badan ke badan (B2B), tetapi turut menawarkan khidmat seks.

Dua anggota penguat kuasa yang menjalankan serbuan terlebih dulu menyamar sebagai pelanggan dengan memerhati operasi premis itu dan aktiviti pelanggan lain.

Selepas diyakini premis itu mengupah pekerja wanita warga asing, barulah serbuan dibuat,” katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan Op 6P jam 2.30 petang itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang juga penjaga pusat urut refleksologi itu bagi membantu siasatan.

SEORANG pelanggan sedang asyik dilayan tukang urut.


Selain itu, dalam operasi sama, kami turut menyerbu tiga lagi premis yang menjalankan aktiviti urut refleksologi di Desa Sri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail.

Seramai 22 warga asing termasuk pelanggan diperiksa dan hasilnya kami menahan lima lagi wanita warga China kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63(Pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. Beliau berkata, lelaki tempatan yang ditahan pula akan didakwa mengikut Seksyen 55B akta sama kerana kesalahan mengambil pekerja warga asing yang tidak memiliki sesuatu pas yang sah. Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum 12 bulan.

Semua warga asing berusia 20 hingga 48 tahun itu kemudian dibawa ke Depoh Tahanan Bahagian Penguatkuasa, JIWPKL, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.


Sumber : Hmtero  


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.