Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, September 22, 2013

Saka

Satu lagi kenyataan akhbar dikeluarkan MCA hari ini:

in retaliation to mine [Heng Seai Kie] and other MCA leaders, [Deputy Home Minister] Wan Junaidi was also reported to have said that “MCA is free to voice its opinions, but the government makes the decision in the end.”

By this, is Wan Junaidi trying to say MCA is not a part of BN which is the current ruling government?” — statement by MCA publicity bureau chairman cum MCA deputy national organising secretary

Komunis membunuh banyak mata-mata dan polis Melayu pada zaman Jepun. Mereka kemudian membunuh tentera kita pada zaman Darurat (1948-1960).

Komunis membunuh penghulu, ketua kampung dan pegawai daerah.


Komunis membunuh orang awam yang disyaki mereka telah bekerjasama dengan Jepun. Mangsa-mangsa itu digelar “running dog” oleh komunis. Rumah yang tertuduh sebagai tali barut Jepun akan dibakar sampai hangus.

MCA bukan sahaja parti ditenggelami masalah malah para pemimpinnya juga bermasalah, umpama naib presiden si Gan Ping Sieu yang mahu abu Chin Peng dibenar bawa masuk ke Malaysia serta berkata dalam kenyataan akhbarnya:

Gan Ping Sieu buta kepada sejarah interregnum di mana meskipun gerila komunis di Batu Pahat bersenjatakan senapang dan peluru, dan Tentera Sabil Selendang Merah hanya bersenjatakan parang panjang dan lembing, namun orang Cina kesemuanya gugur apabila berdepan dengan amok Melayu.

Sepanjang sejarah Tanah Melayu, orang Melayu sebenarnya tidak pernah bertemu dengan mana-mana kelompok manusia yang menaikkan amarah mereka sampai ke tahap amok kecuali kelompok Bintang Tiga.

Cuba tanya kenapa orang Melayu tidak pun mengamok dengan penjajah Portugis, tidak mengamok dengan penjajah Belanda, tidak mengamok dengan penjajah Inggeris, tidak mengamok dengan penjajah Jepun tetapi orang Melayu mengamok sakan dengan komunis yang cuba menjajah Malaya.

Chin Peng menerima pingat daripada British (Lord Mountbatten dalam gambar ialah bapa saudara Putera Mahkota Charles
Chin Peng menerima pingat kehormatan daripada British (Admiral Lord Mountbatten – gambar – ialah bapa saudara Putera Mahkota Charles)

Kekejaman komunis


Komunis mengurung mangsa mereka dalam sangkar babi.

Ada yang diikat kaki dan tangan mereka di tiang buluh lalu diusung melalui jalan-jalan untuk ditunjukkan kepada orangramai yang seterusnya akan memaki-hamun si mangsa.
Komunis membunuh dengan menjalankan hukuman terbuka di mana mangsa dipukul sehingga mati dengan kayu dan batang besi ataupun ditikam dengan bayonet dan lain-lain senjata tajam.

Mangsa dikerat anggota tubuh mereka tatkala masih hidup serta dikorek biji mata mereka. Alat sulit mangsa dipotong dan perut mereka dirobek sehingga terkeluar usus.
Ada juga mangsa komunis yang digantung dan ada yang dipenggal kepala.
Oleh kerana siksaan kejam yang dilakukan oleh mereka maka komunis digelar “pengganas”.

Chin Peng ialah kepala pengganas komunis. Dia mengetuai regimen komunis yang paling kuat yang bergiat di Perak.


Lokasi regimen-regimen komunis
                                                                                                                                                                                                                                                               

MCA mula belajar biadab DAP

Kenapa Melayu boleh mengamok dengan komunis Cina?

Kalau bukan kerana Datuk Onn Jaafar – ya, negarawan PENGASAS UMNO – yang menghalang, orang Cina Batu Pahat pasti habis disembelih oleh tentera sabilillah yang diketuai kiyai Salleh Selempang Merah.

Tapi pemimpin yang memegang jawatan besar MCA macam Gan Ping Sieu tidak faham-faham lagi. Pemimpin MCA macam Gan pula terikut telunjuk saka komunis dalam bentuk baru Evangelista Bintang Lima.

Pada hemat saya, para pembaca budiman blog ini pun tahu berfikir kenapa orang Melayu boleh jadi begitu marah dengan komunis dan sekarang ini dengan waris Dapster mereka.

MCA anggota komponen paling senior BN sahaja yang sama ada betul-betul tak reti atau bodoh siot.

Apapun, intipatinya MCA bukan sahaja bermasalah tetapi parti tersebut merupakan masalah pokok kepada BN.


Artikel Penuh Sila Baca juga  :   Helen Ang            

                                             

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.