Bekas
Pengerusi DAP cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat melahirkan rasa
terkejut dengan penguasaan Lim Kit Siang terhadap parti itu selama 47
tahun, sedangkan rakan-rakan politik yang seangkatan dengannya sudah
bersara politik.
Kit
Siang menjawat jawatan Setiausaha Agung DAP sejak tahun 1998,
meninggalkan jawatan itu, tetapi menaiki satu lagi hireaki politik,
Pengerusi DAP pada tahun 1999.
Pada
tahun 2004, Kit Siang melepaskan jawatan Pengerusi DAP untuk diganti
dengan Karpal Singh, namun dalam masa sama menaikkan anaknya, Lim
Guan Eng menjadi Setiausaha Agung DAP.
Dalam
masa sama, satu jawatan khusus diwujudkan kepada Kit Siang sebagai
‘Penasihat DAP’, satu jawatan yang mendominasi jawatan-jawatan
lain dalam parti itu.
“Saya pun terkejut dengan apa yang disifatkan sebagai bapa dengan anak itu. (Itu) adalah satu kenyataan.“Sebagai umat Tuhan ini, saya pun hairan, macam mana dia (Kit Siang) boleh dapatkan kuasanya sampai 47 tahun.
Sedangkan Tun (Dr Mahathir) sudah lepaskan jawatan Perdana Menteri.“hanya dia seorang sahaja yang belum. Saya rasa lah apabila mereka lepas jawatan ini, mereka akan mati,”katanya.
Menurut Tuan Tat lagi akar umbi DAP mula buka mata tentang penguasaan bapa-anak dalam parti itu setelah berlaku insiden penyelewengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tahun lepas.
“Parti
ini bukan bapa punya parti (atau) anak punya parti. Sebenarnya, bapa
dia sebagai penasihat. Dia (Kit Siang) dah tahu, ini adalah salah.
Dia harus cerita dengan anaknya. Ini dah tak betul, jika mereka
betul-betul sayangkan parti itu, “katanya lagi
No comments :
Post a Comment