BUKAN satu tapi ramai orang yang gelak besar
mendengar hajat Anwar untuk membersihkan GLC dari pengaruh orang politik dengan
tidak membenarkan mereka terlibat dalam syarikat tersebut, terutama di
Selangor. Apa yang cuba dibuktikan dengan
perkara tersebut pun kita tidak tahu, tapi mengetahui Anwar, memang banyaklah
muslihatnya.
Tambah ‘memilukan’, iltizam ini disuarakan Anwar
setelah ‘madu’nya, si Azmin Ali, kenyang makan hasil sebagai ahli lembaga
pengarah dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor,sebuah GLC di negeri
tersebut. Selain Azmin, beberapa
pemimpin politik PKR dan PAS, turut dilantik menjadi ahli lembaga pengarah
dalam GLC di Selangor dan negeri-negeri yang diperintah pembangkangyang lain.
Antaranya Faekah Husin, Dr Che Rosli dan Rashid
Din dalam lembaga pengarah UNISEL. Di
Pulau Pinang, Mat Sabu dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan
Bekalan Air Pulau Pinang dan sebagainya.
Ini baru yang kita sebut ahli-ahli politik popular
saja, yang picisan tu kalau nak disenaraikan disini, mahu satu kertas kajang
pun tak cukup. Di Kedah sewaktu
pemerintahan PAS umpamanya, kegiatan melantik ahli politik dalam lembaga
pengarah GLC ini sangat berleluasa.
Gamaknya Anwar tahu apa yang akan terbocor di Kedah, sebab itu dia ambil
langkah menyelamatkan diri siang-siang.
Kelantan pun begitu juga, paling menonjol,
perlantikan menantu Nik Aziz sebagai CEO PMBK.
Penulis nak sebutkan disini, apa pun yang Anwar
cuba lakukan dalam soal perlantikan ahli politik dalam GLC ini tidak akan berjaya
membantu menyelamatkan mereka yang terlibat dari tindakan undang-undang kerana
kesalahan dan penyelewengan yang dilakukan.
Anwar mungkin boleh tutup kes yang berlaku di
Selangor dan Pulau Pinang kerana kedua negeri tersebut masih berada dalam
penguasaan mereka, tapi deretan penyelewengan yang berlaku di Kedah itu, hanya
menunggu masa untuk didedahkan dan dibawa ke pengadilan.
Pengumuman Anwar ini hanya satu gimik politik
murahan, sedangkan ahli-ahli politik pembangkang dah lama kenyang makan hasil
dari GLC ini. Bukan setakat kenyang dia seorang, malah menyumbang
sebahagian dari pendapatan tersebut untuk kegunaaan parti masing-masing.
Bercakap tentang Azmin, penglibatannya dalam GLC
di Selangor telah melayakkannya untuk membeli sebiji Ferari pun, dan sekarang
Anwar baru nak larang ahli politik dalam GLC?
Poodahh…
Baca seterusnya : Di sini
No comments :
Post a Comment