Media antarabangsa melapurkan berlakunya gelombang
protes jalanan anti kerjaan untuk 6 hari berturut-turut di Istanbul dan Ankara,
Turki dan beberapa bandaraya utama dunia.
Ini berikutan pada asalnya penentangan warga
Istanbul terhadap rancangan kerajaan untuk pembangunan sebuah taman di pusat
kota Istanbul dan kemudian merebak menjadi protes anti kerajaan di beberapa
bandaraya utama Turki.
Media melaporkan beribu-ribu rakyat Turki telah
mengadakan demonstarsi terbesar di Lapangan Taksim, di tengah kota Istanbul
sejak 10 tahun bagi mengatakan bantahan terhadap pemerintahan perdana menteri
Recep Taiyib Erdogan dari Pari Keadilan dan Pembangunan (dalam bahasa Turki —
Adalet Kalkinma Partisi (AKP)
Lebih 1,500 orang telah ditangkap dalam
demonstarsi tersebut di mana pihak polis dilaporkan menggunakan kekerasan,
pancutan water cannon dan tembakan gas pemedih mata untuk menyurai demonstrasi
tersebut.
Rakyat Turki menganggap Taiyib Erdogan seorang
pemerintah fasis dan mula kelihatan sebagai seorang diktaktor.
Ramai kalangan ahli PKR bertanya-tanya kenapa
tiada seorang pun pemimpin atasan PKR yang “berani” memberikan sebarang komen
tentang kekasaran pihak berkuasa Turki menyuraikan protes tersebut dimana
dilapurkan ramai yang tercedera.
Adakah kerana Anwar Ibrahim begitu rapat dengan
Erdogan dan PKR sendiri mempunyai hubungan erat dengan parti AKP hingga mereka
“bisu” terhadap kekejaman regim Erdogan terhadap rakyat Turki yang berdemo di
Lapangan Taksim tersebut.
Kita sedia maklum beberapa pimpinan atasan PKR
begitu taksub kepada parti AKP hinggakan penggunaan bas kempen parti yang
digunakan oleh Anwar dalam siri kempen “Jelajah Merdeka Rakyat” ditiru
(fotokopi) dari bas AKP.
Kita tidak mahu pimpinan PKR bersikap dwi
standard. Begitu lantang bersuara terhadap tindakan keras pihak polis terhadap
demonstrasi Bersih 2 dan 3, tetapi “menikus” terhadap tindakan keras Erdogan di
Lapangan Taksim!
Baca seterusnya : Di sini
No comments :
Post a Comment