Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, June 14, 2013

Pecah undi Melayu: Berjasa lwn MCA, Perkasa lwn Gerakan

Gerakan kata ia sebuah parti majmuk tetapi kesemua 12 orang calon Parlimennya adalah kaum Cina. Baik mengaku sahaja sebuah parti “pelbagai bangsa” ala DAP.


Sebelum ini, kita pernah membincangkan tentang pengerusi BN Pulau Pinang yang mendakwa kononnya tidak tahu menahu identiti penganjur ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ yang diadakan baru-baru ini.

ge13-speaker-square-esplanade-n8

Teng Chang Yeow memberitahu wartawan sekiranya mengetahui mengenai penglibatan Perkasa, sudah pasti beliau (selaku setiausaha agung Gerakan) tidak akan menghadiri perhimpunan tersebut.

Namun Baljit Singh, ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia parti itu telah memulau acara kerana memilih untuk menjarakkan diri dari Perkasa.

PerkasaLogoPersoalan yang timbul ialah bagaimana boleh seorang pemimpin Gerakan yang kurang senior seperti Baljit dimaklumkan tentang penyertaan Perkasa tetapi Teng Chang Yeow yang berupa ketua Gerakan Pulau Pinang tidak pun diberitahu … konon.

Sebaliknya pula, mengikut laporan akhbar pro-pembangkang The Star, Teng didakwa (perkara ini diberitakan oleh portal media alternatif) sebagai berkata bahawa Perkasa telah “menyeludup masuk”.

Nampaknya Gerakan begitu alah sekali dengan kumpulan-kumpulan puak kanan Melayu yang menyertai perhimpunan pro-BN itu yang berlangsung di Dataran Pidato, Padang Kota Lama.


Parti majmuk, konon

Dalam sebuah laporan khas pilihanraya oleh The Star, profil Gerakan disiarkan seperti di bawah:

Know Your Parties - 13th Malaysian General Election GE13 - The Star Online 2013-03-30 12-51-51

Mengikut The Star:

“Parti Gerakan Rakyat Malaysia was founded in 1968. Originally an opposition party, it joined Barisan Nasional in 1973 where it pursued a non-ethnic approach in areas such as the economy and education. Led by Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Gerakan currently has two parliamentary seats and eight state seats, as well as a membership of 300,000.”

(The Star nampak begitu taksub dengan doktrin “pendekatan buta warna kulit”, seolah-olah pengarang akhbar seorang pelatih di The Rocket.)

http://elections.thestar.com.my/ge_party.aspx#.UVWZ6jeAHAs

Dalam pada itu, The Star turut menggambarkan DAP sebagai sebuah parti pelbagai bangsa yang “memperjuangkan pentadbiran berciri demokrasi serta menyediakan peluang sama rata bagi semua”.

“The Democratic Action Party is a multi-race party that was originally the Malaysian branch of the Singapore People’s Action Party. In 1966, it registered itself as a Malaysian democratic socialist party. The party’s chairman is Karpal Singh, one of its 29 parliamentary representatives. The party also has 83 state seats and seeks to champion democratic governance and equal opportunity for all.”
GerakanParlimen2008

PRU12: Gerakan bertanding 4 kerusi majoriti Melayu

MCA telah bertanding 40 kerusi Parlimen dalam pilihanraya yang lepas dan 13 daripada kerusi-kerusi itu, ataupun sejumlah satu-pertiga, terletak di kawasan majoriti pemilih Melayu.

Gerakan telah bertanding 12 kerusi Parlimen dalam pilihanraya yang lepas (lihat jadual atas) dan 4 daripada kerusi-kerusi itu ataupun sejumlah satu-pertiga juga di kawasan majoriti pemilih Melayu.

Gerakan kalah 10 kerusi, 9 kepada DAP dan sebuah lagi kepada PKR. Yang dua buah kerusi dimenangi Gerakan kedua-duanya majoriti pemilih Melayu.

Datang pilihanraya tahun 2013

TelukIntan

Kerusi Teluk Intan – yang dalam tahun 2008 adalah 43.8 peratus Cina dan 36.2 peratus Melayu – adalah pada masa kini 42 peratus Cina (peratusan menurun) dan 38 peratus Melayu (peratusan meningkat).

Sementara itu kerusi Wilayah Persekutuan yang disandang Tian Chua-PKR, iaitu Batu, mencatat komposisi kaum 44 peratus pemilih Melayu  (peratusan meningkat) dan 38 peratus Cina  (peratusan menurun).

MIC LogoDaripada memberi Teuk Intan dan Batu kepada Gerakan yang lembab prestasi itu, baik kedua-dua kerusi tersebut diserahkan kepada MIC sebagai ganjaran memandangkan sokongan kaum India sudah berbalik kepada BN.

Teluk Intan mempunyai 19 peratus pemilih keturunan India dan Batu, 14 peratus.

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris menegur Gerakan sebuah parti yang “mudah patah semangat, terlalu selesa dan menerima apa sahaja tanpa ada usaha yang lebih dan bersungguh-sungguh”.

Tepat kritikan Perkasa bahawa Gerakan tidak bekerja lebih cukup keras untuk membantu jentera BN. Atas sebab itulah Lim Guan Eng dan konco-konconya boleh bermaharajalela.

Yang lagi teruk berbanding Gerakan ialah MCA yang jentera medianya bukan sekadar malas membantu BN tetapi terang-terang berjiwa evangelista. Kalau Presiden Gerakan Koh Tsu Koon merengek kerana Lim Guan Eng dijadikan “personality cult”, kumpulan media milik MCA sendiri yang begitu beriya-iya memupuk kultus evangelista DAP.

Persaingan tiga penjuru

Pada bulan lepas, ia dilaporkan bahawa badan NGO bergelar Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) akan bertanding 9 kerusi Parlimen dalam PRU13 dengan menggunakan lambang Berjasa.

ismaPresiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman, memberitahu Sinar Harian bahawa pihaknya akan meletakkan calon di Padang Serai, Tapah, Wangsa Maju, Selayang, Subang, Puchong, Kapar, Seremban dan Tanjung Piai.

Kerusi-kerusi Padang Serai, Wangsa Maju, Selayang, Subang, Seremban dan Tanjung Piai telah diberikan kepada MCA bagi ia bertanding pada tahun 2008 manakala Puchong diberikan kepada Gerakan.

Tindakan badan-badan Melayu-Islam untuk mewujudkan persaingan tiga penjuru akan berupaya memecahkan undi Melayu.

Orang Melayu yang enggan memberikan undi mereka kepada DAP tetapi pada masa yang sama cukup meluat dengan MCA akan mempunyai pilihan ketiga, iaitu calon Muslim yang bertanding di bawah payung Berjasa.

DUMChannahTwitter1

Sebenarnya kian ramai golongan Muslim yang tidak menyenangi asakan-asakan yang sedang dibuat oleh puak pelampau agama Kristian.

Media milik MCA, The Jerusubang Star, dilihat sebagai pendokong evangelista. Selama ini tidak pernah akhbar tersebut membuat apa-apa liputan kritis terhadap politikus DAP 2.0.


Hannahbabyboth

The Star sengaja menutup malu DAP

Sehingga hari ini The Jerusubang Star masih bertekad tidak mahu membongkar penipuan Anak Bangsa Malaysia.

Sekiranya benar-benar mahu mendedahkan pembohongan puak Malaysian Firsters, ia senang sahaja. Anak kedua Hannah Yeoh sekarang berusia hampir dua bulan.

Adun Jerusubang itu berdepan 3 pilihan sahaja, yakni mendaftar anaknya itu dalam surat beranak sebagai keturunan:

(I) India

(II) Cina

(III) memboikot proses perdaftaran sijil lahir kerana tuntutannya bagi meletakkan bangsa ‘Anak Malaysia’ tidak dipenuhi JPN

Kesimpulannya jikalau Hannah Yeoh memilih Opsyen (I), yakni butir ‘keturunan India’ maka akan timbul kemusykilan kenapa anak sulungnya sebelum ini didaftarkan sebagai keturunan Cina? Tidak masuk akal bahawa dua orang kanak-kanak yang adik-beradik boleh seorang India dan seorang Cina.

Sekiranya Hannah memilih Opsyen (II), yakni butir ‘keturunan Cina’ maka timbul persoalan — kenapa pasangan tersebut membelakangi adat dan budaya orang Timur sedangkan salasilah kita selalunya ikut susur-galur bapa. Adakah Hannah Yeoh memandang rendah tradisi masyarakat India?


MCAstarDividend

MCA setakat mahu untung sahaja

Kedua-dua pilihan berupa “lose-lose situation” bagi Hannah Yeoh. Dengan memilih Opsyen (I), DAP akan hilang populariti dengan masyarakat India yang berasa terkilan. Opsyen (II) pula akan mengesahkan tanggapan orangramai terhadap DAP sebagai parti cauvinis Cina.

Takkanlah pula Hannah akan memilih Opsyen (III) lalu menjadikan anaknya “stateless” (tidak bernegeri).

Anak Hannah Yeoh hari ini mesti sudah didaftarkan dengan JPN tetapi The Star enggan menemuramah walaupun suratkhabar itu telah menghebahkan berita sewaktu kelahiran anak sulung Hannah.

Sikap The Star yang enggan menangani dakyah hipokrit DAP – yang isu ini seraya mampu memenangkan BN – membuktikan bahawa akhbar itu sebilah gunting dalam lipatan. Ataupun MCA musuh dalam selimut.

Dengan itu, saya tidak sedikit hairan pun untuk mendengar bahawa NGO-NGO Melayu bercadang untuk masuk gelanggang demi memecahkan undi Melayu di kawasan-kawasan MCA.

Selama ini MCA tidak nampak ikhlas bersama perjuangan BN. Asyik parti-parti komponen bukan Cina kena tikam belakang oleh gergaji dua mata belaan MCA itu.


Sumber : Helen Ang



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.