Oleh Nor Azlina Shaari
Usahlah kita termakan dengan lakonan hebat Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang penuh bergaya serta mimik wajah yang ‘suci’
ketika mengangkat sumpah menjadi Ahli Parlimen pagi semalam.
Di awalnya, Anwar mencanang hebat hinggakan mahu satu dunia
mengetahui pembangkang akan terus memboikot pembukaan sesi taklimat penerangan
parlimen sebelum ini.
Juga, begitu lantang memberitahu akan memulaukan sesi angakat
sumpah yang berlangsung hari ini sebagai tindakan memprotes keputusan PRU13
pada Mei lalu.
Namun, Anwar membuat pusingan U pula di saat-saat akhir apabila
hadir bersama-sama pemimpin PR yang lain untuk mengangkat sumpah.
Semua mengetahui, Anwar sudah malu apabila usaha memprotes
keputusan pilihan raya yang dilakukan melalui cara siri demonstrasi himpunan
bantah ‘Blackout 505′ pada 22 Jun lepas tidak berhasil.
Anwar gagal mengumpulkan pencacai-pancacai PR seramai 100,000
orang berhimpun dan berkhemah di Padang Merbok.
Jadi, demi meraih kepercayaan dan sokongan rakyat terhadap PR,
Anwar berlakon yang kononnya terpaksa menghadiri upacara angkat sumpah di
Parlimen.
Kebenarannya, dari tindakan Anwar itu memperlihatkan parti
pembangkang sebenarnya sudah pun menerima hakikat kemenangan UMNO dan BN dalam
PRU13 lalu.
Kenyataan itulah yang harus dilihat dan diperhatikan oleh rakyat
kerana selama ini Anwar hanya mempergunakan rakyat demi kepentingan dan nafsu
peribadi dirinya sendiri.
Biarpun Anwar dan kuncu-kuncunya sudah pun mengangkat sumpah,
itu tidak bererti beliau akan terus mendiamkan diri dari meneruskan agenda
protes kemenangan BN dan menumbangkan kerajaan.
Percayalah, bermulanya saat beliau berlakon menjadi ‘suci’ dalam
dewan Parlimen, sebenarnya Anwar sudah rancak merancang pelbagai agenda dan
muslihat untuk terus menggulingkan kerajaan.
Dendam Anwar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
tidak pernah padam walaupun kelibat dirinya dilihat duduk semeja menjamu selera
bersama dengan pemimpin yang disegani rakyat itu.
Lihat sahaja bertapa liciknya perancangan Anwar sejak sebelum
PRU13 berlangsung lagi. Anwar sudah mengheret Najib dengan pelbagai isu politik
agar Najib tidak punyai masa mentadbir negara dan hanya memberikan fokus kepada
isu-isu politik sahaja.
Sejak lima tahun lepas, Anwar sentiasa menganggu urusan
pentadbiran Najib dengan mencipta kekecohan melalui perhimpunan-perhimpunan
haram yang juga melibatkan emosi dan perasaan rakyat untuk terus membenci pihak
kerajaan.
Ia berterusan dengan tindakan kotor Anwar yang dapat dihidu
sebelum menjelangnya hari pembuangan undi di mana beberapa kumpulan telah
diupah oleh Anwar dan PR sendiri untuk mencipta kekecohan pada hari itu.
Selepas keputusan undi diperolehi, Anwar tidak senang duduk dan
terus menggerakkan gerakan reformasi menghasut rakyat supaya tidak menerima
keputusan SPR dengan hati terbuka.
Lama-kelamaan, tindakan memprotes berterusan dengan mencipta
himpunan ‘Blackout 505′ yang kononnya bersumberkan fitnah di mana telah
berlakunya genjatan elektrik sewaktu pengiraan undi sedang dilakukan.
Natijahnya, gerakan ‘Blackout 505′ yang cuba digerakkan oleh
partinya menerima sambutan yang bercampur baur di kalangan penyokong
pembangkang sendiri.
Inilah usaha yang tidak pernah padam untuk dilakukan oleh Anwar.
Selagi impian dan hasratnya tidak tercapai, selagi itulah Anwar akan terus
menganggu Najib dan kerajaan dengan isu-isu politik yang tidak munasabah.
Cuma sekarang ini, pendekatan Anwar untuk mengacau pentadbiran
kerajaan sudah dapat diagak kerana ia tidak pernah berubah. Mengutuk, mengeji
dan juga meracuni pemikiran rakyat terhadap institusi politik negara adalah
jenama strategi Anwar.
Cara yang sama juga akan Anwar gunakan untuk tempoh 5 tahun akan
datang ini sebelum PRU14 pula berlangsung. Tidak mustahil!
Baca seterusnya : Di sini
No comments :
Post a Comment