“DAP menunjukkan bahawa ia memiliki jentera
terbaik, yang paling bersedia dari segi organisasi dan dapat memberikan respon
yang pantas terhadap situasi yang berlaku setiap hari,” kata Lim Guan Eng
mengupas rahsia kejayaan partinya dalam PRU13.
Ulasan kandungan surat terbuka Lim Guan Eng kepada
ahli-ahli partinya sempena kejayaan DAP dalam pilihanraya
“Kempen gerakan rakyat” — DAP akan menggembleng
tunjuk sokongan oleh para pengikutnya. Ahli dan penyokong DAP akan bergerak untuk
menuntut pilihanraya yang “bersih, bebas dan adil”.
Parti itu juga akan membawa desakan mereka ke
forum antarabangsa di samping memfail cabaran di mahkamah untuk mempertikaikan
kerusi-kerusi yang dimenangi BN.
Guan Eng mendakwa BN sebenarnya telah menang
melalui “penipuan, undi-membeli dan memanipulasi senarai pengundi melalui
pengundi hantu dan Bangladeshi yang bukan warganegara”.
Kubu kuat DAP
Hampir satu-perlima kerusi DUN sekarang menjadi
milik DAP. DAP kini mempunyai 107 orang Adun – 95 yang dipilih melalui PRU13
dan 12 Adun sedia ada yang telah menang pilihanraya negeri Sarawak tahun 2011)
– daripada sejumlah 576 orang Adun-Adun kesemuanya di seluruh negara.
Seterusnya Lim Guan Eng menganggap Pulau Pinang
dan Selangor sebagai “negeri-negeri kubu kuat” DAP.
Parti pemerintah yang diketuai setiausaha agung
DAP itu telah meraih 68 peratus undi popular – satu lonjakan berbanding 2008 –
di Pulau Pinang dalam PRU13.
“Yang paling bersedia dari segi organisasi”
Guan Eng turut mendakwa bahawa BN telah
“menggunakan politik wang, ancaman kekerasan dan pembohongan untuk memenangi
pilihan raya umum”.
Namun begitu, taktik kotor BN dapat dipatahkan
oleh DAP yang jenteranya “dapat memberikan respon yang pantas terhadap situasi
yang berlaku setiap hari”.
Keberkesanan respons adalah hasil daripada
prestasi jentera pilihanraya DAP sebagai yang terbaik dan “yang paling bersedia
dari segi organisasi”, jelas Guan Eng.
Sandiwara DAP untuk dapat undi simpati!
Kesian Betty telah dipermainkan dan
ditipu
oleh suami dengan skandal ???
Betty Bald meraih undi simpati
Menurut Guan Eng, kempen Go Bald To Protest Money
Politics oleh DAP “sangat memberi kesan kepada pengundi atas pagar”.
Tambah Guan Eng lagi, kempen tersebut telah
berjaya “memusnahkan apa sahaja baki sokongan kepada BN” apabila ramai wanita
di seluruh negara amat bersedih melihat isterinya membotakkan kepala.
Liputan bersimpati peristiwa tersebut oleh akhbar
arus perdana yang paling laris jualannya mendorong kaum Hawa agar “terus
memasang azam untuk menghukum BN”.
Skandal Guan Eng
Minoriti paling lantang di dunia
Guan Eng menuduh pentadbiran Najib sebagai
“kerajaan minoriti BN di Putrajaya”, Najib Razak sebagai “Perdana Menteri
minoriti BN” dan Zambry Abdul Kadir sebagai “Menteri Besar minoriti BN di
Perak”.
Mengikutnya, BN yang telah “kalah” PRU13 sedang
bertindak balas “tidak rasional” dengan menaikkan sentimen perkauman dan
ekstrimisme bagi mengalih perhatian orangramai daripada kepincangan-kepincangan
yang menyelubungi parti lapuk tersebut.
Dalam pada itu, kekalahan lawan membuka ruang bagi
DAP mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh BN”.
Sebagai perancangan masa depan, Guan Eng
memaklumkan bahawa semua wakil rakyat DAP sudah diarahkan untuk menubuh pusat
perkhidmatan di kawasan masing-masing.
Surat terbuka Guan Eng yang disiarkan di RoketKini!
Dengan masalah dalaman DAP, Guan Eng masih sempat
hendak menipu kepada para pengundi dan penyokong DAP. Baca sini dan di sini.
Kenapa Guang Eng takut? Baca di sini.
Guan tuduh BN telah menang melalui “penipuan,
undi-membeli dan memanipulasi senarai pengundi melalui pengundi hantu dan
Bangladeshi yang bukan warganegara”. Bagaimana pula dengan pengundi hantu dari
China? Sila baca di sini? Berapa ramai pengundi Cina bila ditanya semasa
mengundi langsung tak tahu cakap Melayu? Siapakah mereka yang sebenarnya! Tidak
hairanlah undi untuk DAP naik mendadak ditempat-tempat yang telah ditetapkan?
Baca seterusnya :Di sini
No comments :
Post a Comment