Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, June 7, 2013

Sudah Semestinya Cina Perlu Berterima Kasih Kepada Melayu dan Kerajaan Malaysia

944353_10151452014353178_1692980002_n


APA LAGI CINA MAHU?’
Biarpun persoalan tersebut mungkin akan mengundang pelbagai jawapan, namun yang pastinya kaum Cina di negara ini sedang berusaha untuk menjadi penentu kepada segala keputusan termasuklah dalam pilihanraya di Malaysia.

Ia bukan perkara baru sebenarnya. Seawal tahun 1963 lagi, kaum Cina terutama yang berpihak kepada PAP dan Lee Kuan Yew telah pun membangkitkan persoalan tentang betapa penting dan hebatnya mereka. 1969 iaitu lima tahun selepas tragedi di Singapura yang menyaksikan orang Melayu terhalau daripada perkampungan mereka, berlaku tragedi berdarah di Kuala Lumpur membabitkan cubaan penyingkiran dan penghinaan terhadap orang Melayu-Islam.

2008 pula berlaku tsunami akibat kemarahan rakyat kepada kerajaan ketika itu dan kecelaruan fikiran orang Melayu dan dianggap sebagai bersifat sementara. Bagaimanapun, DAP bijak mencuri peluang tersebut dan mereka berjaya menarik kelompok anak-anak muda Cina bahkan hampir keseluruhan masyarakat Cina untuk menyokong mereka menumbangkan Kerajaan UMNO-BN.

Berdasarkan sejarah, orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu untuk mencari peluang yang lebih baik. Mereka hidup susah di Tanah Besar China semenjak ratusan tahun lampau. Seperti mana masyarakat kulit putih berhijrah ke Amerika untuk mencari peluang, begitu jugalah masyarakat Cina yang sekarang ini begitu dominan di Malaysia.

Ternyata, percaturan datuk nenek mereka dahulu berbaloi. British yang bertanggungjawab membawa mereka masuk ke negara ini, terlebih awal menyedari bahaya sekiranya semua orang Cina diberikan kerakyatan Britain dan dibawa pulang ke negara berkenaan. Terbukti, sikap tidak bertanggungjawab British itu ada benarnya. Masyarakt Cina di negara ini dapat apa yang mereka mahukan. Mereka hidup mewah di bumi Malaysia walaupun pada masa yang sama, Melayu dan Bumiputera masih bergelut untuk menempatkan diri dan mendapatkan saki-baki kek ekonomi yang tersisa peninggalan British.

Tidak sahaja di Malaysia, di Singapura, masyarakat Cina menjadi penguasa dalam segenap segi dan sektor. Singapura bukanlah negara asal mereka tetapi Cina di Singapura telah berjaya menghalau dan meminggirkan orang Melayu yang merupakan penduduk asal di pulau berkenaan.
 
Kejayaan penguasaan di Singapura itulah yang menjadi perangsang kepada DAP untuk cuba menguasai Malaysia pula dengan kaedah yang sama.

Di negara ini, Cina dapat hidup dengan aman damai dan tidak diganggu bersama-sama kaum Melayu, Bumiputera dan India serta kaum-kaum lain. Berbeza dengan Singapura di mana orang Cina yang menguasai politik dan pemerintahan negara itu, di Malaysia pula, politik dan kerajaannya masih lagi dikuasai oleh Melayu-Bumiputera.

Kedua-dua negara menggunakan sistem yang sama, tetapi menampilkan kelainan yang amat ketara. Di Singapura, orang Melayu hidup biasa-biasa sahaja, bahkan mereka ditekan secara halus, terutama dalam perjawatan dalam kerajaan, sedangkan di Malaysia pula, orang Cina hidup TERSANGAT LUAR BIASA dan mereka bebas menjawat apa juga kerajaan dan menjalankan perniagaan tanpa diganggugugat oleh sesiapa pun.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pernah memberikan gambaran, sekiranya semua bangunan orang Cina di Kuala Lumpur diangkat dari peta, yang tinggal hanyalah Kampung Baru itu sahaja. Sebab semuanya yang ada di Kuala Lumpur adalah milik dan kepunyaan orang cina.

Orang Cina Malaysia sangat hebat. Kesemua pekan besar dan bandar-bandar di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak dikuasai mereka. Mereka juga berjaya melahirkan para profesional yang ramai dan berjaya. S
 
Seterusnya di sini

 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.