Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, June 9, 2013

Muslihat DAP Tuduh BN sebagai Nazi – Hitler


– 08/06/13 – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai mengamalkan ideologi perkauman, seperti yang diamalkan oleh pemimpin Nazi Adolf Hitler dan rejim apartheid Afrika Selatan.

Guan Eng dilaporkan organ DAP, roketkini berkata keputusan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP adalah mengutuk tindakan BN yang disifatkan sebagai jahat dengan menyerang parti tersebut tanpa henti lebih sebulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Sudah tentu serangan Guan Eng terhadap BN itu merujuk kepada UMNO yang menjadi tunggak parti itu.

Nada yang sama turut dilontar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mengecam UMNO sebagai angkuh apabila mendakwa dan menahan aktivis pembangkang pro demonstrasi ke mahkamah.

“Peristiwa yang berlaku dengan penangkapan semula Tian Chua, Tamrin dan Haris selepas empat hari dibebaskan menunjukkan polis sedang menunjuk lagak melalui kuasa yang dimiliki,” kata Anwar dilaporkan Sinar Harian dalam berita bertajuk “ Anwar: Keangkuhan Umno akan terbalas”

Portal itu turut memetik kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa nama beliau tersenarai bersama sebilangan individu yang dihalang daripada memasuki Sabah.

Kit Siang juga mendakwa, turut tersenarai adalah Anwar, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga.

Namun, tuduhan Kit Siang itu menjadi ejekan apabila beliau dan Anwar telah tiba di Kota Kinabalu hari ini tanpa sekatan daripada pihak imigresen untuk menghadiri program cermah Black 505 malam ini.

“Lim, ketika tiba di Kota Kinabalu pagi ini, menulis sebarang tweet bahawa dia telah “memasuki Sabah tanpa kekecohan kerana ia sepatutnya. Autonomi imigresen untuk negeri Sabah termasuk hak-hak asasi rakyat Malaysia untuk memasuki untuk aktiviti politik yang sah,” lapor FMT.

Profesor Ulung, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dilaporkan Utusan Malaysia membidas DAP yang menuduh UMNO sebagai perkauman seumpama parti itu mahu menukar dirinya menjadi musang berbulu ayam.

Keangkuhan DAP mengambarkan partinya sebagai ‘pemenang’ dengan kononnya memperolehi undi popular dan melabel kerajaan pimpinan pimpinan UMNO sebagai kerajaan minoriti turut dibidas Shamsul Amri.

Jelas beliau, dari segi teorinya, jika parti itu bertanding di kawasan pengundi berbilang kaum, maka DAP hanya mampu memperoleh majoriti 40 peratus, iaitu jumlah kemenangan yang jauh lebih kecil berbanding UMNO.

“Membandingkannya dengan UMNO, hanya menunjukkan DAP tak dapat membezakan antara konsep busut, bukit dan gunung, maka dalam konteks ini secara jelas DAP adalah parti bersaiz sebuah busut dan tidak layak dibandingkan dengan UMNO, sebuah parti sebesar sebuah gunung.

“Nampaknya DAP sudah menjadi parti bersaiz busut yang bongkak. Perangai Si Luncai DAP ini elok diperhatikan saja. Biarkan Luncai terjun dengan labu-labu kecilnya,” katanya.

Dalam pada itu, Shamsul Amri yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara berkata, adalah lebih baik DAP membandingkan kedudukan, tujuan, matlamat dan pencapaiannya dengan MCA yang ditubuhkan hanya khusus untuk kaum Cina.

Menurut beliau, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu membuktikan perkara tersebut iaitu mereka menang semata-mata kerana sokongan pengundi Cina setempat.

“MCA dari awal menyatakan nama dan tujuan kewujudannya untuk kaum Cina, tidak berselindung dan bermuslihat serta berpura-pura sebagai parti berbilang kaum,” katanya.

Tuduhan DAP, Anwar dengan melabel UMNO sebagai perkauman dan diktator sudah tentu mempunyai muslihat tertentu.


Sekarang ini, modus operandi sama telah digunakan di Turki. Baca selanjutnya di sini.


Ini  jawapan aku sebelum macai2 daPigs ni Tanya   :  Kalau UMNO rasis, datuk nenek moyang korang  tak akan dibenarkan jejak Tanah Melayu.

Sebaliknya, mana ada Melayu bertapak dekat Tanah Besar China. Daari mana asal usul korang datang.

Dah datang negeri orang, nak tunjuk angkuh pulak!!!

Baca seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.