Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, June 2, 2013

DAP mahu ‘bunuh’ (politik) menteri Cina?

Senator Paul Low ialah Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri di kalangan 8 orang rakan sejawatan.

Dengan ditambah 3 orang lagi sudah memadai untuk membentuk satu pasukan bolasepak menteri (skuad Jabatan Perdana Menteri).

Ada 30 jawatan menteri semuanya dalam kabinet kali ini. Dengan itu perwakilan Cina dalam jemaah menteri 2013 ialah 1/30.

Paul Low seorang-seorang sahaja menteri Cina serta beliau tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik.


DAP, setelah berjaya membunuh parti Cina MCA, Gerakan dan SUPP, nampaknya sekarang tidak duduk senang dengan Paul Low — wakil talian hayat yang menghiasi kabinet dengan solekan wajah Cina.


http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/stop-being-a-bn-apologist-paul-low-told/
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/stop-being-a-bn-apologist-paul-low-told/


Ada apa dengan DAP ini?

Nampaknya parti itu sedang menuntut supaya semua orang Cina Malaysia mesti mengikut cara streetfighter mereka, iaitu bermusuh habis-habisan serta berperang mati-matian dengan BN.

Menteri Paul Low itu ditegur DAP agar berhenti daripada terus menjadi “apologist BN”.

Sekiranya Paul (dan Mary Yap, Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi) berkhidmat dalam pentadbiran Najib, maka mereka seharusnya pun mempertahankan BN. Soal apologist tidak timbul.

DAP mungkin mahukan supaya Paul dan Mary setia kepada agenda Kristian.

Najib telah memilih menteri Cina yang kedua-dua orang mereka penganut Kristian untuk menyertai kabinetnya. Mary ialah pengerusi Federation of Councils of Christian Mission Schools Malaysia.

[Nota: Paul Low telah menghadiri acara di Hotel Red Rock, Pulau Pinang dengan pastor-pastor yang menjadi tajuk utama akhbar Utusan.]

DAP pasti mengkehendaki Paul dan Mary berperangai macam pengarang evangelis The Star yang bukan bersifat “apologist MCA” mahupun memihak kepada BN.


http://selangortimes.com/index.php?section=news&permalink=ti-m-head-disputes-christian-state-claim
http://selangortimes.com/index.php?section=news&permalink=ti-m-head-disputes-christian-state-claim


mukadepanRedRock


Baca seterusnya : Di sini

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.