1. Cadangan BN Sebagai Parti Tunggal
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam bersetuju
untuk mengadakan tinjauan bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan ahli di
seluruh negara bagi mewujudkan makmal khusus bagi memperincikan cadangan
menjadikan Barisan Nasional sebagai parti tunggal. Dalam bahasa yang mudah,
sudah ada usaha untuk menguburkan UMNO, parti keramat orang-orang Melayu.
Adakah ini bermakna hak orang Melayu akan
dinafikan dan apakah jawatan Perdana Menteri juga akan digunapakai kepada Bukan
Melayu dari Barisan Nasional? Banyak hak orang-orang Melayu akan tergugat.
Bukankah Barisan Nasional sudah mewakili setiap kaum dengan adanya
komponen-komponen parti .
Apakah ada lagi agenda tersirat yang Melayu tidak
tahu? Cukup cukuplah ... biarlah UMNO "gah" berdiri memimpin dan
bukannya membuka ruang yang lebih besar kepada orang lain kerana tanah ini
adalah Tanah Melayu dan Agama rasminya adalah Agama Islam. Jangan sampai
tergadai semuanya dek kerana kebodohan pemimpin-pemimpinnya.
2. SPR Diletak Di Bawah Parlimen
Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak berkata,
bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR), kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada
satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti
politik sama ada kerajaan atau pembangkang.
Maaflah, sebagai Rakyat Malaysia yang berhak
bersuara, saya berpendapat keputusan ini hanya menggambarkan Kerajaan tunduk
kepada tekanan Pembangkang. Apa salah SPR sebenarnya? Tidak ada satu bukti
setakat ini yang menyatakan bahawa SPR tidak telus, berat sebelah dan
menyalahgunakan kuasa seperti tertakluk kepada undang-undang.
DS Najib Razak terlalu takut dan tidak berani
mempertahankan SPR. Selepas ini apa? Lebih baik lantik sahaja orang kuat
BERSIH, Ambiga S sebagai Pengerusi SPR. Itu yang pembangkang mahukan bukan?
Kenapa tidak dituruti kemahuan mereka? Jangan marah kalau rakyat kata Kerajaan
sudah lembik pulak.
3. Anugerah Datuk Dan Tan Sri Semperna Keputeraan
YDP Agong
Setelah Barisan Nasional hanya memperolehi 3%
sahaja undi dari Kaum Cina, di dalam PRU-13, di mana Kerajaan Barisan Nasional
telah ditikam belakang dan dipermainkan oleh masyarakat Cina, hari ini 11 orang
Cina telah mendapat gelaran Tan Sri. Tiga minggu selepas 97% orang Cina menolak
BN, sejarah dan rekod Malaysia telah tercipta apabila kali ini paling ramai Cina dapat anugerah Tan Sri
iaitu seramai 11 orang.
Dulu di zaman Tun Dr Mahathir Mohammed, tidak
sampai 10 orang setahun memperolehi gelaran berkenaan. Tapi apa yang peliknya,
kenapa DS Najib Razak tidak memberi rekomendasi anugerah Tan Sri berkenaan
kepada wakil dari Negeri Sabah? Bukankah semua orang tahu, Sabah antara negeri
yang banyak menyumbangkan kerusi Parlimen untuk menyelamatkan Barisan Nasional
dari menjadi Pembangkang sekarang. Tahniah DS Najib Razak kerana terus mengampu
kaum Cina. Teruskanlah.
Akhir sekali, wahai Perdana Menteri yang
dikasihi, apa sebenarnya yang Dato Seri mahukan lagi dari penyokong-penyokong
Dato Seri?
Baca juga seterusnya : Di sini
No comments :
Post a Comment