Ada laporan Sin Chew pagi ini yang menyebut
antara agenda utama Hannah Yeoh dalam Sidang DUN tidak lama lagi adalah untuk
memastikan DUN Selangor akan menjadi ‘sebebas-bebasnya’ daripada terus
dicampuri oleh cabang pentadbiran yang lain.
Walaupun cadangan Hannah Yeoh ini nampak macam
innocent, telus dan kononnya sangat bertepatan dengan masa – ia menggambarkan
bahawa DAP mahu kekal lama di Selangor dan mula meletakkan orang-orang mereka
di dalam pentadbiran Dewan Undangan Negeri yang sedia.Hannah Yeoh mahu,
perjawatan di dalam pentadbiran DUN Selangor diuruskan sendiri oleh Speaker
Dewan.
Nampaknya, strategi meletakkan Hannah Yeoh sebagai
Speaker amat menjadi. DAP tak mahu Hannah sekadar menjadi Speaker yang mengurus
mesyuarat. Malahan, jawatan Speaker mahu dijadikan sebagai satu jawatan yang
super penting; sekiranya ada percaturan politik baru berlaku di masa-masa akan
datang.
Maklumat blog ini, DAP sudah mengenalpasti
sekurang-kurangnya 15 orang (anak muda Cina, berpendidikan, ahli DAP) yang mahu
dibawa masuk sebagai petugas tetap Dewan Undangan Negeri sekiranya
undang-undang SELESA ini lulus.
——————————————————————————————————-
In an exclusive interview with Sin Chew, Yeoh
explained that the new enactment will be
instrumental in implementing the separation
of powers in the Selangor government and further enhance the state assembly’s role and effectiveness.
Selesa will improve the separation of powers between the three
arms of the Selangor government — the
executive, the legislature and the
judiciary.
The commission will then be headed by the Speaker and will include the Selangor mentri besar, the state opposition leader as well as between five and six state lawmakers.The proposed law would see the setting up of a new Legislative Assembly Service Commission which would manage the state assembly — including its jurisdiction, finances and staff — independently of the state government’s executive arm
——————————————————————————————————–
Jika undang-undang SELESA ini lulus, sekumpulan
pakar IT (cybertroopers) juga akan dibawa masuk secara ‘rasmi’ sebagai petugas
DUN. Bayangkan, dengan outfit yang sedemikian solid, dibantu oleh bajet rasmi
NEGERI SELANGOR, DAP akan melaksanakan apa yang dilakukan di Pulau Pinang (red
bean army – untuk fokus kepada isu Selangor).
Perbualan blog ini dengan beberapa orang ADUN
(Pas) Selangor semalam, membayangkan bahawa mereka juga khuatir dengan
perkembangan ini. Menjadikan jawatan ‘Speaker’ sebagai satu punca kuasa baru
dan memberi kebebasan perlantikan kakitangan akan menjadikan Hannah Yeoh
sebagai pemain politik utama di Selangor.
Dikhabarkan, bahawa Menteri Besar tidak ada
masalah dengan cadangan Hannah, asalkan Saifuddin Nasution juga diserapkan
sebagai antara kakitangan di bawah Hannah.
No comments :
Post a Comment