Tun Daim Zainuddin bukan jenis orang yang bercakap
banyak. Beliau tidak juga tidak bercakap kosong atau bercakap mengarut. Namun
begitu apabila sekali-sekala beliau bercakap apa yang diungkapkannya
benar-benar bernas. Tun Daim adalah
orang yang awal yang meramalkan kekalahan BN di beberapa negeri sebelum pilihan
raya umum ke 12 pada tahun 2008.
Menjelang pilihan raya umum ke 13, Tun Daim
menjadi buruan media masa untuk mendapatkan pandangan beliau. Tun Daim hanya
berkata BN akan kekal memerintah negara dan yakin BN akan tawan semula Kedah.
Apabila keluar keputusan PRU 13 sekali lagi apa
yang diuangkapkan oleh Tun Daim menjadi kenyataan. Selesai pilihan raya sekali
lagi Tun Daim diburu media bagi mendapatkan penjelasan beliau berhubung
keputusan pilihan raya umum ke 13. Antara ulasan Tun Daim yang menjadi
perhatian apabila beliau meminta Perdana Menteri memecat penasihat-penasihatnya
yang memberi maklumat atau pandangan yang salah kepada PM selama ini. Mungkin
ada pihak yang panas dengan kata-kata Tun Daim menggunakan cybertrooper untuk
menyerang peribadi Tun Daim. Satu tindakan yang menjengkelkan. Mereka hanya
mahu mendengar yang indah-indah mengenai mereka, tetapi mencerca apabila
dikritik. Itulah amalan yang mereka guna pakai selama ini terhadap Perdana
Menteri. Mereka hanya melaporkan yang baik-baik
sahaja kepada Perdana Menteri.
Sebelum ini pun telah ada pihak yang membangkitkan
tentang kegagalan war room BN yang dikuasai oleh penasihat-penasihat Perdana
Menteri berhubung kegagalan BN mendapat kemenangan yang memuaskan.
Hasil siasatan sel13.com tiga orang penasihat
utama Perdana Menteri yang gagal menjalankan tugas mereka dengan baik. Bukan
setakat gagal menjalankan tugas, malah mereka mahu semua pandangan atau arahan
mereka didengari oleh semua pihak termasuklah dalam soal pemilihan calon.
Mereka adalah Datuk Seri Osman Razak, bekas ketua pegawai penyelidik di JPM,
Datuk Aleis Anor dan Omar Ong.
Setelah gagal menjalankan tugas mereka dengan baik
untuk memberikan kemenangan bergaya kepada BN , selepas pilihan raya pun mereka
masih lagi campur tangan untuk menentukan barisan kabinet. Sehingga saat akhir
difahamkan ketiga-tiga penasihat punah ranah itu masih mahukan Perdana Menteri
mengekalkan Hishamuddin Tun Husein sebagai menteri dalam negeri. Perdana
Menteri bertindak menukar Hishamuddin setelah mendapatkan pandangan akar umbi
termasuklah dari pemimpin-pemimpin Umno peringkat bahagian. Jika mengikut
nasihat mereka untuk mengekalkan Hishamuddin di KDN , kedudukan Najib sendiri
pun pasti akan tergugat hari ini kerana rata-rata akar umbi menolak beliau
sebagai menteri berkenaan. Mereka penasihat punah ranah tidak turun ke akar
umbi dan bercampur dengan rakyat bawahan. Mereka semua golongan elit. Berbeza
dengan pemimpin peringkat bahagian yang bercampur dengan semua peringkat orang.
Pemimpin bahagian lebih tahu kehendak akar umbi.
Penasihat-penasihat punah ranah itulah yang
membawa kempen menjulang Najib ala-ala pilihan raya presiden Amerika. Sedangkan
terang-terangan sistem pilihan raya Amerika dengan Malaysia berbeza. Betullah
apa yang dikatakan oleh Tun Daim bahawa BN tidak perlu terikut-ikut rentak
Anwar.
Selain daripada tiga orang di atas Perdana Menteri
dan BN turut menjadi rosak kerana penasihat media seperti Farid Ridzuan TV3. Tindakan
mempromosi Perdana Menteri dan BN secara keterlaluan di televisyen bukannya
tindakan yang membantu, sebaliknya ia tindakan untuk membunuh. Rata-rata rakyat
bercakap tentang tiga suku masa untuk siaran berita TV3 semasa kempen pilihan
raya digunakan untuk PM dan BN. Ianya menimbulkan rasa loya orang ramai.
Untuk hadapi pilihan raya umum ke 14 maka adalah
wajar Perdana Menteri menggugurkan tiga orang di atas dan bersama dengan Farid
Ridzuan. Mereka telah ternyata gagal dan jangan lagi cuba mengharapkan mereka
akan berubah. Jika tidak nahas sedang menunggu di pilihan raya umum ke 14
Baca seterusnya :Di sini
No comments :
Post a Comment