Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, June 5, 2013

Apa Cina mahu di PRU14

Pada masa ini Pakatan lebih menyerlah sebagai wajah gabungan politik yang berbilang kaum berbanding prestasi BN di semenanjung.

Mustahil untuk mana-mana kerusi yang mempunyai pemilih Cina melebihi 50 peratus untuk ditawan BN. Ini hakikat (lihat jadual bawah).

Kerusi-kerusi yang pemilih Cinanya lebih 60 peratus pun kesemuanya dimenangi DAP dan apalagi kerusi melebihi 70 peratus Cina.

Tak payah cakaplah kerusi-kerusi yang 80-90% pemilih Cina.

Statistik PRU13 mengesahkan apa yang sudah lama diketahui umum, yakni DAP adalah parti cap naga.

 PRUtaburanCina2a
Nota: Kerusi-kerusi yang kurang 20 peratus pemilih Cina adalah sama ada 
diwakili Umno, PAS ataupun pribumi Sabah-Sarawak.

PKR

Yang paling layak sekali mencanangkan dirinya sebagai parti majmuk ialah PKR.

Kejayaan parti tersebut di 13 kawasan yang mempunyai 30-40% pemilih Cina bermakna ia parti yang mampu diterima pemilih yang komposisi mereka mirip kepada komposisi penduduk Malaysia (majoriti Melayu kira-kira 55 peratus yang hidup berjiran dengan minoriti Cina).

Umno

Yang agak di luar jangkaan ialah kebertahanan Umno. Parti induk BN ini telah menang 12 kerusi di kawasan-kawasan 30-40% pemilih Cina.

Paling menonjol dan ianya perlu kita beri tumpuan ialah faktor kejayaan PKR atas sokongan kuat masyarakat Cina. Manakala Umno masih tidak tumbang meskipun ia ditolak sekeras-kerasnya oleh orang Tionghua beserta ramai orang India, khususnya  golongan profesional, kelas pertengahan dan yang menganut agama Kristian.

Bermakna sokongan bagi Umno meningkat dalam PRU13 hasil daripada tindak balas kaum Melayu terhadap asakan Cina.

JADUAL di atas menyenaraikan 123 buah kerusi di seluruh negara yang mempunyai nisbah pemilih Cina 20 peratus ke atas.

Daripada jumlah itu, Pakatan menggenggam 73 dan BN 50 buah kerusi.

Sabah & Sarawak

Kerusi-kerusi majmuk yang ramai Cina di Sabah dan Sarawak adalah milik Pakatan.

Namun begitu, prestasi Pakatan amat hambar di kerusi-kerusi majmuk yang ramai pribumi sungguhpun kedua-dua PKR dan DAP ada menampilkan barisan calon pribumi atau Muslim.

Kerusi 60% ke atas Melayu

Lihat jadual pada jalur 20-30% pemilih Cina. Ia merujuk kepada kawasan-kawasan yang lebih 60 peratus Melayu.

Umno berjaya memenangi 15 buah kerusi dalam jalur ini berbanding 7 untuk PKR dan 4 untuk PAS — sekali kira PKR+PAS (11).

Fakta ini membayangkan Umno lebih disenangi / dipercayai orang Melayu pantai barat (kebanyakan kerusi-kerusi tersebut terletak di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan).

 dapmalaysia

Jalur 30-40% Cina

Kerusi-kerusi yang mana pemilih mereka lebih separuh Cina pasti tidak akan berganjak sama sekali.

Maka pertarungan yang paling sengit PRU14 akan berlaku di jalur bawah 50% pemilih Cina.

Kerusi-kerusi dalam jalur 30-40% pemilih Cina berpihak 15 buah kepada Pakatan dan 17 buah kepada BN — PKR (13), Umno (12) dan PAS (2). Persaingan yang bakal dijalankan di jalur ini akan bersandarkan tonggak Umno di belah BN.

Persoalannya adakah Umno akan diberi sokongan yang mengatasi ataupun kurang 10 peratus daripada kaum Cina kelak? Sebenarnya ada baik Umno bersiap sedia untuk menghadapi worst case scenario, yakni perhitungan yang paling mundur — langsung tidak mendapat sokongan Cina.

Tamak kuasa

Gerakan #Black 505 masih lagi mahu berhimpun, kali ini pada Jun 15 nanti di ibukota.

#Black 505 menolak keputusan-keputusan PRU13 yang tidak menguntungkan mereka, misalnya di Bentong yang didakwa telah berlaku “blackout” semasa kiraan undi (sungguhpun ia berita palsu).

Penyokong-penyokong DAP yang mendokong #Black 505 mahukan kerusi-kerusi yang dipertikaikan untuk diserahkan kepada mereka.

Mereka mahukan para wakil DAP lah menjadi Yang Berhormat di kawasan-kawasan tersebut. Pendek kata mereka mahukan kuasa.

Sarawak4change 

Kemaruk kuasa

Laungan “Ubah” merupakan sebuah seruan untuk tukar kerajaan. Bermaksud tendang keluar BN, ganti dengan Pakatan.

Laungan “Ini Kali Lah” berupa gesaan untuk meletakkan Pakatan di Putrajaya untuk ganti BN. Bermaksud Pakatan lah yang memerintah negara.

Pakatan dikuasai DAP yang mempunyai paling banyak kerusi di peringkat Parlimen mahupun di peringkat DUN. Taiko Pakatan ialah DAP yang mempunyai 38 orang Ahli Parlimen berbanding dengan PAS yang mempunyai 21 orang MP.

Pakatan mempunyai 50 orang MP bukan Melayu berbanding 38+1 (Zairil) MP bangsa Melayu.

DAP dikuasai puak evangelista yang sanggup membuat segala apa sahaja asalkan mereka mendapat kuasa.

rDo big numbers equate great strength?
Sanggup menyamar


pjjbotak 28 gl
Sanggup bermuka-muka


TwitterhannahyeohWickedness of UMNO-BN


Apa Cina mahu


SRtake4Jesus2009


 WinKLforJesus

 http://dapmalaysia.org/english/2013/may13/bul/bul5377.phphttp://dapmalaysia.org/english/2013/may13/bul/bul5377.php



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.