
Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau
Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul
7.15 petang tadi.

Runtuhan yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim
Chong Eu berhampiran Batu Maung itu dikuatiri menghimpap beberapa kenderaan
yang sedang melalui jalan berkenaan.

Anggota keselamatan sedang giat menjalan
pemeriksaan untuk mengetahui jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat.

Runtuhan itu juga mengakibatkan laluan berkenaan
ditutup untuk semua kenderaan. Sebuah kenderaan telah dihempap oleh runtuhan
jambatan tersebut dan maklumat awal mengatakan kesemua 4 mangsa yang berada
didalam kenderaan tersebut meninggal.
Sumber : Mat Kilau Penang
No comments :
Post a Comment