PRU13 selagi lagi melayu terhantuk ramai yang
sedar dan ramai juga yang tidak sedar. Sekarang ini gerakan mahu memboikot
produk cina begitu panas tersebar diseluruh negara.
Melayu sememangnya akan gagal kerana sikap
sendiri,Pemimpin hebat seperti Tun M sendiri mengakui beliau gagal untuk
mengubah sikap melayu.
Tidak ada kesedaran atau pun hanya sekadar
bersetuju apa yang diperkatakan,atau pun hanya mengambil pendekatan tidak perlu
ambil tahu hanya kerana tidak berasa diri terlibat atau pun terasa tidak
berkepentingan untuk membangunkan bangsa sendiri disebabkan berfikiran ada
orang lain yang uruskan.
Dalam kesibukan orang melayu berpolitik,tidak kira
BN atau pun dari pakatan rakyat,tiada gunanya jika mana mana pihak berkuasa
jika tidak mampu menguasai ekonomi.
DEB dituduh gagal,malah tuduhan mengatakan DEB
gagal hanya lebih bersifat menyalahkan orang lain kerana berasakan diri tidak
dapat merasai sepertimana orang lain yang sudah berjaya, sebaliknya menuduh itu
ini begitu begini.
Gagal melihat cerminan diri adalah menjadi salah
satu punca mengapa ekonomi orang melayu sendiri tidak membangun.Untuk
menyalahkan kerajaan 100% adalah tidak adil.
Apabila harga barang naik,dek kerana sempitnya
pemikiran dan kurangnya kesedaran,segala permasalahan akan dipersalahkan kepada
kerajaan,walhal orang melayu sendiri gagal melihat dari mana punca dan mengapa
harga barang naik.
Alasan pemborong kononnya harga minyak
naik,kemudian terpaksa menaikkan harga barangan langsung tidak boleh
diterima,walhal dalam masa yang sama pengilang ataupun pengeluar turut sama
menerima subsidi.
Contohnya harga Ikan, mana mungkin harga ikan
melambung tinggi dek kerana harga minyak naik,walhal nelayan diberi subsidi
minyak,bot & enjin turut disubsidi,dan termasuklah wang saku turut diberi,
lori yang menggankut ikan ,kos minyak turut disubsidi.
Apa perlunya harga ikan melambung tinggi? atas
alasan apakah yang menyebabkan harga ikan naik? Ikan di tangkap di lautan yang
luas bukannya diternak.
Justeru siapakah yang sebenarnya yang memanipulasi
harga ikan? Pemborong? 99.9% pemborong ikan adalan dari kaum mana?Siapa yang
mengawal harga? Kerajaan? ataupun pemborong?Siapa pemborongnya?
Kes harga gula turut sama berlaku,walhal gula
diberi subsidi,tetapi mengapa kadang kala tibanya musim perayaan tiba tiba stok
kehabisan,siapakah yang menjadi pemborong?siapakah yang sorok stok
gula? berpuluh ribu tan stok gula di sorok untuk mengambil keuntungan mudah
apabila berlakunya kenaikan harga ,setiap tan disubsidi kerajaan,apabila
berlaku kenaikan harga gula siapakah yang menjadi mangsa? Mengapa penyangak
dikalangan pemborong amat kurang diambil tindakan? Kawtim kah?
Lupakah anda tidak lama dahulu setiap kali
berlakunya hal ini ,kerajaan didesak dan dipersalahkan,hinggakan pak menteri
sendiri terpaksa memberi penjelasan yang kadang kala ntah apa apa,walhal
penyangak yang sebenar terlepas begitu saja.
Pasca PRU12, politik perut menjadi penentu jatuh
bangun kerajaan,tumbangnya 5 negeri disebabkan protes kerana rakyat begitu
tertekan akibat kenaikkan harga minyak yang menjadi hampir kesemua barangan isi
rumah naik harga.
Ketika itu kerajaan dipersalahkan kerana
pelaksanaan dasar yang kurang bijak,dan dari sudut ini Pisau bersetuju kerajaan
era Pak Lah memang gagal,rakyat menjadi panik apabila barangan naik dengan
mendadak,tetapi pada masa yang sama tidak melihat bagaimana gerembolan
pemborong dan pengedar yang dimonopoli oleh kaum cina mengambil peluang atas
kesengsaraan rakyat dengan mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.
Sabotaj ekonomi terang terangan berlaku,tetapi
rakyat gagal melihat isu ini.
Siapa yang mengawal siapa? Kerajaan yang gah
kononnya diperintah oleh BN dan terasnya UMNO,hanya bersifat eksekutif dan
pembuat dasar.
Orang melayu gagal melihat siapakah yang mengawal
dan mengekplotasi akibat monopoli sektor ekonomi,daripada peruncitan mikro
hinggalah kepada yang makro.
Ekonomi orang melayu disabotaj oleh kaum cina dan
orang melayu sendiri.Mengapa?Siapa yang terlibat?
Anda sendiri yang terlibat bersekongkol!
Jika anda yang pernah ke pameran MIHAS ,berpuluh
ribu produk bumiputra yang berkualiti dan setaraf produk dari luar
negara.Tetapi mengapa produk produk ini gagal dipasarkan dinegara sendiri?
Walhal puluhan juta dibelanjakan oleh badan badan
kerajaan dan kementerian untuk membangunkan produk bumiputra yang cukup
berkualiti,tetapi masih gagal.Mengapa?
Siapakah yang menjadi pemborong kepada kedai kedai
runcit di serata pelosok negara?99.9% pemborong adalah terdiri daripada kaum
cina.Fungsi Prosper turut tidak kemana,kononnya mahu membangunkan sektor
peruncitan dan pemborong bumi ,tetapi terlalu banyak kekangannya.GAGAL! Mengapa?
Mengapa pemborong cina tidak mengambil produk
produk bumiputra untuk dipasarkan kepada kedai kedai runcit?
Mengapa mereka tidak memasarkan produk produk
bumiputra ke pasaraya mega yang pada masa sekarang ini menjadi tumpuan rakyat
untuk membeli keperluan rumah?
Hampir 99 % produk di pasaraya besar seperti
Carefour & Tesco bukanlah produk bumiputra,mengapa produk produk hebat di yang
pamerkan di MIHAS tidak ada? Apa yang tak kena? Orang melayu sendiri tidak mahu
produk bumi atau produk bumi tidak di ada dipasaran?
Pisau telah melawat pasaraya Tesco di Kota
Damansara, beribu jenis produk di letakkan di atas rak dipamerkan dengan cantik.
Beratus barisan rak barangan yang ada hampir kesemuanya adalah produk bukan
bumiputra.
Nak tahu berapa rak yang ada untuk produk
bumiputra? Lihat gambar dibawah
Sebesar besar ruangan pameran di pasaraya
ini,hanya ada 1 barisan rak dikhaskan untuk produk bumiputra.
Mengapa produk bumiputra di labelkan sebagai
produk tempatan? Mengapa produk dari Lam Soon, Munchys,Sara Lee,Yeos dan banyak
lagi produk bukan melayu yang di hasilkan di bumi Malaysia tidak dicampurkan
sekali dengan barangan dan produk bumi.
Produk bumiputra didiskriminasi oleh pasaraya
,mengapa? RASIS??!! Adakah produk ini tidak berkualiti?adakah dikenakan charge
untuk diletakkan diatas rak pameran oleh pihak pasaraya?
Pisau berasa cukup sedih dan berasa ada yang tidak
kena apabila melihat produk produk ini diletak bagaikan perhiasan.Tanpa mampu
menarik perhatian pembeli.
Dalam masa menyalahkan pihak pasaraya,pemborong
dan pengedar yang bukan melayu,Pisau berasakan orang melayu sendiri tidak
menyokong produk bumiputra.
Mudah untuk menarik konsumer melayu,hanya letakkan
label HALAL yang besar,bungkusan yang agak menarik sedikit,murah,namakan produk
beridentitikan Islamik atau Melayu pasti mereka akan membelinya.Itulah yang
dibuat oleh pengeluar bukan bumiputra.
Melayu menguasai peratusan tertinggi kuasa
membeli,tetapi amat malang sekali tiada kesedaran dan jihad ekonomi.Tuntutan
dan demand kepada barangan keluaran bumiputra jika dibuat secara besar
besaran,pasti akan melonjakkan ekonomi kaum bumiputra keseluruhannya.
Sekarang… Ya sekarang ramai yang bercadang mahu
mencari produk keluaran Bumi.. tetapi dimana? bagaimana nak kenal pasti?Berapa
banyak produk bumi di pasaraya mega? Percayalah semuanya dihalang daripada
memasuki pasaran..jika ada pun cuma dalam kuantiti yang tersangat kecil..
Kepada mereka yang masih belum nampak…Sabotaj
sebegini sebenarnya sama seperti baling batu sembunyi tangan. Kemudian yang
bodohnya adalah melayu apabila masih
tidak sedar.. Percayalah juga bertukar kerajaan sekali pun masaalah ini tidak
akan selesai jika melayu sendiri tidak punyai inisiatif dan bersungguh sungguh
untuk berjihad ekonomi.
PERHATIAN : ”Di kilang kilang siapa yang jadi
operator..jadi kuli? siapa yang bekerja dipejabat?berapa peratus melayu yang
bekerja di pejabat dan di bahagian pengurusan,finance dan HR? Siapa yang
ditindas? Ini bukan rasiskah?”
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment