Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, June 14, 2013

Guan Eng tuduh Utusan mahu meraikan pembunuhan 13 Mei

“… Utusan Malaysia wanting to celebrate the murder of innocent Malaysians in the May 13 racial riots” — Lim Guan Eng

***   ***   *** *** *** *** *** *** *** *** ***

Ucapan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kepada 40 Ahli Parlimen dan Adun DAP seluruh Malaysia sempena lawatan sambil belajar mereka ke Pulau Pinang, disiarkan di Kuala Lumpur pada 13 Jun 2013.

Oleh Lim Guan Eng

Filsuf Greek, Aristotle adalah antara yang pertama memperkenalkan perkataan ‘catharsis’ yang telah diertikan sebagai PEMBERSIHAN ATAU PENYUCIAN yang membawa kepada pembaharuan rohani serta kelegaan daripada tekanan’. Rakyat Malaysia juga mesti melalui proses pembersihan ini untuk membawa pembaharuan rohani ke arah menuju kerajaan mesra rakyat yang menghormati demokrasi, kebenaran, kebebasan, keadilan, integriti dan kebajikan sosial.


DAPsuci 
“DAP parti paling suci kerana ada tokong di dalamnya.” — I.D.Assingkiri

Tentangan BN terhadap pembaharuan rohani untuk semua rakyat Malaysia ini dirintangi oleh kuasa-kuasa ekstrem dan regresif yang diketuai mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hayat politik Malaysia dikuasai oleh orang Melayu dan DAP tidak pernah langsung menuntut posisi Perdana Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri. Begitu pun Mahathir masih boleh memutar belit keputusan pilihan raya umum 2013 kononnya menunjukkan ‘perkauman Cina’ yang dimarakkan oleh DAP bagi memastikan dominasi komuniti tersebut dalam politik Malaysia.

Mahathir dan Umno sedang cuba mengalih perhatian bahawa BN telah kalah undi popular untuk pertama kali dalam sejarah dengan hanya mendapat 47% undi popular berbanding 51% yang dimenangi Pakatan Rakyat; dengan hanya membingkai keputusan dengan bingkai perkauman Cina lawan Melayu. Ini sebenarnya bukanlah sangat keterbahagian demografik tetapi lebih kepada pecahan ruang atau gografi antara bandar dan desa; di mana Pakatan Rakyat menang undi bandar tetapi tewas di luar bandar; merangkumi semua kaum tanpa mengira Melayu, India, Cina, Iban atau Kadazan.

Puak pelampau dalam Umno tidak menghiraukan fakta bahawa masyarakat Cina hanyalah 25% daripada jumlah populasi negara. Kalau pun setiap seorang Cina menyokong Pakatan Rakyat, dari mana datangnya baki 26% undi popular itu? Di Terengganu dengan kurang daripada 5% pengundi Cina, apakah pengundi Cina juga penyebab Umno hampir kehilangan negeri tersebut yang dimenanginya dengan hanya dua kerusi dengan nisbah 17 kepada 15?

Dan kemudian apabila Mahathir mendakwa bahawa hanya Karpal Singh yang dilantik ke Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, adakah Sdr M Kulasegaran, Gobind Singh Deo dan Zairil Khir Johari yang juga dilantik ke dalam CEC juga berketurunan Cina? UMNO sekali lagi menipu bahawa DAP memenangi undi di kawasan majoriti Cina sambil tidak mempedulikan keputusan bersejarah calon Melayu dan Cina DAP yang menang di kawasan majoriti Melayu dengan jumlah majoriti selesa seperti di:

1. Seremban Kerusi Parlimen di Negeri Sembilan dimenangi Sdr Anthony Loke dengan majoriti 12,553 undi atau 53% undi popular di kawasan 44% pengundi Melayu, 14% pengundi India dan 41% pengundi Cina,

2. Raub kerusi Parlimen di Pahang dengan 50% Melayu, 40% Cina 6% India dan 4% lain-lain;

3. Duyong kerusi DUN di Melaka, dengan 50% pengundi Melayu,

4. Mentakab kerusi DUN di Pahang dengan 52% Melayu, 40% Cina, 6% India dan 2% lain-lain; dan

5. Derga kerusi DUN di Kedah dimenangi Tan Kok Yew dengan 1,156 undi, kawasan yang mempunyai 56% Melayu, 39% Cina, 4% India dan 1% kaum lain.

DAP lebih mewakili Malaysia berbanding Umno atau MCA atau MIC dengan mempunyai wakil rakyat dari kalangan Cina, India, Melayu dan Kadazan. Apa yang pasti ialah Mahathir malah rela membunuh Bangsa Malaysia Wawasan 2020 nya demi menurut agenda perkaumannya. Malang sekali, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak rela melihat timbalannya Tan Sri Muhyidin Yasin pula membunuh slogan 1Malaysia nya demi menyokong Mahathir.

Umno menggunakan rasisme untuk melepaskan diri daripada menangani punca sebenar BN kehilangan 51% undi popular rakyat Malaysia, sebagai petanda jelas penolakkan terhadap korupsi, kronisme dan salahguna kuasa BN. Rakyat Malaysia dengan tabah berdepan dan mengatasi tindakan-tindakan provokatif seperti boikot yang rasis terhadap produk yang dihasilkan perniagaan orang Cina, memburuk-burukkan orang Cina sebagai musuh orang Melayu, Tan Sri Muhyidin secara terbuka mengancam untuk tidak membantu masyarakat Cina malahan Utusan Malaysia mahu meraikan pembunuhan rakyat Malaysia yang tidak bersalah di dalam rusuhan 13 Mei.

Kita berasa terharu dengan tindakan-tindakan berani ramai orang Melayu yang telah menolak agenda perkauman Umno dan Utusan Malaysia. Kita tidak boleh putus harapan tetapi perlu meneruskan perjuangan menuju semangat pembaharuan untuk Malaysia baru. Ingatlah apa yang filsuf Amerika Eric Hoffer telah katakan, “Tidak kira betapa mulia matlamat sesuatu kerajaan, sekiranya ia mengelamkan tatasusila dan kebaikan, merendahkan nilai nyawa manusia dan membiakkan rasa benci dan saling curiga – itu merupakan kerajaan yang zalim”.


Malaysian “catharsis” Towards A People-centric Government

http://limguaneng.com/index.php/2013/06/13/malaysian-catharsis-towards-a-people-centric-government-that-respects-democracy-truth-freedom-justice-integrity-and-social-welfare-enbmcn/

Credit for : Helen Ang


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.