Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, June 7, 2013

Kawalan Internet: Kenapa Guan Eng Panas Punggung?



Seperti yang diduga, parti DAP pasti ‘panas punggung’ dengan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang memaklumkan kerajaan kini sedang menimbang untuk mengambil pendekatan yang dilaksanakan negara Singapura pada minggu lalu untuk mengawal portal berita.

Ahmad Shabery berkata kerajaan sedang menjalankan kajian untuk membolehkan pelaksanaannya tidak bertentangan dengan prinsip sedia ada.

Ekoran kenyataan tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tampil membuat kenyataan menzahirkan pendirian parti ‘ultra kiasu’ itu. Guan Eng semalam mengecam tindakan yang bakal diambil itu dengan menggunakan hujah kononnya ia melanggar Akta Jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang menjamin tiada penapisan internet.

“DAP kesal apabila menteri komunikasi dan multimedia yang baru dilantik Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memulakan penggalnya dengan memungkiri janji BN sebelumnya untuk tidak menapis Internet, apabila mahukan kawalan ke atas portal atas talian” katanya seperti yang dilaporkan semalam.

Kerajaan Singapura sebelum ini memutuskan untuk menguatkuasakan peraturan tersebut mulai Sabtu ini di mana laman web yang mempunyai 50,000 pelawat dari Singapura setiap bulan dan menghasilkan sekurang-kurangnya satu artikel tempatan seminggu mesti memperoleh lesen tahunan daripada Lembaga Pembangunan Media (MDA) negara itu.

 

Sebuah agensi berita antarabangsa memetik kenyataan MDA menghendaki laman web yang diberi lesen itu mengeluarkan bahan larangan seperti artikel yang boleh menjejaskan keharmonian agama dan kaum daripada laman web dalam tempoh 24 jam setelah dimaklumkan oleh pihak berkuasa. Laman web yang dilesenkan itu perlu menyediakan S$50,000 sebagai jaminan bon.

Persoalannya mengapakah Guan Eng tiba-tiba melenting tidak keruan? Bukankah DAP selaku ‘anak kelahiran’ PAP (parti pemerintah di Singapura), sering menuntut dan menjadikan negara jiran itu sebagai contoh dalam semua hal? Mengapa secara tiba-tiba apabila kerajaan ingin mengambil langkah yang serupa, cadangan tersebut ditentang?

Jawapannya mudah, ini kerana DAP sedar dengan kawalan tersebut bakal menyebabkan portal-portal tajaan mereka berdepan dengan keadaan yang sukar. Sekiranya kerajaan bersetuju dengan cadangan untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut, media propaganda DAP akan berdepan dengan situasi yang sukar.

Ia secara tidak langsung akan menyebabkan, rakyat tidak lagi dihidangkan dengan laporan yang berbaur sentimen, propaganda, mewujudkan sentimen kebencian dan sebagainya seperti yang sering dilakukan sebelum ini. Malah penentangan Guan Eng ini, secara tidak langsung memberikan satu persepsi bahawa portal pembangkang memang sering melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang.

Tambahan pula, dengan kegagalan portal pembangkang melaporkan pelbagai berita yang bersifat seperti yang dinyatakan tadi, akan menyukarkan ‘pencacai’ upahan DAP ‘Red Bean Army’ untuk memainkan peranan. Ini kerana tiada lagi komen-komen yang bertujuan untuk mewujudkan persepsi kononnya majoriti rakyat menyokong gerakan pakatan pembangkang.

Padanlah Guan Eng seperti cacing kepanasan tatkala kerajaan memaklumkan untuk mengkaji pendekatan yang dilaksanakan oleh Singapura itu. Kerana ia sudah pasti bakal menyebabkan pengendali portal pembangkang yang cenderung dengan agenda fitnah serta ribuan pencacai yang dibayar secara bulanan oleh DAP berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah.

Kesimpulannya masyarakat harus sedar, sekiranya benar portal-portal berita yang wujud bagai cendawan selepas hujan ini melaporkan perkara yang benar dan telus tiada apa yang perlu ditakutkan.


Ini kerana laporan berita seharusnya membuatkan rakyat untuk lebih matang dalam menilai sesuatu perkara, dan bukannya mempengaruhi minda dengan pelbagai sentimen kebencian, perkauman dan sebagainya.

Baca seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.