Pada 1 Jun minggu lalu saya dijemput berceramah
(forum) oleh sebuah pertubuhan Islam di Singapura. Malangnya, setiba di sana
saya ditahan dan disoal siasat selama 1 jam. Saya tidak tahu sebab musababnya.
Tiga bulan lalu saya turut dijemput, tidak timbul masalah sebegini.
Sebelum itu, sudah lama juga (hampir 4 tahun) saya
tidak ke Singapura kerana tidak dapat clearance daripada pihak berkuasa di
sana. Saya sudah dapat agak sebabnya. Cuma, kali ini (2013) saya hairan kerana
saya dijemput semula. Seperti biasa saya menerima jemputan tersebut.
Saya disoal siasat dengan pelbagai soalan bersifat
amat peribadi. Semua perkara mengenai saya dan keluarga ditanya mahukan
jawapan. Saya menjawab semua soalan dengan baik, sehinggalah percubaan untuk
mengambil telefon bimbit saya. Ketika itu, saya mula berkeras, kerana ia
terlalu peribadi dan saya tidak benarkan sama sekali.
Saya bertanya kenapa saya ditahan dan disoal
siasat, mereka mengatakan ia prosedur biasa. Kenapa saya, bukan pelancong lain?
Tiada jawapan.
Sejurus dilepaskan, saya bertanya kepada pihak
penganjur. Mereka mengatakan ia ada kaitan dengan artikel yang saya tulis dalam
akhbar-akhbar tempatan terutama menyentuh isu Melayu Islam di Malaysia, tidak
ketinggalan di Singapura.
Jangkaan saya selama ini benar. Apa yang saya
tulis kebelakangan ini, tidak disenangi oleh pihak berkuasa ultra kiasu di
sana. Perangai ultra kiasu Malaysia sama sahaja dengan ultra kiasu Singapura.
Ingatan saya kepada kerajaan Malaysia,
berhati-hatilah. Jangan gadaikan kepentingan negara seperti hartanah, rumah,
air dan sebagainya atas nama persahabatan dan sangka baik. Belum tentu mereka
menghargainya. Mereka mempunyai banyak duit dan boleh buat apa sahaja.
Sebahagian daripada hartanah di Johor dan Pulau
Pinang sudah banyak dibeli dan menjadi hak milik kekal. Ini tidak termasuk di
negeri lain (Malaysia). Apa pengajaran yang dapat dipetik daripada insiden ini?
Bahaya ultra kiasu kepada negara.
Jika tidak dibendung, apakah nasib Melayu (Islam)
di bumi Melayu. Justeru, saya mahukan umat Islam sedar, tidak kira apa jua
partinya. Seagama tetap bersaudara, walaupun tidak sebangsa. Benar, kita perlu
berbaik sangka. Tetapi apakah kita harus terus berdiam, jika musuh begitu nyata
di depan mata dan sentiasa merancang untuk memusnahkan kita.
Bukanlah maksud saya kita turut bertindak
memusnahkan mereka. Paling penting, kita perlu bertegas dengan mereka mulai
sekarang. Jangan terlalu fikirkan soal pembangunan dan undi.
Menang sorak kampung tergadai. Kaduk naik junjung.
Bertindaklah mengikut perlembagaan. Jika mereka
menyentuh isu-isu sensitif, seperti menghina Islam, raja dan Melayu (bangsa dan
bahasa), yang terkandung dalam akta hasutan, jangan ragu-ragu dengan tindakan
itu. Jika kita terus berlembut, kita akan terus menjadi mangsa. Jangan haraplah
dengan berlembut, mereka akan mengundi kerajaan sedia ada.
Insiden yang saya alami cukup jelas. Ultra kiasu
tidak mahu ada sesiapa yang menghalang mereka. Awal-awal lagi sudah dibanteras.
Orang Melayu (Islam) yang belajar di sekolah kerajaan, tidak dibenarkan memakai
tudung (menutup aurat). Umat Islam mesti akur dengan keputusan tersebut, suka
atau tidak.
Jika berceramah, perkara yang tidak boleh disentuh
adalah; polisi dan dasar kerajaan mereka tidak boleh dikritik, isu Israel tidak
boleh disentuh, isu agama apatah lagi. Pendek kata, jika berceramah di
Singapura, hanya boleh bercakap tajuk itu sahaja. Jangan unsur-unsur sindiran,
hasutan dan sebagainya.
Berbeza sungguh demokrasi di negara kita dengan
mereka. Kita terlalu memberi banyak kebebasan, sehingga ultra kiasu menjadi
semakin berani. Sama ada isu tersebut sensitif atau tidak, semuanya dilanyak.
Kerajaan terus berdiam diri. Jika pihak berkuasa
cuba bertindak, maka dituduh melanggar hak asasi manusia. Kita pun mengalah.
Lihatlah bagaimana ultra kiasu membela wanita yang menghina Yang di-Pertuan
Agong (YDPA).
Pada mereka, itu tidak salah, malah dibenarkan.
Sedangkan ultra kiasu tahu itu salah. Mereka begitu berani. Kenapa? Jawapannya,
mudah, kerana adanya ultra kiasu menyebelahi mereka.
Kesimpulannya, janganlah kita asyik menuding jari
kepada saudara seagama. Lihatlah sama musuh kita itu, kerana mereka lebih
bahaya daripada saudara seagama.
Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
No comments :
Post a Comment