Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, June 5, 2013

Tindakan Terhadap Penghina DYMM Yang Di-Pertuan Agong Takkan Selesai Masalah

melissa-gooi-lancome-kaum-cina-malaysia-hina-agong-raja-melayu-islam


Polis dengan bantuan SKMM telah menangkap, menahan dan menyoalsiasat seorang penghina DYMM Yang Di-Pertuan Agong di Facebook. Penghina tersebut, seorang wanita Cina telah ditahan di Taman Nirwana, Ampang Selangor semalam. Sehubungan dengan itu, pihak polis turut menamakan empat orang yang lain sebagai individu dicari, diburu dan akan diberkas kerana kes yang sama.

Penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu bukan perkara baru. Ada yang sudah ditangkap, sudah dibicarakan dan sudah dihukum. Namun ianya langsung tidak menjadi sebarang halangan buat puak-puak berkenaan untuk menggunakan teknik yang sama untuk meluahkan perasaan mereka.

Dengan hukuman yang ringan dan denda yang sangat kecil, sebenarnya penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu khususnya DYMM Yang Di-Pertuan Agong tidak akan berhenti begitu sahaja. Sama ada secara halus dan terselindung sepertimana yang dilakukan oleh DAP, mahupun yang terang-terangan sepertimana pecacai mereka menerusi tulisan di Facebook atau di media sosial lain, tahap penghinaan tersebut akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Semuanya kerana undang-undang di Malaysia yang sekadar ada, tetapi gagal mendidik dan menghukum golongan pesalah. Sekaligus pada masa yang sama, menunjukkan bahawa entiti penguatkuasaan dan penggubal undang-undang di Malaysia sebenarnya tidak pernah serius dalam usaha untuk mengekalkan identiti serta ciri-ciri penting yang terdapat di negara ini. Sebaliknya, mereka lebih leka untuk meledakkan nama agar kekal popular dan kekal menjadi sebutan dan mewujudkan permintaan yang tinggi bagi pemilihan jawatan dalam parti mahupun sebagai calon dan seterusnya pemenang dalam pilihanraya, baik kecil, negeri mahupun umum.

Ramai yang tertanya-tanya, apa pula hukuman kali ini terhadap wanita berkenaan jikalau disabitkan kesalahan? Adakah dia akan dimaafkan, dibebaskan atau dikenakan denda yang sangat kecil? Atau barangkali juga, dia akan mendapat pembelaan yang bertali arus daripada para peguam yang langsung tidak ada batas serta undang-undang untuk menyekat mereka daripada berbuat sekehendak hati di negara ini?

Sekali air bah, sekali pasir berubah… itulah yang boleh disimpulkan daripada kejadian yang sama di Malaysia. Sekali bising dan hingar, sekalilah kerajaan bertindak. Kalau tak bising, diamlah dan langsung tiada sebarang usaha untuk menguatkuasakan undang-undang.

Persoalannya, apakah sebenarnya kerajaan dan pihak berkuasa sudah mati akal, malah langsung tidak dapat memikirkan kaedah terbaik untuk mendidik rakyat negara ini agar mematuhi Perlembagaan Malaysia dan undang-undang sedia ada?

Sampai bilakah sebenarnya kerajaan akan terus mempersalahkan pihak pembangkang walaupun memang hakikatnya pihak pembangkanglah yang banyak mencetuskan suasana yang lebih kepada tindakan subversif ini?

Agak aneh, kalau sudah tahu yang menjadi dalang adalah pakatan pembangkang, mengapa pula mereka terlepas bebas, sebaliknya yang kena hanyalah para pengikut yang tidak mempunyai akal serta menurut tanpa usul periksa sebaliknya lebih kepada sentimen?

Apa yang ditakutkan sangat kerajaan terhadap para pemimpin pembangkang yang tidak teragak-agak untuk memainkan pelbagai sentimen sensitif asalkan mereka mendapat nama?

Atau sebenarnya ada mutual understanding antara kerajaan dengan pembangkang dalam hal ini sehinggakan apa-apa sahaja yang dilakukan oleh para pemimpin pembangkang, mereka bebas daripada sebarang tindakan undang-undang tetapi apabila yang bukan bergelar pemimpin pula, mereka akan dicekup, ditahan, disoalsiasat, dibicarakan dan dihukum?

Yang pastinya, tindakan menangkap dan membicarakan serta menghukum penghina Sultan-Sultan Melayu yang didalangi oleh kaum bermata sepet itu, tidak akan menyelesaikan masalah kerana apa sangatlah dengan denda atau hukuman penjara paling minimum berbanding mesej yang telah disampaikan kepada para penyokong mereka.

Seperti kata Anwar Ibrahim, seorang Anwar Ibrahim ditangkap dan dihukum mahupun dibunuh, sekarang ini akan muncul seribu Anwar Ibrahim yang lain!


Sebabnya tidak lain dan tidak bukan ialah penguatkuasaan yang lemah dan sambil lewa yang telah menjadi rukun selama ini dengan alasan… KEHARMONIAN KAUM!!!

Baca seterusnya : Di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.