Dong Zong melampau!
Masyarakat Cina khususnya Persekutuan Persatuan-persatuan
Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu sedar tidak ada negara
lain di dunia yang membenarkan kaum Cina terus hidup sebagai 'Cina' kecuali di
Malaysia.
Sehubungan itu, Felo Penyelidik Utama Institut
Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr.
Teo Kok Seong mahu pertubuhan itu berhenti membuat tuntutan melampau sebaliknya
menggunakan pendekatan mengambil kira resam 'di mana bumi dipijak di situ
langit dijunjung'.
Menurut beliau, realiti masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum dengan orang Melayu merupakan pemilik kuasa dominan perlu diakui
semua pihak termasuk masyarakat Cina.
Sehubungan itu, tambahnya, pelantikan menteri
tidak fasih berbahasa Mandarin yang dibangkitkan Dong Zong baru-baru ini bukan
isu besar.
"Perkara ini melampau sedangkan orang Cina
yang tidak fasih bahasa Melayu langsung tidak diungkit. Orang Cina pun tidak
pernah baiki keadaan ini. Ini sesuatu yang tidak baik, saya kira sudah waktunya
perkara ini dibincangkan betul-betul sebab saya kira apa matlamat orang Cina
hidup di Malaysia ini," katanya.
Beliau berucap dalam Program Bicara Eksekutif
Budaya 2013 bertajuk 'Kesantunan Bahasa Melayu Dalam Komunikasi dan Penulisan
Mutakhir' di Kompleks Dagangan Mahkota, di sini hari ini.
Baca seterusnya : Di sini
No comments :
Post a Comment