Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, June 5, 2013

Bertindak & Bergeraklah Macam Orang Menang

ge-Graph

REALITINYA, pembangkang kalah teruk dalam pilihanraya umum yang lepas, tapi sebab wujudnya gerak kerja pembelit yang begitu tersusun di kalangan mereka dengan portal beritanya, surat khabarnya, blogger dan lain-lain, kelihatan macam dia pulak yang menang, kita (BN) pihak yang kalah.

Malangnya, menjelang sebulan selepas kembali mendapat mandat, masih wujud di kalangan penyokong BN yang terikut-ikut dengan rentak pembohongan pembangkang.  Umpamanya, ada di kalangan ketua-ketua cawangan yang mencerca calon yang menang kerana mendapat majoriti yang rendah berbanding yang diperolehi pembangkang.

Soal menang sikit menang banyak, itu apa ada isu?  Yang penting kita menang dan mereka kalah.  Bodohnya pembangkang juga, pergi pindah pengundi tak ingat-ingat untuk bagi seorang pemimpin menang tu buat apa?  Contoh, Teresa Kok di Seputih, majoriti sampai 50 ribu lebih, itu apa jadah sebab Teresa Kok hanya menang 1 kerusi parlimen.

Biar macam BN, letak pengundi sikit-sikit, janji kita menang, walaupun majoriti bawah 100.

Ini menunjukkan BN work smart, sementara pembangkang work hard.  Sepatutnya semua ini jadi kelebihan pada kita, bukan kelemahan yang perlu ’dimalukan’.  Apa nak malu menang majoriti sikit, macamlah pembangkang semuanya menang majoriti besar, ada yang majoriti tipis juga, nak-nak PKR dengan PAS.

Pembangkang bila dalam keadaan macam ini (kalah), semua benda dia ungkit.  Pengundi bandarlah, pengundi luar bandarlah, jumlah sikitlah jumlah banyaklah dan sebagainya.  Peliknya tu dipihak kita saja pulak yang dia bising sangat, analisa serupa(majoriti kecil) di pihak dia, tak pulak dibawa ke tengah.

Justeru, penulis minta kepada semua penyokong BN, pedulikanlah propaganda pembangkang ini semua.  Yang penting sekarang ialah bagaimana nak mempertahankan kemenangan ini dalam pilihanraya kecil dan seterusnya pilihanraya umum ke-14 yang akan datang.


Kalau kita nak layan sangat puak-puak ni, apa kerja pun tak jalan nanti.

Baca seterusnya : Di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.