Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, June 28, 2013

MCA parti yang 83.3 peratus dilantik pengundi Melayu

MCA memperolehi 18 kerusi (7-Eleven) dalam PRU13.

Daripada 7 kerusi Parlimen MCA, 6 adalah majoriti Melayu ataupun lebih ramai pengundi Melayu daripada pengundi Cina.

Daripada 11 kerusi DUNnya, 9 adalah majoriti Melayu ataupun lebih ramai pengundi Melayu daripada pengundi Cina.

Maka sejumlah 15 daripada 18 kerusi MCA (ataupun 83.3%) adalah terletak di kawasan Melayu luar bandar yang diperli sebagai “conservative rural core” parti Umno oleh seorang kolumnis The Star baru-baru ini.

Carta pai di bawah memaparkan pecahan etnik pemilih di kerusi-kerusi yang dimenangi MCA. Warna biru menandakan kaum Melayu dan warna merah menandakan kaum Cina.

Nama tempat pun berbunyi kekampungan, umpamanya Bemban, Gurun dan Machap, dan bukan berbaur canggih macam Mont Kiara. Sudah pasti para pengundi yang telah memberi sokongan kepada MCA adalah pembaca Utusandan bukannya pembaca The J-Star.

Kawasan-kawasan DUN dipegang MCA

INGAT:

Biru — Melayu

Merah – Cina



TitiTinggi

Cheka

PulaiSebatang

Kulim

Klebang

Bemban

Gurun


Damak

Chenderiang


Kaum ‘Lain-lain’ di Chenderiang adalah orang asli.

Hanya dua kerusi DUN milik MCA yang mempunyai lebih ramai pengundi Cina berbanding Melayu, iaitu Machap dan Paloh.

Itupun bilangan golongan Cina mengatasi golongan Melayu 2% – 5% sahaja (lihat carta pai bawah).



Machap

Paloh


Di bawah pula ialah carta pai bagi kerusi Parlimen yang dimenangi MCA.
Hanya Labis sahaja yang bukan majoriti Melayu.

Anak Chua Soi Lek yang diwasiatkan kerusi bapanya telah mendapat 15,821 undi manakala calon DAP mendapat 15,468 undi daripada sejumlah 32,026 orang Johor keluar mengundi.

Chua Tee Yong menang dengan majoriti tipis 353 undi.



Air Itam

AlorGajah

TanjungMalim

TanjungPiai

Tebrau

Bentong

Labis


Sumber carta pai: http://undi.cari.com.my

Bentong mempunyai 44.6 peratus pemilih Melayu dan 43.9 peratus pemilih Cina.

Bekas Menteri Kesihatan MCA Liow Tiong Lai berjaya mengalahkan calon anti-Lynas DAP, Wong Tack, dengan majoriti kecil 379 undi dan itupun kerana Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob sayangkan telinganya.

Sementara itu kalau bukan kerana sokongan orang India, tentunya anak Dr Chua itu akan kalah juga. Itupun The Star sengaja enggan menghebahkan pesanan yang dikeluarkan Hindraf agar kaum India menyokong penuh BN. (Labis mempunyai sebanyak 15% pemilih India).

Sekarang cuba kita lihat sama ada The Star telah memberi liputan yang positif ataupun cukup memuaskan kepada kempen MCA.


Yip Sun Onnsitethestar.com.my

J-Star evangelista

Di bawah ialah jadual kekerapan disiarkan rencana di dalam akhbar The Star yang menyebut nama-nama Adun MCA / DAP.

Angka-angka yang tercatat adalah diperolehi daripada hasil carian Google untuk tempoh ‘Past Year’ dalam laman sesawang http://www.thestar.com.my   lihat contoh screenshot, atas.

MCADAPadunTheStar

Geng Hannah dipromo oleh J-Star


Cuba lihat pada nama Datuk Lau Lee, Dr Leong Yong Kong, Fong Koong Fuee dan Lai Meng Chong. Masing-masing menjadi Adun MCA dalam kedua-dua PRU12 dan PRU13, bermaksud mereka incumbent yang berjaya mempertahankan kerusi mereka.

Dalam tempoh setahun lepas ini, nama Datuk Lau Lee hanya muncul di dada akhbar The Star sebanyak 16 kali, Dr Leong sebanyak 11 kali, Fong Koong Fuee (14) dan Lai Meng Chong (5).

Cuba bandingkan dengan politikus muda dan muka baru DAP yang pertama kali bertanding pilihanraya iaitu dua orang evangelista — Rajiv Rishyakaran dan Yeo Bee Yin.

Rajiv sebelum itu bertugas sebagai pembantu khas Hannah Yeoh dan Bee Yin sebagai pegawai khas Tony Pua serta juru strategi media sosial DAP.

Rajiv diberi liputan menerusi 32 buah rencana dan Bee Yin, 39 rencana dalam The Star menjangkaui tempoh yang sama.


alvinn

Perhimpunan agung MCA dibenamkan

Scan di atas menunjukkan muka depan The Star pada 20 Okt 2012.

Wanita yang menghiasi muka depan suratkhabar milik MCA itu ialah Vivian Lee — “seks blogger” yang dilonjakkan sebagai selebriti mi segara oleh The Star untuk dijadikan ikutan para remaja.

Memang The Star mahu mengembangkan budaya gila glamer Gereja City Harves

Dr Chua MCA ready and united for election battle against DAP

MCA berjanji berjuang bermati-matian

Pada hari minggu yang sama, MCA telah mengadakan perhimpunan agung mereka di mana Dr Chua telah menyeru ahli-ahli partinya supaya:

MCA members should “talk and think about defeating Pakatan Rakyat at breakfast, lunch, dinner and supper.”
Perhimpunan tahunan MCA di mana presidennya yakin the entire party was united to go all out to defeat the DAPtidak diberi liputan muka depan oleh The Star.


vivian-izzah

Sebaliknya terpampang di muka depan The Star ialah seks blogger Vivian Lee yang merupakan seorang penyokong pembangkang yang juga tidak segan silu untuk memperlekehkan bendera BN.

Berita perhimpunan MCA itu – yang merupakan mesyuarat agung parti terakhir sebelum pilihanraya diadakan – nyata ditenggelami oleh laporan-laporan sensasi oleh The Star tentang Vivian dan pasangannya Alvin.


vivianLeeBN

Jikalau jentera media sendiri tidak mengendahkan tuanpunya tetapi sebaliknya menumpu perhatian kepada seks blogger (melambak-lambak cerita yang diolahThe Star tentang pasangan Vivian dan Alvin), adakah orangramai mungkin akan boleh teruja dengan MCA?

Ketika bekas Menteri Pelancongan Ng Yen Yen melawat ke Jonker Walk pada awal tahun ini, beliau disambut dengan pekikan ‘boo’ oleh khalayak umum yang menghadiri sebuah acara keramaian Tahun Baru Cina.

Tidak syak lagi bahawa orang Cina menolak MCA secara total. Hampir semua undi yang diraih MCA datangnya daripada pengikut setia BN kaum Melayu, India mahupun orang asli.

Sedang akhbar milik MCA gila mempromo Malaysian Malaysia, adakah parti itu pula akan menampakkan lebih kesungguhan dalam menjaga hal-ehwal kelompok-kelompok yang telah memberi undi ikhlas kepada parti itu?

Wajar MCA memulakan usaha supaya kelihatan sedikit prihatin dengan menghormati penggunaan bahasa kebangsaan. Jangan asyik pasang cogankata dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris sahaja. Ingat, wakil-wakil kamu 83.3 peratus dilantik oleh orang Melayu.




1 comment :

Anonymous said...

Yang Umno bodoh sangat bagi kerusi parlimen majoriti Melayu pada Mca apahal? Umno tidak tahu ke mca tu kawan dap sebenarnya. Umno tidak sedar lagi ke semua ini permainan jahat orang cina? Umno tdk sedar lagi ke Mca melalui soi lek hanya bermain wayang menipu Najib bahawa mca akan kalahkan pembangkang pd pru 13 tetapi sebaliknya Umno hampir jadi parti pembangkang pada pru 13.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.