Tuesday, January 20, 1015
Banyak polemik dan kontroversi yang sengaja ditimbulkan oleh golongan yang tidak faham GST tetapi mengaku pandai tentang GST. Kesannya ramai yang terkeliru dengan dakyah dan tohmahan palsu.
Bertambah malang apabila ada di kalangan para pemimpin Islam rela dipergunakan oleh puak chauvanis untuk menggagalkan sistem percukaian GST. Alasannya mudah, kejayaan perlaksanaan GST pasti akan membongkar segala penyelewengan dan kecurangan yang dilakukan oleh golongan-golongan peniaga yang tidak jujur yang selama ini hidup mewah hasil penipuan-penipuan mereka dalam perniagaan.
Pengkhianat Ekonomi Berleluasa, Ekonomi Binasa
Sebutlah apa saja penyelewengan yang selalu dilakukan oleh golongan peniaga yang khianat ini. Bagi mereka kalau tidak menipu bagaimana hendak untung? Kita perlu ketepikan persepsi kononnya mereka ini pandai berniaga, rajin bekerja, tidak berputus asa, bijak ambil peluang…
Tak semua golongan ini sebegitu. Tapi kebanyakannya yang menolak GST berusaha menggambarkan mereka teraniaya dengan GST demi menutupi segala penipuan dan pembohongan yang sering mereka lakukan.
Akibat perbuatan segelintir peniaga yang menjadi pengkhianat ekonomi ini, maka harga barang meningkat berkali ganda dan menjadi mahal. Kesannya hidup rakyat menjadi susah, tetapi para peniaga yang khianat ini semakin kaya.
Dalam ajaran Islam sendiri menekankan pentingnya golongan penggerak ekonomi seperti pengeluar, pemborong, peruncit dan peniaga supaya sentiasa bersikap jujur dalam perniagaan mereka. Bahkan dalam Islam, 9/10 rezeki itu datangnya dari perniagaan.
Namun Allah swt dan Islam menegah dan melaknat golongan yang melakukan 8 ciri-ciri khianat ekonomi terhadap rakyat dan negara seperti;
1. Riba
2. Peras ugut
3. Menipu bagi melariskan barangan
4. Rasuah
5. Memonopoli barangan (ihtikar)
6. Mengurangkan sukatan dan timbangan
7. Larangan membeli barangan curi, ragut atau rampas tanpa hak
8. Menjual barangan bersifat najis pada zat dan hasilnya seperti arak, babi, anjing, bangkai dan sebagainya
Sumber: http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/perkara-haram-dalam-perniagaan
Lapan ciri khianat ekonomi inilah yang harus ditentang habis-habisan oleh umat Islam. Majoriti pengkhianat ekonomi inilah yang sebenarnya amat takut pada GST dan berusaha mempengaruhi kita agar GST tidak dilaksanakan supaya mereka boleh berterusan melakukan khianat ekonomi yang menindas rakyat secara berleluasa.
Segelintir orang hanya melihat perlaksanaan GST dari sudut kesan kepada pengguna saja. Kononnya harga barang akan naik. Tetapi mengapa kita tidak mahu mempersoalkan sikap para peniaga yang tidak jujur yang menjadi dalang kepada kenaikkan harga barang sesuka hati? Mereka berterusan menipu rakyat dan serba serbi menyalahkan kerajaan ekoran kenaikkan harga barang.
Jarang antara kita bersyukur dan gembira apabila GST dilaksanakan, akan ada barang yang tidak naik harga dan akan ada juga barang yang akan turun harga.
Cukai CJP 16% Bakal Dihapuskan
Kerajaan mendapati sistem percukaian yang ada sekarang iaitu kadar Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (CJP) begitu tinggi iaitu 16% dan membebankan para peniaga dan pengguna. Justeru kerajaan telah membuat keputusan memperkenalkan satu mekanisme cukai yang lebih telus dan tidak membebankan rakyat dengan menghapuskan CJP tersebut serta digantikan dengan cukai GST iaitu berkadar 6% sahaja.
Selama ini kita telah membayar harga yang tinggi bagi sesuatu barangan kerana kos cukai CJP telah diserapkan secara langsung ke dalam harga yang dibeli oleh para pengguna.

GST telah dilaksanakan di lebih 160 buah negara sejak tahun 1950an lagi. Justeru GST yang bakal dilaksanakan oleh Malaysia pada 1 April 2015 adalah merupakan sistem percukaian GST yang terkini. Perlaksanaannya Insya Allah diyakini tidak akan membebankan rakyat kerana ia merupakan kaedah penyusunan sistem percukaian negara yang berkesan, saksama, cekap dan telus. Ia dapat mengelak cukai yang terselindung, bertindih, caj tersembunyi, perbuatan-perbuatan khianat ekonomi serta perbuatan menipu aliran dan sumber pendapatan golongan peniaga.
Hasil dari pengurusan sistem percukaian yang cekap dan telus akan membolehkan negara menjadi makmur. Mungkin ada suara-suara sumbang yang mengatakan GST bercanggah dengan Islam. Ini adalah disengajakan kerana mereka kurang memahami aspek dan sistem perekonomian serta percukaian dalam Islam itu sendiri.
Persepsi Salah GST dan Percukaian di Negara-Negara Arab
Bagi mereka, Islam tidak ditegakkan atas dasar negara percukaian (darul ijabah) tetapi berasaskan prinsip negara hidayah dan berkebajikan. Hakikatnya, sistem percukaian adalah mekanisme utama penghasilan dan pendapatan sesebuah negara. Dengan hasil percukaian ini juga akan membolehkan kebajikan pada rakyat disalurkan kembali. Prinsipnya, golongan kaya akan membantu golongan miskin.
Negara-negara Islam Teluk (GCC) seperti Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar, Oman, Bahrain yang kaya dengan sumber minyak dan gasnya tidak mengenakan sebarang cukai pendapatan kepada rakyatnya, bahkan memberi pelbagai pelepasan cukai dan bantuan sosial. Namun hakikatnya, negara-negara ini terpaksa mengimport 95% barangan keperluan harian pengguna dari negara-negara Barat yang mahal dan kerajaan tidak memberikan subsidi menyebabkan harga barangan itu menjadi mahal.
Sebab itulah Barat berjaya mencengkam politik di negara-negara tersebut. Apabila berlakunya Arab Spring, negara-negara ini terselamat kerana bantuan propaganda media dan politik dari kuasa-kuasa Barat yang melindunginya. Negara-negara tersebut dijadikan proksi ketenteraan Barat yang turut menguasai pasaran eksport petroleum dan gas disamping menguasai pasaran barangan import negara-negara tersebut seperti hasil tenusu, daging, perubatan, bijirin, sayuran, peralatan mesin, automobil hinggalah ke persenjataan.
Sumber: Import Demand Behavior of Arab Countries: Recent Trends and Influence of Geopolitical Events -http://www.brandeis.edu/departments/economics/RePEc/brd/doc/Brandeis_WP24.pdf
Sebenarnya, sesuatu cukai dikutip oleh sesebuah kerajaan adalah untuk tujuan mengoperasikan pentadbiran sesebuah negara. Cukai dibayar kepada kerajaan boleh berbentuk samada dalam bentuk royalti, emolument, ganjaran, sumbangan ehsan dan sebagainya.
Dalam Islam sendiri ada sistem percukaian seperti cukai jizyah yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang mendapat perlindungan daripada pemerintah Islam. Namun Malaysia dan kebanyakkan negara Islam tidak melaksanakan cukai jizyah tetapi melalui cukai pendapatan individu. Semua rakyat dilindingi oleh pemerintah. Bahkan zakat dan fidyah sendiri merupakan antara sistem ekonomi percukaian Islam yang wajib dilunaskan oleh umat Islam apabila cukup syarat-syaratnya.
Kena Tunggu Darurat Baru Boleh Kutip Cukai?
Ada pihak berhujah cukai hanya perlu dikutip bila tiba masa darurat atas alasan ia adalah waktu yang paling memerlukan. Manakala cukai yang dikutip pula hanya sekadar untuk memenuhi keperluan darurat tersebut. Persoalannya adakah kita mengetahui keperluan darurat tersebut? Apa akan terjadi jika kos menangani darurat tersebut menjangkaui peruntukkan yang ada hasil dari cukai yang dikutip?
Apa akan terjadi jika keadaan darurat itu menjadi semakin teruk dan kerajaan pula terpaksa tergesa-gesa memungut cukai bagi membayar pampasan pada mangsa? Apa akan jadi jika kadar cukai baru yang dikutip nanti membebankan pembayar? Tidakkah ini menunjukkan kita tidak cekap mengurus dan tidak bijak meramal kesulitan di masa depan?
Masa bila pula negara kita stabil dan kewangan negara kita kukuh sehingga kita tidak memerlukan kutipan cukai? Apabila habis segala sumber bumi digunakan, apakah lagi sumber kewangan hendak digunakan pula. Adakah kita mahu meminjam dan berhutang pada negara luar yang mengenakan syarat-syarat ketat termasuk kadar faedah yang tinggi dan tempoh bayaran yang tertentu?
Hakikatnya, di negeri-negeri diperintah penyangah GST sendiri pun mengenakan pelbagai cukai yang dikutip oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti kutipan cukai pintu, cukai tanah dan lesen perniagaan. Untuk apa cukai-cukai tersebut dikutip, bukankah ia untuk pembangunan? Sama juga dengan cukai pendapatan, cukai korporat atau cukai GST.Lantaran mana janji-janji pembangkang semasa PRU13 yang berjanji kononnya hendak menghapus atau menurunkan cukai PBT?
Barat Menjadi Welfare State Tapi Cukai Sangat Tinggi
Tidak dinafikan banyak negara-negara Barat mampu melakukan pelbagai kebajikan sosial kepada rakyat namun semuanya boleh tercapai dengan adanya wang yang dikutip dari cukai-cukai awam, korporat, levi dan GST yang tinggi. Tanpa cukai-cukai ini adakah negara-negara tersebut boleh membangunkan ekonomi, prasarana pendidikan, ketenteraan, keselamatan dan teknologi mereka?
Di negara kita rakyat yang berpendapatan bawah RM4,000 dikategorikan berpendapatan rendah dan tidak dikenakan sebarang cukai pendapatan. Mereka diberikan bantuan seperti BR1M, bantuan persekolahan, bantuan biasiswa, subsidi kesihatan, subsidi baja dan sebagainya. Malah di bawah GST nanti pendapatan tahunan syarikat di bawah RM500,000 juga tidak dikenakan GST.
Penglibatan Rakyat Mengekang Peningkatan Harga
Kerajaan berusaha mengawal kenaikan harga barang jika ia berlaku. Kita pula sebagai pengguna perlu melapor sebarang kenaikan pada pihak berkuasa atau setidak-tidaknya mewar-warkan dalam media sosial atau boikot premis tersebut bukan hanya berdiam diri, memaki hamun kerajaan tetapi terus membeli di kedai tersebut. Yang untung dan semakin mewah kerana banyak menipu adalah para peniaga yang khianat tersebut. Tapi mengapa kita terus berdiam diri.
GST Malaysia Tertinggi Di kalangan Negara-Negara Islam?
Pihak pembangkang juga menyatakan kadar cukai GST bercanggah dengan Islam kerana melebihi kadar zakat 2.5%. Hakikatnya zakat dan GST adalah dua cukai yang berbeza. Jika GST bercanggah dengan Islam mengapa beberapa negara Islam seperti Algeria, Turki, Jordan, Lebanon, Indonesia, Mesir, Iran, Uzbekistan, Turkmenistan, Pakistan, Kazakhstan dan Azerbaijan turut melaksanakannya? Kadarnya pula berbeza dari serendah 5% (Iran) hingga tertinggi 20% (Uzbekistan).
Adakah negara ini tidak Islamik? Hakikatnya, kadar GST 6% di Malaysia adalah jauh lebih rendah dari negara-negara lain yang mengenakan GST sehingga 27% (Hungary). Jika GST adalah sistem percukaian yang zalim, mengapakah negara-negara dunia ini boleh dan berjaya melaksanakannya?
Pengalaman Ghana, Malta dan Vietnam
Ghana pernah memperkenalkan GST / Value Added Tax (VAT) pada kadar 17% pada Mac 1995 namun terpaksa dibatalkan pada Mei 1995 kerana tentangan pembangkang. Namun apabila pembangkang yang sama menjadi kerajaan pada tahun 1998, mereka segera meluluskan perlaksanaan GST kerana mendapati sistem percukaian negara mereka selama ini gagal membenteras penipuan hingga menyebabkan hasil negara berkurangan.
Bahkan pada Disember 2013 lalu Parlimen Ghana telah meminda Akta VAT yang menyebabkan berlakunya peningkatan kadar VAT dari 15% ke 17%. Negara tersebut terpaksa mengenakan VAT yang tinggi kerana itulah saja pendapatan kewangan negara mereka.
Sumber: http://www.mondaq.com/x/293322/sales+taxes+VAT+GST/New+Ghana+Vat+Act+Promulgated
Hal yang sama juga berlaku di Republik Malta yang melaksanakan GST pada 1995 dengan kadar 15% tetapi terpaksa membatalkannya atas desakan rakyat dan pihak pembangkang. Namun apabila pembangkang negara tersebut menjadi kerajaan, mereka mendapati GST lebih baik dan melaksanakan kembali pada tahun 1999 dengan kadar 18% hingga sekarang. Ini menunjukkan pembangkang-pembangkang di Ghana dan Malta cakap tak serupa bikin, mereka pun akan buat benda yang dulunya mereka menentang bila berpeluang jadi pemerintah.
Vietnam pula terpaksa memperkenalkan GST yang pernah dibatalkan pada 1970an kerana sentimen anti barat dan Amerika Syarikat yang membawa kepada Perang Vietnam. Namun terpaksa memperkenalkan kembali GST yang dikenali Value Added Tax (VAT) pada tahun 1999 di bawah program pembaharuan ekonomi Doi Moi setelah mendapati sistem percukaian sedia ada gagal memodenkan negaranya.
Sebaliknya, kerajaan Malaysia amat bertanggungjawab dan berhati-hati dalam melaksanakan GST yang kadarnya tidak melebihi 6% setahun.
Sumber: http://etp.pemandu.gov.my/Transformation_Unplugged-@-Why_we_need_GST.aspx
Pembangkang dan GST sebenarnya...
Hakikatnya, pihak pembangkang sebenarnya amat cemburu dan sakit hati apabila kerajaan berjaya melakukan transformasi ekonomi negara. Hasrat Menteri Kewangan DS Anwar Ibrahim memperkenalkan GST pada tahun 1995 lalu tidak kesampaian. Bahkan beliau pernah menyatakan bahawa GST tetap melaksanakan untuk menjana pendapatan negara jika mereka berjaya membentuk kerajaan.
Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekarang-anwar-kata-pakatan-akan-laksana-gst-bila-perintah-namun-bersyarat
Kesimpulannya selalunya kita berbelanja kerana nafsu bukan kerana keperluan dengan ukurlah baju di badan sendiri. Kalau tak mampu jangan berhutang, jangan salahguna kad kredit. Belajarlah bersyukur dan berusahalah berjimat cermat, beli di kedai harga patut dan selalulah menambah pelaburan. Biarpun sedikit menabung itu lebih baik dari merungut berpanjangan kerana ia tidak menyelesaikan masalah. Jadilah pengguna bijak, jangan percaya pada spekulasi, fitnah dan tohmahan jika kita tidak tahu hakikat sebenarnya.
Jangan salahkan kerajaan saja jika harga barang naik tetapi salahkan para peniaga yang sengaja jual barang mahal. Jangan salahkan GST tetapi salahkan para peniaga yang jahat suka naikkan harga kerana merekalah punca segala-galanya.
Sumber
1 comment :
blog baru diujudkan kerana blog lama telah kena 'hacked' .. http://puchongmeranti.blogspot.com RT/sebarkan Please.. semoga murah rezeki !!
Post a Comment