Semalam,
tersebarnya teori konspirasi dari seorang pengguna Facebook,
Sharifah Sofea yang mendakwa pesawat MH370 disembunyi dan
cerita-cerita sepanjang perjalanan pesawat itu dirampas dan dibawa
ke Ukraine.
Akibatnya,
ramai pengguna Facebook yang cetek pengetahuannya terus percaya dan
mula memaki hamun dan sumpah seranah terhadap 'Orang Kena Tuduh'.
Bertambah teruk, ulasan Sharifah Sofea disebarkan pula di serata
laman sosial sehingga menimbulkan fitnah.
Mengambil
inisiatif dan atas dasar kasihan melihat warga netizen ditipu hidup²
oleh individu bernama Sharifah Sofea ini, penulis blog Malaysia
Military membongkarkan pembohongan yang dilakukan oleh individu
terbabit.
Sebelum
meneruskan, saya mengambil peluang untuk mengucapkan takziah kepada
keluarga penumpang QZ8501 dan MH17, serta diharap para anggota
keluarga penumpang MH370 dapat terus tabah dengan dugaan yang
dihadapi. Kami bersama anda merasai kesedihan, dan cuba sedaya upaya
untuk tidak menyentuh apa-apapun berkenaan 370 selagi pencarian
masih diteruskan.
Saya
perasan dua tiga hari ni page so called kapten tengku sharifah sofea
kembali menjadi viral dan siap ada blog lagi, dan kini mula
disebarkan dan dishare oleh masyarakat umum.
Kononnya
atas nama menyebarkan kebenaran, dia bercerita tentang maklumat yang
kononnya dia terima dari perisikan Russia, tv Russia dan
mempengaruhi tangible and gullible Malaysian dgn perkataan Dajjal,
Yahudi dan konspirasi.
Ok
first thing first : PERISIK
TIDAK MENGAKU DIRINYA PERISIK, dalam keadaan apa sekali pun
hatta nyawa dihujung mata pedang tiada satu maklumat yang akan
diserahkannya kepada musuh. Itu rule of thumb perisikan. Jadi kalau
ada orang mengaku dia perisik, dia ada contact dengan agensi
perisikan itu ini, nampak sangat lah membohongnya. Kakak sharifah ni
statusnya sangat vague. Mulanya mengaku pramugari MAS, tiba2 ada
title kapten (pramugari dan kapten adalah dua rank berbeza dan bukan
mudah pramugari untuk jadi Kapten pesawat melainkan dengan
membohong) then tiba-tiba ada title TENGKU?
Identitinya
yang kelabu asap sudah memberikan saya indikasi yang dia ini tidak
lain tidak bukan menangguk di air keruh bila mana keluarga mangsa
dan pasukan penyiasat dan pasukan pencarian bertungkus lumus cuba
mendapatkan maklumat akan misteri kehilangan 370. Kebanyakan umum
menganggap wujudnya muslihat melindungi sebaran maklumat..padahal
dalam apa insiden berkaitan penerbangan mahupun maritim, memang masa
yang diambil untuk menyiapkan laporan, menyiasat dan mengumpulkan
maklumat serta bukti agak lama. Simple fact saya bagi, berapa lama
masa yang diambil anda untuk tunggu laporan siasatan polis siap bila
anda terlibat dalam kemalangan jalan raya?
2
minggu paling cepat kan. Lepas tu laporan siasatan akan dikeluarkan
untuk tentukan siapa salah bagi tujuan insurance claim. Prinsip nya
sama dengan mana-mana insiden kemalangan jiwa malah ia lebih
komplikated bila berhadapan dengan insiden maritim atau insiden
penerbangan dimana siasatan akan melibatkan agensi-agensi
antarabangsa seperti ICAO (utk aviation) dan IMO serta agensi2
keselamatan pengangkutan dimana objektif utama mereka adalah untuk
insiden tersebut tidak berulang dengan mengambil kira penambahbaikan
pada let say pesawat dari segi perundangan dan peralatan.
Ok
saya akan terus kepada maklumat radar yang kononnya kakak sofea ni
kata diterima dari Thailand, Kazakhstand dan Turkmenistan.
DATA
SULIT THAILAND ADALAH PAPARAN RADAR MARITIM
Foto
dibawah ini dikatakan adalah paparan imejan radar pengawasan udara
angkatan tentera Thailand. Untuk orang-orang biasa pastinya akan
percaya seratus peratus yang ini soheh. Tapi tidak pada kalangan
professional yang terlibat dalam industri penerbangan mahupun
perkapalan.
Kebanyakan
mariners akan perasan yang ini bukan display radar pertahanan udara
tetapi radar maritim yang digunakan kebanyakan kapal-kapal kargo
diseluruh dunia.
Saya
paparkan pada anda foto asal yang di crop oleh pihak tersebut yang
kemudian mengatakan ia paparan radar pengawasan udara
THAILAND...Jelas disini paparan radar pada foto asal menunjukkan
yang ia adalah marine navigation radar yang kebiasaan wujud dan
digunakan diatas kapal...bukan air search radar atau air
surveillance radar seperti yang dicanangkan makcik tu. Paparan yang
ditunjukkan pada foto sebenar ini adalah paparan radar bagi kawasan
pesisiran pantai.
Maklumat
media memang mengatakan yang Thailand ada membuat kenyataan yang
mereka mengesan pesawat tersebut tetapi tiada maklumat paparan radar
(konon rahsia) yang diberikan kepada mana-mana pihak, malah foto yg
dikatakan maklumat dan data rahsia itu sebenarnya tiada kena mengena
pun memberikan indikasi yang dia membohong.
PAPARAN
RADAR TURKMENISTAN
Ramai
yang tidak pernah tengok aircraft navigation display, dan telah
tertipu dengan radar Turkmenistan ini. Foto yang dikatakan paparan
radar dan bukti pesawat MH370 berselindung disebalik pesawat
Singapura tidak lain hanyalah aircraft navigation display yang
kedapatan pada pesawat. Ia bukan radar. Ia adalah paparan navigasi
dan ia adalah dua perkara yang berbeza. Malah lebih kelakar, apabila
foto ini dikatakan datang dari radar pengawasan udara Turkmenistan.
Ok
compare foto diatas dengan foto-foto ini:
Foto
yang saya lampirkan adalah sebahagian dari paparan navigasi pesawat
komersial, dimana foto pertama adalah paparan yang terdapat pada
pesawat A380. Jelas ia bukanlah paparan radar pertahanan udara
Turkmenistan kerana paparan radar pertahanan udara atau radar
pengawasan udara adalah sengat berbeza dengan paparan informasi
navigasi pesawat dan juga paparan radar maritim, Dan jelas sharifah
yg dicanang sebagai hero anti yahudi, anti dajjal dan anti amerika
itu sendiri merupakan penyebar fitnah yang saling tak tumpah dengan
dajjal itu sendiri yang mengelirukan orang ramai.
Pasti
ada yang akan bertanyakan rupa paparan radar pertahanan udara maka
saya selitkan sekali foto-foto dari internet bagi memberikan anda
idea perbezaan yang saya maksudkan.
Foto
pertama menunjukkan radar pertahanan udara AN/FPS-117 yang digunakan
Amerika Syarikat
Foto
kedua menunjukkan sistem radar pertahanan udara yang digunakan
Jerman
Dan
foto ini menunjukkan paparan dan konsol radar pertahanan udara
buatan Russia
Jelas
sekali lagi foto2 yang dikepilkan kami sangat berbeza dengan bukti
kononnya maklumat radar yang diperkatakan Sharifah Sofea, menyanggah
teorinya dan membuktikan maklumat yang diterima hanyalah rekaan dan
palsu serta tidak kredible.
FOTO
SATELIT XRAY
Jika
anda rajin melayari internet dan cuba mencari maklumat berkenaan
satelit xray, anda akan dapati yang satelit tersebut merupakan
teleskop sinaran xray yang digunakan untuk mencerap sinaran-sinaran
xray yang wujud diangkasa lepas. Satelit tersebut tidak wujud dalam
inventori russia malah ia digunakan oleh kalangan ilmuan astronomi
antarabangsa untuk mencerap angkasa lepas.
Kalangan
plane spotter dengan mudah dapat mengenalpasti pesawat yang
dikatakan MH370 dalam foto diatas sebagai pesawat AWACS E-3 Sentry,
yang berada di atas tarmac dan bukan dibawah tanah dan foto tersebut
bukanlah paparan sinaran xray tetapi paparan alat pandang malam atau
nightvision.
Kita
ulas dahulu pesawat yang kelihatan dari udara ini. Jika diperhatikan
terdapat radome diatas fiuslaj pesawat tersebut, ia bukanlah pesawat
awam tetapi pesawat tentera. Pesawat dengan radome amaran awal udara
dipanggil AWACS dan jelas foto ini menunjukkan sebuah pesawat AWACS
E-3 Sentry kegunaan USAF.Dibahagian kanan atas dan bawah 2 buah
helikopter UH-60 Blackhawk yang digunakan secara meluas oleh
angkatan tentera Amerika.
Tidak
yakin.
Cuba
bandingkan foto dibawah dengan foto kononnya pesawat MH370
Sekarang
bandingkan ia dengan pesawat 777 yang hampir sama dengan MH370.
Anda
bandingkan sendiri antara foto yang dikatakan pesawat MH370
yang berada dibawah tanah, pesawat AWACS
E-3 Sentry dan pesawat B777.
Dari pengamatan awal anda, anda akan dapati yang pesawat didalam
foto berwana hijau itu tidak sama langsung dengan rupa bentuk B777
tetapi lebih tepat ia adalah E-3 Sentry.
Mengulas
satelit xray, seperti yang saya katakan tadi tiada satelit xray yang
berupaya mencerap keadaan dibawah tanah. Ia tidak wujud dan satelit
teleskop xray hanya digunakan untuk cerapan objek angkasa lepas yang
mengeluarkan sinar xray seperti PULSAR
dan QUARSAR.
Jadi
disini, wujud percanggahan fakta sebenar dan campur aduk fakta palsu
yang mengelirukan orang ramai.
Foto
yang dikatakan di ambil dari satelit xray itu sebenarnya adalah foto
nightvision camera dari
pesawat tanpa pemandu yang memantau keadaan persekitaran pangkalan
udara USAF, menjelaskan kenapa fotonya berwarna hijau. Perkara mudah
seperti imejan xray yang berwarna (seperti yang kedapatan di bilik
xray hospital atau alat pengesanan kargo) dan paparan alat night
vision yang berwarna hijau jelas membuktikan percanggahan dan
pembohongan yang mengeksploitasi masyarakat umum yang kurang
pengetahuan am.
Masih
tidak dapat tangkap apa yang saya maksudkan.
Foto-foto
ini akan menjalaskan dimana foto pertama merupakan imejan xray dari
alat pengesan kontraban yang kedapatan meluas di lapangan terbang
dan pos pemeriksaan sempadan. Jelas imejan xray ini tidak berwarna.
Foto
ini merupakan imejan xray yang mengesan kontraban dimana ia tembus
melepasi sturktur kenderaan dan memperlihatkan objek2 yang cuba
disorokkan. Warna imejan ini kelabu, dan jika benar satelit xray
digunakan (nama satelit tu pun dia tak bagi tau) maka imej yang
terpapar perlulah kelihatan seperti diatas.
Tetapi
foto yang mereka berikan berwarna hijau, signifikan dengan alat
pandang malam dan menjelaskan dengan trampil yang foto yang
dicanangkan itu bukanlah foto pesawat yang berada dibawah tanah
kerana imejan alat pandang malam tidak menembusi objek, tetapi
menerangi kawasan yang gelap.
Hasil
dari pemerhatian rupabentuk pesawat yang bukan B-777
milik MAS juga jelas
membuktikan yang kenyatan mengenai pesawat tersebut adalah palsu
semata-mata dimana pesawat E-3 Sentry sudah pasti bukan pesawat awam
tetapi pesawat tentera dan foto tersebut bukanlah foto pangkalan
udara di Ukraine tetapi di Amerika Syarikat sendiri.
ELT
BUKAN SUAR API
Agak
mengejutkan apabila statement ELT adalah suar (api isyarat) ini
keluar dari mulut so called kapten. Takkan kapten airlines tak tahu
ELT tu apa?
Part
ini memberikan indikasi jelas yang sharifah bukan airlines pilot
malah bukan pramugari pun kerana tidak mengetahui apakah ELT
yang merupakan alatan kecemasan paling penting sesebuah
pesawat dan setiap krew perlu mengetahui cara pengendaliannya.
Untuk
makluman pembaca, ELT
bukan lah suar, bukan lah api isyarat kecemasan seperti yang
diperkatakannya...kerana ia adlah alatan elektronik yang bermaksud
EMERGENCY LOCATOR TRANSMITTER
yang menghantar isyarat pada frekuensi 406 Mhz kepada gugusan
satelit COSPAS SARSAT
bagi menarik perhatian pasukan Rescue Coordination Center (RCC) yang
mana pesawat mengalami keadaan kecemasan dan memerlukan bantuan.
Isyarat terdiri dari radio callsign pesawat, kedudukan latitud dan
longitud isyarat dipancarkan, masa dan jenis kecemasan yang
dihadapi.
Jadi
agak pelik jika penjelasan semudah ini tidak boleh diberikan, malah
siap salah fakta lagi. And ramai pulak yang percaya si sharifah
adalah kapten pesawat penumpang sedangkan penjelasan
ELT pun kelaut.
Sah
anda semua ramai yang sudah kena kencing kaw kaw.....
KESIMPULAN
kebanyakan
fakta yang dikemukan page berkenaan adalah recycle dan
reused facts dengan banyak percanggahan dan pengunaan bukti palsu
dan cropped image bagi mensahihkan kenyataan mereka.
Agak
terkilan ada statement yang dinyatakan, memberitahu penumpang
dibuang-buang ketika pesawat ke Ukraine, jelas cuba mewujudkan
sentimen dikalangan keluarga mangsa MH370 yang sehingga kini masih
hilang dan usaha mencari terus dijalankan. Ramai dikalangan orang
awam tidak faham proses penyiasatan insiden penerbangan mahupun
insiden maritim yang mana pengumpulan bukti sahih dan bukan bukti
tangkap muat memerlukan masa yang lama. Ini dapat dilihat dalam
pelbagai kes kemalangan industri penerbangan dimana semua faktor
perlu diambil kira, semua bukti perlu diteliti pihak penyiasatan
yang dah tentu professional dan mempunyai pengalaman.
Orang
kita (dan masyarakat luar surprisingly) terlalu taksub pada teori
konspirasi. Kononnya ada tangan ghaib, kononnya permainan kuasa
besar, kononnya agenda yahudi. Selit sikit dajjal, selit siki yahudi
terus semua percaya tanpa ada inisiatif pun untuk menyiasat apakah
benar kenyataan yang dibuat para konspirator-konspirator ini. Kita
tidak terfikir yang mungkin maklumat yang disebarkan ini juga
merupakan sebahagian fitnah dajjal.
Fakta
yang dikemukan diatas telah secara tidak langsung menyanggah alledge
evidence mereka yang kebanyakannya tak ada rupa bukti pun. Dengan
mudah ia dipatahkan, malah setakat guna google map dan kemudian
melabel ia bukti dari russia, bukti dari sana sini sebenarnya tidak
membawa apa-apa signifikan pun melainkan page berkenaan secara tidak
langsung berjaya menarik ribuan pembaca yang percaya tanpa usul
periksa.
Sebab
itu ilmu pengetahuan am penting, agar kita tidak mudah tertipu
dengan scammers dan konspirator yang ada agenda tersendiri.
Anda
mungkin akan kata tulisan saya ini didorong agenda Yahudi. Well
terpulang kepada akal fikiran anda kerana saya berpegang kepada
kebenaran yang tulen dan bukan kebenaran yang direka-reka dari
penipuan.
No comments :
Post a Comment