Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, January 1, 2015

DS Rosmah Mansur Guna Jet Eksekutif Kerajaan Lagi, Pembangkang Rugi.

Seperti yang pernah saya tulis di blog ini sebelum ini, senjata paling utama pembangkang adalah memburuk-burukan Pm dan isteri sehingga boleh menimbulkan kebencian rakyat kepada mereka berdua, barulah Bn dan UMNO bokeh dilemahkan.

Isu penggunaan jet eksekutif kerajaan ini telah mendapat kritikan hebat pembangkang november 2013 dan dibangkitkan di Parlimen serta telah pun dijawab.

Namun pembangkan di Malaysia tidak pernah belajar dan ingat dengan jawapan yang diberikan dan terus menyerang DS Rosmah kerana kredebiliti DS Najib dan Rosmah adalah keutamaan mereka untuk dicerca dan dikeji.

Lawatan PM dan isteri ke Amerika Syarikat dan negara lain telah diatur beberapa bulan lebih awal dengan jadual lawatan dan temujanji dengan pihak-pihak di negara berkenaan. Semasa  PM di sana beliau telah membuat keputusan mengejut pulang ke tanah air kerana beberapa buah negeri dilanda banjir.  Namun isteri PM meneruskan lawatan rasminya tanpa kehadiran PM bagi memenuhi jadual dan temujanji yang telah diatur .Untuk itu sewajarnya beliau berhak menggunakan pesawat eksekutif kerajaan.

Dalam pada itu Isteri PM juga boleh keluar negara tanpa ditemani PM walau tidak mewakili kerajaan, tetapi untuk kepentingan kerajaan. Ini menjustifikasikan penggunaan jet eksekutif  kerajaan dengan menggunakan saluran betul untuk memohon termasuk memohon kepada Kementerian Luar sebelum ia dibawa ke Kabinet untuk mendapatkan kebenaran.

Sementara itu  penggunaan pesawat-pesawat eksekutif milik kerajaan bukan terhad kepada Perdana Menteri sahaja.

Jet eksekutif kerajaan adalah untuk tugas-tugas rasmi Perdana Menyeri, juga boleh diguna oleh Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong serta Timbalan Perdana Menteri serta lain-lain VVIP untuk tujuan lawatan rasmi ke luar negara dengan kelulusan Kabinet.

Beberapa pemimpin pembangkang mengatakan PM boleh didakwa dimahkamah jika beliau didapati kerana melanggar prosedur dalam membuat keputusan yang melibatkan konflik kepentingan.

Waaah Waaah sedap bunyi bila tembak orang bukan main lagi. Tak ingat ke apa yang pernah terjadi kepada dewa orang orang PAS yang mentadbir Kelantan sebelum ini?

Nik Aziz selaku Pengerusi PMBK dalam satu mesyuarat yang beliau pengerusikan melantik menantunya sebagai CEO PMBK.  Kes berkenaan disiasat SPRM, dan akhirnya SPRM memutuskan Nik Aziz tidak bersalah.

Jika Nik Aziz tidak bersalah, kenapa Najib bersalah? Inilah yang dikatakan perangai syaitan. Halalmu....haramku...kau buat halal....aku buat haram.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.