Monday, January 19, 2015
Betul Ke Ada 'Kem' Mahathir ?
Hehehehe .... satu pun tak kena !
Rancak orang berkata mengenai perang antara kem Tun Mahathir ( dan Daim ) dengan kem Najib. Waktu sama bergema jugalah seruan2 supaya kedua kem berkompromi ..... demi Melayu.
Saya tak tahulah samada benar atau tidak wujud apa yang dikatakan sebagai kem Tin Mahathir. Mungkin benar .... atau mungkin label itu sendiri satu bentuk game ... wallahualam.
Kerana bagi saya, apa yang saya tulis adalah berdasarkan logik dan pemahaman saya dari apa yang dipaparkan oleh media. Saya timbang dan guna pemikiran sendiri dan dari situ saya komen.
Kalau ada pemimpin atau bekas pemimpin yang ikut sama beri kenyataan yang sama aliran, saya akan guna untuk menguatkan hujah. Dan dalam kes ini, kebetulan banyak perkara yang ditimbulkan oleh Tun terhadap Najib adalah sealiran.
Saya nampak apa yang Tun timbulkan adalah sama dengan apa yang rakyat ( disekeliling saya dan dari pembacaan saya ) bisingkan. Tun timbulkan ISU bukannya peribadi Najib.
Jadi bagaimana bentuk kompromi yang boleh diwujudkan antara Tun dan Najib ?
Apakah hasil yang diharapkan dari kompromi itu dalam bentuk satu keadaan di mana Tun tidak lagi mengkritik cara Najib mentadbir negara ?
Adakah KALAU Tun diam maka rakyat pun akan ikut sama diam ? Selama ini saya melihat suara Tun sama dengan suara rakyat BUKANnya rakyat yang mengikut suara Tun.
Entahlah .... malas saya nak campur hal kem-kem ni . Ini bukan soal peribadi sapa2 tapi mengenai survival dan halatuju bangsa dan negara.
Jadi kepada kem Najib, janganlah buang masa tulis komen2 mengkritik zaman Tun Mahathir dulu. Komen2 sebegitu bagi saya adalah lari tajuk dan tidak akan disiarkan. Baca artikel dan komen mengikut apa yang ditulis, ya.
Cr : DinTurtle
No comments :
Post a Comment