Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, January 26, 2015

Kemalangan maut: JPJ nafi tetapi Polis siasat berdasarkan aduan awam


Kemalangan maut Melaka: Polis siasat laporan JPJ terlibat
Keadaan kereta Kancil yang dirempuh kereta Perdana - Foto sumber Astro AWANI

MELAKA: Polis Melaka akan menyiasat dakwaan bahawa Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) terlibat dalam kemalangan yang meragut empat nyawa di Jalan Serkam Pantai-Pulai pada Jumaat.

Menurut pegawai penyiasat, Inspektor Cornelius Loipin, pihaknya ada menerima satu laporan polis daripada saksi yang mengatakan ada cubaan daripada JPJ untuk mengejar sebuah Proton Perdana sehingga mengakibatkan kemalangan tersebut.

"Kita mendapat aduan orang awam ada JPJ cuba kejar pemandu Perdana. Namun begitu, kita masih menjalankan siasatan sama ada dakwaan itu benar atau tidak. Tetapi setakat hari ini, terdapat satu laporan saksi daripada orang awam yang mengatakan JPJ cuba untuk mengejar.

"(Tentang) Kejadian melibatkan JPJ, polis akan menyiasat lebih lanjut... kita tak boleh kata JPJ salah, kita akan siasat lebih lanjut lagi," kata Cornelius.

Difahamkan kemalangan tersebut berpunca daripada sebuah kereta Proton Perdana yang dikatakan memasuki arah bertentangan dan merempuh kereta jenis Perodua Kancil sehingga menyebabkan dua mangsa tercampak keluar dan dua lagi tersepit di dalam kenderaan.

Polis Melaka dalam pada itu meminta lebih ramai saksi tampil untuk membuat laporan bagi membantu siasatan.

Cornelius berkata, keterangan saksi amat perlu berikutan dakwaan terbabit di mana pemandu Proton Perdana itu turut mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut. Kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu mengorbankan empat sekeluarga iaitu Saimah Wahab, 77; Ida Dollah, 46, dan dua anaknya, Siti Rohana Abd Ghaffar, 23, dan Siti Rohani, 18.

Sementara itu, suami mangsa, Abd Ghaffar Said bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana mahukan keadilan akibat kelalaian pengguna jalan raya sehingga menyebabkan ahli keluarganya terkorban.

Beliau amat berharap lebih ramai saksi tampil membuat aduan bagi melancarkan siasatan. "Saya minta orang ramai tampil menjadi saksi dalam kemalangan semalam yang melibatkan anak isteri saya," kata Abd Ghaffar.

Terdahulu,JPJ menafikan laporan yang mendakwa mereka terlibat secara langsung dalam insiden kemalangan tersebut.

Kesemua mangsa yang dibedah siasat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Panjang Sari, Pagoh selepas Zohor. 



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.