Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, January 25, 2015

DATUM JELATIK, Dosa Azmin Ali Didalangi Teresa Kok Untuk Hapuskan Melayu Di Kawasan Majoriti Melayu Untuk Kesenangan DAP Pada Masa Hadapan

Sunday, 25 January 2015

Detum Jelatek... projek yang membuktikan bahawa PKR bersekongkol dengan DAP untuk menjahanamkankan kawasan bermajoriti Melayu, bukan sahaja kerana nilai tanah dan komisyen yang diterima, tetapi juga untuk strategi politik pada masa yang hadapan yang memberikan jaminan kemenangan berpanjangan.

Menariknya, walaupun dilaksanakan pada zaman Khalid Ibrahim, tetapi projek ini sebenarnya telah dibayangkan pada zaman Khir Toyo lagi. Bezanya, pada zaman Khir Toyo, ia sekadar satu bayangan dengan setiap pemilik unit rumah pangsa empat tingkat di Taman Keramat akan menerima pampasan sekurang-kurangnya RM400,000 (pada waktu itu) setiap seorang selain rumah mampu milik yang disediakan kepada mereka di tapak dan lokasi yang sama.

Apabila Kerajaan Khir Toyo jatuh pada tahun 2008, Kerajaan Khalid Ibrahim menerusi PKNS yang berada di bawah genggaman Azmin Ali dan Teresa Kok melaksanakan projek dalam bayangan tersebut. Bagaimanapun, berbeza daripada bayangan Khir Toyo, projek berkenaan bukan untuk Melayu, bukan juga untuk orang marhein, sebaliknya pemilik unit dipaksa terima pampasan sekitar RM150,000 untuk unit kediaman mereka di Rumah Pangsa Taman Keramat yang dimusnahkan bagi tujuan pembinaan projek Detum Jelatek.

Secara tidak langsung, Detum Jelatek sebenarnya adalah buah tangan Azmin Ali yang dikhabarkan menerima komisyen berpuluh-puluh juta untuk projek berkenaan, memandangkan dia adalah ADUN Bukit Antarabangsa. Sempadan DUN Bukit Antarabangsa adalah sehingga ke Jalan Enggang, Keramat.

Taman Keramat dan AU Keramat merupakan projek PKNS dari zaman Barisan Nasional bagi tujuan menyediakan kawasan penempatan dan kediaman Melayu-Bumiputera. Namun selepas Pakatan Rakyat mengambilalih Selangor dan PKNS sendiri, tanggungjawab sosial tersebut telah dihapuskan dan digantikan dengan keuntungan segera kepada ahli-ahli politik yang menjadi ahli lembaga pengarah PKNS dan ADUN serta Ahli Parlimen di kawasan terbabit.

Hari ini, hampir 100 orang penduduk membuat tindakan protes ke atas pemaju kondominium mewah Detum Jelatek di Taman Keramat dan bertukar agresif. Mereka telah memecah masuk ke kawasan pembinaan tersebut untuk menghalang projek tersebut yang mereka rasakan akan bertukar menjadi kawasan jajahan Cina.

Demonstrasi pada mulanya berlangsung aman dengan perarakan ke tapak projek tersebut tetapi bertukar ganas apabila sebahagian daripada mereka mengoyakkan zink yang memagari kawasan projek berkenaan dengan beberapa orang daripada mereka memecah masuk ke tapak berkenaan.

Polis bagaimanapu, berjaya mengawal keadaan dan orang ramai kemudiannya beredar. Dua buah trak polis dilihat berada di tapak tersebut. 

Walaupun tindakan para penunjuk perasaan tersebut dilihat bertentangan dengan undang-undang negara tetapi ada beberapa perkara yang perlu sebenarnya diperhatikan secara teliti.

Projek kondominium mewah Detum Jelatek berada di atas tapak empat blok Rumah Pangsa PKNS yang dihuni oleh 100% Melayu. Rumah Pangsa PKNS Taman Keramat telah dimusnahkan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi PKNS pada penghujung 2010.

Berdasarkan kepada nilai pasaran tanah semasa, setiap unit rumah pangsa tersebut dinilai pada kadar sekurang-kurangnya RM1 juta setiap satu tetapi pemilik hanya diberikan pampasan sebanyak RM150 ribu sahaja.

Walaupun penduduk sebenarnya tidak menentang pembangunan semula di tapak tersebut, tetapi bekas penghuni Rumah Pangsa Taman Keramat mahukan perumahan mampu milik di atas tapak tersebut dan keutamaan diberikan kepada mereka yang pernah menghuni di rumah pangsa di situ. Mereka tidak mahu kondominium mewah yang tidak mampu buat mereka.

Kerajaan Negeri Selangor merancang studio apartment (apartment tanpa bilik) berukuran 538 kaki persegi yang berharga RM700,000 setiap satu dan tidak mungkin mampu dibeli oleh komuniti Melayu Taman Keramat.

Sudah lama, masyarakat dan penduduk memberi amaran, keganasan mungkin akan tercetus sekiranya projek tersebut diteruskan.

Persoalannya:

1) Mengapa Kerajaan Negeri Selangor memusnahkan rumah pangsa kos rendah milik mereka dan menggantikannya dengan projek kondo mewah?

2) Adakah pampasan RM150 ribu, membolehkan penduduk asal mencari rumah-rumah ganti di sekitar tempat tersebut?

3) Adakah sebarang rumah pangsa kos rendah alternatif yang ditawarkan kepada penduduk-penduduk asal empat blok rumah pangsa yang telah dimusnahkan dan merupakan pemilik?

4) Semenjak pemusnahan pada tahun 2010, empat tahun sepatutnya menjadi tempoh yang matang bagi Kerajaan Negeri Selangor menyelesaikan sebarang masalah dengan penduduk serta pemilik sebelum tercetus insiden ganas hari ini. Ada atau tidak, Kerajaan Negeri Selangor yang ditunjangi oleh PKR dan didalangi oleh DAP mencari jalan penyelesaian atau sebaliknya mereka sekadar menyalahkan UMNO untuk menutup skandal penyelewengan kuasa serta kewangan yang mereka terlibat sepenuhnya.

SUMBER : Selangor Chronikel

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.