Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, January 10, 2015

Reaksi Ketua Polis Negara!!! Dah Tak Sabar Nak Tengok Eric Paulsen Si Penghasut Dihumban Ke Penjara

Saturday, January 10, 2015

Dia selalu ingat dan selalu fikir, sebagaipeguam apatah lagi sebagai pengasasLAWYERS FOR LIBERTY yang sangat pro-Pakatan Rakyat, dia bebas menyuarakandan bercakap apa-apa sahaja. Apatahlagi didokongi pula oleh gerakan yang mahu memusnahkan Islam dan sentiasa melabelkan Islam sebagai terroris dan penjenayah, menjadikan Eric Paulsen menganggap diasangat terlindung untuk sebarang kenyataan yang dikeluarkannya.

Semalam, Eric Paulsen yang sebelum inimelakukan serangan ke atas Islamdengan menyifatkan Islam sebagai agama penjenayah, telah mengeluarkan satulagi kenyataan menerusi Twitter yang menganggap, Solat Jumaat dan Khutbah Jumaat sebagai SARANG PEMBIAKAN TERRORISME.

Ini bukan kenyataan kali pertama yang dibuat oleh Eric Paulsen. Eric Paulsen pernah mengeluarkan kenyataan menghina Hudud dan kalimah ALLAH serta peranan serta kuasa DYMM Yang Di-Pertuan Agong.

Jumaat lalu, Eric Paulsen sekali lagi mencabar umat Islam dan pihak berkuasa di negara ini apabila menyifatkan Solat Jumaat dan Khutbah Jumaat sebagai instrumen untuk membiakkan ekstrimisme dan terroris.

Agak aneh cara pemikiran manusia seperti Eric Paulsen apabila penghinaan ke atas agama dan umat Islam, disifatkan sebagai KEBEBASAN BERSUARA, KEBEBASAN HAK ASASI MANUSIA mahupun KEBEBASAN BERMAKLUMAT. Tetapi apabila perkara yang sama dilakukan oleh golongan Islam ke atas umat Islam, hanya dua perkara yang dsebut iaitu TERRORISME dan EKSTRIMIST.

Boleh jadi juga, Eric Paulsen yang merupakan seorang penyokong tegar PKR terlupa atau sengaja buat-buat lupa yang Malaysia adalah sebuah negara majoriti penduduknya adalah Islam. Justeru, majoriti penduduk dan rakyatnya mahukan Islam sebagai sesuatu yang rasmi, sekaligus menolak idea seperti yang dimahukan oleh Eric Paulsen.

Ternyata, kenyataan subversif yang dikeluarkan oleh Eric Paulsen telah mendapat reaksi daripada Ketua Polis Negara yang melihatnya sebagai satu asas penting untuk disumbat dengan menggunakan AKTA HASUTAN!!!

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.