Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, January 8, 2015

PENCACAI PAKATAN HINA DAN FITNAH SULTAN SELANGOR LAGI!

Thursday, 8 January 2015

Masalah para pecacai Pakatan ialah mereka bukan sahaja tidak ada adab tetapi juga menganggap undang-undang di negara ini sebagai bahan mainan mereka. Dan sikap tersebut tidak ada batasan selagi mereka melihat ia sebagai satu keuntungan kepada Pakatan Rakyat.

Berita penangkapan seorang penfitnah pro-Pakatan yang menggunakan nama Iblis Syaitan di Facebook nampaknya tidak mendatangkan sebarang teladan kepada mereka. Sebaliknya menganggap yang pihak berkuasa boleh diakal-akalkan dan diperbodoh-bodohkan oleh mereka.

Atau boleh jadi juga mereka rasa dengan 'sokongan' golongan tertentu dalam SKMM, mereka boleh lepas.

Terbaru, hari ini ada lagi puak berkenaan sedang cuba mengakalkan undang-undang tanpa mengambil teladan bahawa seorang pecacai DAP walaupun berjaya mengenepikan hukuman penjara tetapi dendanya telah dinaikkan menjadi RM50,000 akibat menghina Almarhum Sultan Perak.

Penghinaan dan fitnah ke atas DYMM Sultan Selangor nampaknya terus berleluasa di Facebook.

Ini dikesan berlaku hari ini.

Semoga pendedahan ini dapat diambil tindakan selanjutnya oleh pihak berkenaan terutama selepas Pengerusi SKMM lama tidak lagi dilanjutkan perkhidmatannya yang dikatakan kerana gagal mengekang jenayah siber yang berleluasa.

sengal berita 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.