Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, January 6, 2015

Pesawat Kerajaan Keliling Dunia : Jawapan Balas Buat Malaysiakini! Bahagian 1

Tuesday, January 6, 2015

MENJAWAB FITNAH PESAWAT KERAJAAN MALAYSIA ENJOY KELILING DUNIA - BHGN 1

Tidak berpuashati dengan saman PM terhadap mereka, Malaysiakini terus memperhebatkan serangan mereka terhadap Datuk Najib berhubung isu pesawat rasmi Kerajaan Malaysia.

Malaysiakini terus dgn ayat membunuh mereka 'jet PM keliling dunia'. Perkataan itu digunakan merujuk kepada jadual berlepas dan mendarat jet berkenan yang disiarkan oleh flight radar 24. Tetapi mereka tidak menyatakan berapa lama pesawat itu berhenti dan untuk tujuan apa ?

Pesawat berkenaan jenis A319. Lebih kurang saiz pesawat yang digunakan oleh Air Asia (A320) dimana ianya tidak boleh melakukan penerbangan berbelas2 jam sepertimana A380, B747 dan B777 kerana kapasiti minyaknya tidak mencukupi. Cuba masuk web site air asia dan cek destinasi2 mereka yang menggunakan pesawat A320. Lihat destinasi yang dituju perjalanannya berapa jam ? Utk perjalan lbh jauh air asia menggunakan pesawat lebih besar yang dinamakan Air Asia X.

Daripada Los Angeles utk pulang ke Malaysia pesawat berkenaan tidak menggunakan laluan Lautan Pasifik iaitu melalui Jepun kerana saiznya yang kecil tidak memungkinkan mereka menggunakan laluan itu kerana faktor cuaca dan keselamatan. Mereka terpaksa menggunakan laluan lautan atlantik. Dimana laluan itu memerlukan mereka merentasi benua Amerika, Eropah dan Timur Tengah.

Selepas berlps dari Los Angeles, tempat pertama pesawat itu berhenti adalah di New York. Mendarat di New York jam 10.23 malam dan berlepas kembali jam 12.50tgh malam dimana tempoh berhentinya adalah 2 jam 27 minit . Sempat ke dalam tempoh 2 jam setengah itu penumpang pesawat itu nak turun membeli belah di New York ? Shopping mall mana yang buka tengah2 malam ? Nak lepas imigresen berapa lama ? perjalanan drp airport ke bandar berapa lama ? Drp bandar nak balik ke airport berapa lama ? Pakai akal sikitlah.

Selepas New York perhentian seterusnya adalah London. Dimana tempoh penerbangan drp London ke New York memakan masa lbh kurang 7-8 jam. Pesawat itu terpaksa berhenti sekali lagi utk mengisi minyak. Pesawat itu mendarat di London jam 11.45 pagi dan berlepas kembali jam 1.04 tgh menuju ke Dubai. 1 jam 19 minit tempoh pesawat itu berhenti di London. Sempat ke penumpang nak turun membeli belah ?

Pesawat itu berlps dari London jam 1.04 tgh dan mendarat di Dubai jam 12.16 tgh malam. Dimana tempoh penerbangan dri London ke Dubai memakan masa 7-8 jam. Nanti ada yang tanya pula kan dari jam 1.04tgh hingga 12 .16 tgh malam dah hampir 12 jam. Tolong ambil kira perbezaan waktu antara negara ya. Waktu yg dinyatakan adalah WAKTU TEMPATAN.

Pesawat itu mendarat di Dubai jam 12.16tghmalam dan berlepas kembali jam 1.53pagi. Dimana tempoh ianya berhenti utk mengisi minyak 1 jam 37 minit . Sempat ke dalam tempoh itu penumpang nak turun shopping ? Dan shopping mall mana yang buka di tengah2 malam begitu ?

Berlepas dari Dubai jam 1.53 pg dan pesawat itu mendarat di Bangkok jam 11.11pagi. Penerbangan dari dubai ke Bangkok memakan masa lbh kurang antara 6-7 jam. Di Bangkok pesawat itu berhenti 2 hari dan membawa pulang PM yang mengadakan pertemuan tidak rasmi dgn PM Thailand.

Waktu peristiwa MH370 dulu bukan main hebat hingga melahirkan ribuan pakar penerbangan. Tapi semua pakar taik kucing. Nak kenal pasti jenis pesawat, kapasiti minyak dan laluan penerbangan pun tak pandai. Patutlah senang2 ditipu oleh bapak peliwat. Teringat kisah black out dan ratusan ribu pengundi bangla. Hingga penuh stadium Kelana Jaya dan jem habis segala highway di lembah klang. Akhirnya semua kena tipu dgn bapak peliwat.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.