January 19, 2015
Anwar Ibrahim kalau sehari tidak berbohong mungkin beliau tidak boleh hidup rasanya. Berbohong baginya mungkin seperti oksigen untuk kita bernafas. Ketua Umum (KETUM) Anwar Ibrahim ketika dipetik oleh portal FMT News semalam, menyatakan nilai Ringgit kini merupakan matawang Asia yang paling lemah kerana menyusut kepada RM3.55 untuk setiap USD1 daripada RM3.32 sejak setahun yang lalu. Ini akan mendorong nilai ringgit menyusut ke tahap terendah dalam sejarah. Baca pautan portal FMT News, di sini.
Anwar Ibrahim mungkin mempunyai daya ingatan yang lemah atau beliau suka bercakap bohong. Atau beliau ini adalah seorang pesakit "selective memory, selective amnesia". Masihkah kita ingat, sewaktu beliau masih menjadi Menteri Kewangan pada 07 Januari 1998, ekonomi Malaysia mencatatkan nilai tukaran matawang terendah dengan kadar RM4.88 berbanding USD1? Mana lebih besar RM3.55 atau RM4.88 berbanding USD1?
Siapakah Menteri Kewangan yang menghancurkan ekonomi Malaysia pada masa itu (1998) yang menyebabkan inflasi yang teruk, kadar faedah yang tinggi sehingga menyebabkan ramai Rakyat yang sengsara. Bagi macai-macai PR yang masih muda, mereka mungkin terpengaruh dengan kata-kata Anwar Ibrahim kerana mereka tidak merasa detik-detik itu. Baca juga kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia bertarikh 09 Mac 1999, di sini.
Masihkah Anwar Ibrahim ingat, daripada September 1998 sehinggalah 2005, kadar Ringgit kita telah ditetapkan (pegged) pada RM3.80 untuk USD1, hasil kebijaksanaan Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamed, untuk memulihkan kembali ekonomi Malaysia? Atau Anwar Ibrahim juga turut terlupa bahawa 5 tahun dahulu, pada tahun 2009, USD1 adalah bersamaaan RM3.73? Cukup-cukuplah berbohong wahai Anwar Ibrahim. Simpanlah bohong itu untuk macai-macai PR sekali. Kalau Mendiang Karpal Singh masih hidup, pasti beliau akan mengulangi kata-kata yang pernah disebutnya, "Anwar Ibrahim harus bertaubat."
Cr: Cucu Tok Selampit
No comments :
Post a Comment