Tersebar di internet dan mesej Whatapps bahawa projek pembinaan empangan Kenyir 2 adalah punca utama yang membawa kemusnahan yang amat dahsyat di Kelantan. Mesej-mesej yang dihantar dan pelbagai artikel yang ditulis di alam maya memberi penjelasan panjang lebar dan kebanyakkannya cerita-cerita pengkhabaran yang tidak ada asas langsung.
Di antara pembohongan yang tersebar ialah banjir tersebut berpunca dari Sg. Tembat, yang bakal menjadi punca air untuk projek Kenyir 2. Sg. Tembat bermula dari kawasan tinggi Terengganu dan mengalir ke Tasik Kenyir. Maka dikatakan oleh cerita palsu tersebut bahawa air Sg. Tembat dialihkan sementara ke Kelantan kerana tidak mahu air tersebut mengalir ke kawasan projek dan menggangu pembinaan.
Jika kita mempunyai sedikit asas ilmu kita akan faham khabar angin sedemikian tidak munasabah dan mustahil untuk berlaku.
1. Air sungai mengalir dari tanah tinggi ke tanah rendah dan akhirnya ke laut. Dan Sunnatullah ialah mustahil untuk air mendaki ke kawasan yang lebih tinggi.
2. Sempadan sesebuah negeri/negara lazimnya mengguna sungai atau banjaran bukit. Dan sempadan Terengganu-Kelantan, di kawasan tinggi digarisi oleh banjaran bukit.
Grafik di bawah berusaha memberi jawapan kepada fitnah punca banjir (harap bersabar untuk muat turun kerana saiz imej adalah besar. Klik untuk paparan lebih besar)
Punca banjir Kelantan
Maka mari kita lihat grafik yang saya buat secara ringkas dengan mengambil punca peta dari googlemap.
1. Cari di mana Sg. Tembat. Tengok aliran sungai tersebut yang menurun ke Tasik Kenyir. Tengok juga garis ketinggian topografi (elevation) kawasan sekitarnya. (Sekitar 600+m)
2. Cari di mana sempadan antara Terengganu dengan Kelantan. Perhati garis ketinggian topografi sekitar banjaran yang menjadi sempadan kedua-dua negeri. Sekitar 800m – 1,000+m.
3. Fikir secara logik bagaimana air Sg. Tembat mampu untuk mendaki setinggi 200m – 400m bagi mencurah tadahan air dari negeri Terengganu ke sebelah Kelantan.
4. Selepas anda fikir dan faham – cukuplah untuk membuat rumusan bahawa terlalu banyak penipuan dan fitnah melalui mesej-mesej begini. Dan boleh anda tutup dari membaca mesej-mesej yang panjang lebar yang penuh dengan khabar angin dan lebih elok kita membuka dan membaca Al Quran. Kerana kita semua lebih banyak membaca mesej-mesej yang tidak membawa kebaikan dari membaca Al Quran termasuk penulis sekali.
Di bawah adalah salah satu contoh berita palsu yang memfitnah punca banjir adalah kerana projek pembinaan Kenyir 2. (Tak payah bacalah yang di bawah ini – habiskan masa sahaja)
Persoalan seorang kawan dr Tumpat Kelantan: dari mana datangnya air yg menyebabkan banjir besar d kelantan? Sedangkan hujan x lebat dan ketika air naik mendadak langit tidak mencurah hujan…
Aku kupas sedikit mengikut akal dan sedikit pengetahuan atas jalan syariat yg berkait dgn kerja2 tangan manusia.. ini hanyalah pendapat aku bukan untuk menuduh sesiapa atau jauh sekali dari niat utk menghasut…
Baca juga tuduhan Husam Musa Yang Mengaitkan Pembinaan Empangan
Kenyir 2 sebagai Punca Banjir dalam Blog Addindeen.
http://addindeen.blogspot.com/2014/12/husam-dedah-rahsia-banjir-besar-di.html#more
*********************************************************
Bulan 9 baru2 ni…Aku g ke kenyir..tujuan utk mancing…org yg arrange penginapan dan boat..namanya Loh..
Loh ni kerja dia masuk hutan..cari hasil hutan dan ada sebuah rumah rakit
Masanya byk dihabiskan d kenyir..kalau ada yg nak masuk kenyir dia akan urus dgn kos yg agak murah…stay kat rumah rakit dia yg agak uzur( kalau nak g dgn family mmg x sesuai)
Kalau g dgn member2 yg jenis adventure atau hardcore fisher..ok sgt2
Jadi mada g sana..byk kwsn yg dia bwk g utk mancing tahan pukat dan mandi manda
Salah satu tempat yg dia bwk namanya Sungai Tembat
Bhg Bwh air terjun Sg Tembat ni ada satu chalet nama Musang resort..dah ditinggalkan pemilik mungkin krn krg pengunjung atau ada sbb2 lain..pemiliknya cina..hari ini kalau g sana..kita blh stay free sbb chaletnya masih blh ddiami
Dan aku rasa skrg Sg Tembat ni adalah lubuk ikan kelah krn ianya krg dkunjungi dan sungainya x dcemari dgn kegiatan menangkap ikan…(telahan aku shj)
Bila cakap dgn Loh…dia maklumkan aku 1 info yg buat aku tersentak dgn perihal Sungai Tembat ni.
Sungai tembat blh lah aku katakan anggaran 300meter lebih tinggi dr aras air tasik kenyir sekarang
Apa yg mengejutkannnya sekarang diatas puncak sg tembat ini sdg dibina 1 lg dam utk sistem janakuasa baru..Loh kata projek kenyir 2
Aku x prnh tahu dan mugkin kita x prnh tahu perihal projek kenyir 2 ni.
Skrg kerja2 menebang balak d aliran Sg Tembat sdg giat dijalankan serentak dgn proses penakungan air
Penebangan balak awal dilakukan krn x mahu berlaku pembaziran balak sebagaimana yg tlh berlaku semasa projek tasik kenyir sediada skrg.
Berapa org yg dimaklumkan perihal ini? Hatta org politik pun mungkin x semua yang tahu
Bila sampai musim tengkujuh hujan yg lebat byk berlaku sekitar hulu …aliran air yg byk melimpah akan merosakkan empangan yg sdg dibina…salah satu cara adalah membiarkan air tersebut memenuhi aliran sebelah hulu sungai… (hulu Sg. Tembat berakhir di gunung-lihat google map) mustahil air tersebut d lps ke Tasik Kenyir krn ianya akan merosakkan empangan yg sdg dibina di hilir..dan jika dialir juga air tersebut, maka ada 2 keadaan yg mungkin berlaku..
1)empangan kenyir akn menerima takungan air yg terlampau byk. Jika ini berlaku maka seluruh Terengganu akn menerima nasib sebagaimana Kelantan terima skrg
2) tembok pintu empangan yg sdg dibina akan musnah dgn kekuatan air ini akan menyebabkan kerugian jutaan ringgit.
Kalau d search dgn map google..kita akan lihat Sg Tembat sebenarnya bersebelahan dgn Kuala Krai, Dabong, Gua Musang, Manik Urai..
Limpahan air kenyir 2 inilah yg mnyebabkn Kelantan menerima nasib yg buruk…kwsn sekitarnya bertukar menjadi tasik segera..
Mmg TNB maklumkan bhw TNB Tasik Kenyir x lps air..info itu adalah utk tasik kenyir sediada…manakala kenyir 2 x termasuk dlm fasa kenyir sediada…kenyir 2 blm diisytihar jd ianya dianggap limpahan air sungai biasa
Krn itu kalau kita lihat kenyataan TNB..paras air tasik kenyir jauh lg dr paras bahaya….persoalannya Knp begitu?…x lain x bukan adalah krn air hulu yg sepatutnya trn ke tasik kenyir..disekat oleh empangan kenyir 2..dan air kenyir 2 inilah yg menenggelamkan kelantan
Krn apa skrg baru berlaku?..krn mulai tahun ini baru berlaku sekatan air bermakna air mula ditakung dari empangan tersebut sdgkn pintu limpahan blm siap sepenuhnya…ada rakan2 yg memberi telahan bahawa banjir ini hanyalah curahan air hujan biasa cuma sungai kelantan x dpt menampung takungan air yg byk krn Kelantan x mempunyai jaluran sungai yg byk sebagaimana Terengganu…tetapi akal aku menafikan krn 2 s aspek
1) Knp tahun ini baru berlaku demikian
2) banjir ini dimulai d bahagian gua musang dan sekitarnya dan air inilah yg turun ke Kota Bharu.
Jika benar sungai kelantan x dpt menampung air ke laut maka bandar Kota Bharu awal2 lagi ditenggelami air.
Ada juga yg mengatakan ianya air dr empangan Pergau…tetapi akal juga menolak krn sebelum ini x berlaku limpahan air yg sebegini hebat..ini mega wave…bkn sebarangan banjir…Air ini bagai dicurah dr sebuah takungan yg amat besar.
( ini telahan dr pemikiran yg x bersumber kpd mana2 rujukan….)
setelah merujuk google.. search.. ini hasil nye
Credit : Akimori Blog
No comments :
Post a Comment