Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, January 20, 2015

PAKATAN RAKYAT TIDAK BOLEH TERIMA HAKIKAT, MALAYSIA TIDAK BERHADAPAN KRISIS EKONOMI DIBAWAH PENTADBIRAN NAJIB ABDUL.RAZAK!!!

Tuesday, January 20, 2015

Pakatan Rakyat sekarang ini sedang melipatgandakan usaha untuk menyatakan bahawa ekonomi Malaysia sedang hancur dan Malaysia sedang berhadapan dengan krisis ekonomi. Anwar Ibrahim yang tidak berapa bijak, lupa fakta tentang zamannya sendiri dan menjadikan fakta sebagai sesuatu yang bersifat sensasi, telah pun mengeluarkan kenyataan yang bagi mereka yang faham, akan tergelakkan kebodohan dan kejahilannya dalam bab ekonomi.

Memang benar, Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran kerana kejatuhan harga minyak, tetapi ia sebenarnya hanyalah CABARAN BAJET, bukannya KRISIS EKONOMI.

CABARAN BAJET bermakna, apabila kerajaan membuat jangkaan bajet berdasarkan perolehan negara untuk perbelanjaan tahun berikutnya tetapi perubahan situasi tertentu menyebabkan jangkaan perolehan menurun (seperti perolehan minyak dan gas kepada kerajaan).

Ini adalah isu bajet dan boleh diselesaikan oleh kerajaan menerusi pembaikan dan perubahan tertentu, sama ada dengan memotong perbelanjaan tertentu atau meningkatkan perolehan bidang-bidang tertentu seperti meningkatkan dividen dari GLC seperti Khazanah, TNB, TM dan sebagainya atau pun 'memperbetulkan' semula perbelanjaan modal. Inilah yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak hari ini menerusi intervensi bajet yang disiarkan ke seluruh negara pagi tadi.

KRISIS EKONOMI pula berlaku apabila faktor-faktor atau fundamental ekonomi Malaysia begitu lemah kesan daripada keyakinan pengguna yang merudum, atau kadar faedah tinggi atau permintaan yang sangat lemah daripada pasaran eksport negara kerana permintaan tempatan dan luar yang telah jatuh.

Keadaan ini tidak berlaku pun, malah tidak ada satu analisa ekonomi pun yang meletakkan pertumbuhan KDNK Malaysia kurang dari 4% bagi tahun 2015.

Bahkan kebanyakan penganalisa termasuklah Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan KDNK negara antara 4.7% sehingga 5.5%. Ini adalah kerana penurunan harga minyak akan meningkatkan permintaan dan pertumbuhan dalam pasaran eksport Malaysia, lemahnya nilai Ringgit bermakna akan meningkatkan eksport kita dan permintaan pengguna tempatan akan terus kekal.

Malahan walaupun KDNK kita adalah 4%, ia tetap merupakan perkembangan yang sihat untuk Malaysia.

Yang Pakatan duk melalak sekarang dan cuba meyakinkan orang ramai, NILAI RINGGIT jatuh, maka jatuhlah Malaysia. Harga Minyak dunia menjunam, maka Malaysia pun akan kiamat dan hancur. Mereka sekadar berfikir secara lapis atas. Mereka tidak langsung berfikir secara rasional membabitkan kepenggunaan dan eksport serta KDNK serta pertumbuhan-pertumbuhan lain kesan daripada kejatuhan nilai Ringgit dan harga minyak. Seolah-olah Malaysia terlalu bergantung kepada minyak dan gas serta perdagangan matawang dunia. Mereka tidak peduli pun tentang kepelbagaian sumber pendapatan negara yang lain.

Perhatikan bagaimana mereka langsung tidak mampu menampilkan walau satu laporan analisa yang berkredibel untuk menunjukkan Malaysia akan mengalami RECESSION pada tahun 2015. Bahkan mereka juga tidak mampu untuk menampilkan sebarang laporan bahawa pertumbuhan KDNK Malaysia akan kurang dari 4% pada tahun 2015.

Malahan KDNK Singapura sendiri pun, pertumbuhannya hanya sekadar 2.8% pada tahun 2014 dan mereka mengunjurkan pertumbuhan KDNK antara 2% sehingga 4% bagi tahun 2015.

Secara tak langsung dan terlalu sukar untuk Pakatan Rakyat langsung tak boleh terima ialah, DI BAWAH KEPIMPINAN NAJIB ABDUL RAZAK, KRISIS EKONOMI YANG AMAT DIPERLUKAN OLEH GUAN ENG DAN ANWAR IBRAHIM, TIDAK AKAN BERLAKU!!!

Para pemimpin Pakatan Rakyat cuba merendah-rendahkan keyakinan konsumerdi Malaysia dengan terus-menerus menyebarkan propaganda jahat bahawa Malaysia sedang berhadapan dengan krisis ekonomi. Dan sekiranya mereka berjaya, tindakan mereka akan menghancurkan permintaan tempatan selain pelaburan tempatan sekaligus akan membantuhkan pertumbuhan ekonomi negara ini.

Golongan yang tidak bertanggungjawab yang berwajahkan Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Tony Pua, Lim Guan Eng dan sebagainya, perlu dihentikan daripada mensabotaj ekonomi negara. Mereka perlu dianggap bahkan dilayan sebagai PENGKHIANAT.

Artikel Asal oleh LIM SIAN SEE

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.