Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, January 8, 2015

PAS LEBIH UTAMAKAN DANA PILIHANRAYA BERBANDING MEMBANTU RAKYAT DI KELANTAN

Thursday 8, January 2015

PAS terus yakin parti itu akan mendapat sokongan besar di Kelantan, kubu kuat yang berjaya dipertahankan semenjak 1990 sekalipun sudah berkali-kali banjir melanda Kelantan dengan banjir terburuk berlaku pada penghujung tahun 2014 yang mengorbankan 21 orang rakyatnya dan memusnahkan ribuan rumah hasil landaan lumpur pekat dan kayu-kayu balak hanyut. Seramai lebih 200,000 orang telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara yang dikendalikan oleh Kerajaan Pusat.

Para pemimpin PAS terutama sekali Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PAS juga tidak turun padang untuk mengambil peduli dengan nasib rakyat di kawasan mereka yang terkesan dengan banjir. Sebaliknya beberapa orang daripada mereka, termasuklah Husam Musa dan Hatta Ramli memilih untuk memberikan alasan-alasan yang tidak munasabah untuk menutup mulut para pengkritik.

Selepas banjir pun, PAS masih terus meletakkan tanggungjawab memulihkan kerosakan dan kemusnahan kepada Kerajaan Persekutuan sekaligus membayangkan yang Kerajaan Negeri Kelantan turut musnah seperti rumah rakyat mereka yang dilanda balak-balak hanyut.

Sebaliknya, seperti kebiasaan, PAS yang dibarisi oleh pemimpin-pemimpin yang bijak mencuri wang rakyat, mula memikirkan pelbagai tabung dan dana yang mengumpankan musibah dan malapetaka untuk memenuhkan tabung-tabung tin milo mereka.

Semalam, Nik Abduh ke Kota Kinabalu. Memandangkan jumlah yang hadir dalam mesyuarat tertutup pertama PAS Kota Kinabalu, kutipan tin milonya terlalu kecil untuk diumumkan. Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat pula lebih awal telah menubuhkan Tabung Banjir kononnya untuk membina semula rumah-rumah penduduk yang musnah tetapi kutipan berkenaan terus masuk ke akaun bank Pemuda PAS tanpa sebarang pengkhususan. Sekaligus menimbulkan keraguan yang Pemuda PAS akan mengotakan janji mereka.

PAS sudah menubuhkan terlalu banyak tabung derma tetapi kesemua tabung-tabung derma berkenaan lenyap begitu sahaja dan penghibahan derma-derma tersebut tidak pernah dibuat. Kes yang paling popular adalah Tabung Memali.

28 Januari nanti, sekali lagi PAS akan mengumpulkan DANA PILIHANRAYA dan dibuat di Sarawak.

Sengal berita

 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.