Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, January 4, 2015

Peruntukan Kerja Pembersihan Pasca Banjir Sedang Dinilai

KLUANG, 4 Jan – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang menilai peruntukan bagi melakukan kerja pembersihan di negeri-negeri yang terjejas banjir.

Timbalan Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata pihaknya sudah meminta kerajaan negeri terbabit menggerakkan kerja bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mengenal pasti setiap keperluan untuk kerja pembersihan pasca banjir.

“Ketika banjir besar di Johor dan Melaka pada tahun 2006, sebanyak RM90 juta diperuntukkan kepada PBT untuk melakukan pembersihan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan publisiti awam Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pengekalan dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, Bandar Sihat dan Bandar Selamat di bandar Kluang, di sini, hari ini.

Jelasnya, peruntukan perlu disalurkan dengan segera supaya kerja pembersihan dapat dilakukan secepat mungkin memandangkan PBT perlu mencari khidmat kontraktor pembersihan bagi mengangkut timbunan sampah pukal seperti perabot.

Halimah berkata kerja pembersihan selepas banjir perlu dilakukan segera bagi mengelakkan sebarang penyakit bawaan air akibat bencana alam itu.

Sementara itu, mengulas mengenai RKK berkenaan, beliau berkata sebanyak 208 bangunan lama yang dibina sejak tahun 1910 di bandar ini akan dipulihara bagi mengekalkan nilai sejarah selain menjadi tarikan baharu produk pelancongan.

Beliau berkata pemuliharaan itu juga adalah selaras dengan ilham Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang berangkat melawat daerah ini sebelum ini agar bandar itu tidak kelihatan uzur.

crdt : Biswardi

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.