Jitra:
Sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) yang
melakukan serbuan ke sebuah bilik hotel bajet di sini, semalam terkejut apabila
mendapati dua pasangan dicekup kerana disyaki berkhalwat adalah pasangan
adik-beradik.
Difahamkan,
si abang berusia 27 tahun dan adik lelakinya berusia 25 tahun dari Kuala Nerang
membawa pasangan masing-masing yang juga adik-beradik berusia 18 dan 17 tahun
dengan menunggang motosikal ke hotel berkenaan.
Lebih
mengejutkan apabila dua beradik perempuan berasal dari Pokok Sena itu dikatakan
baru berkenalan dengan pasangan mereka sejak sebulan lalu.
Mereka
ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik di hotel berkenaan
kira-kira jam 3.15 pagi selepas sepasukan anggota penguat kuasa PADKP menerima
maklumat berhubung kegiatan itu.
Pegawai
Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abd Mutalib berkata, sepasukan anggota
penguat kuasa PADKP bergegas ke hotel itu sejurus menerima maklumat dan hasil
pemeriksaan mendapati keadaan pintu bilik tertutup dan berkunci dari dalam.
Beliau
berkata, selepas mengetuk pintu hampir 10 minit, seorang lelaki berpakaian
lengkap membukanya dan membenarkan pemeriksaan dilakukan dalam bilik itu.
“Hasil
pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki dan dua remaja perempuan berada
dalam bilik itu juga dengan berpakaian lengkap.
“Mereka
memberi alasan hanya bermalam dengan menyewa bilik berkenaan disebabkan sudah
lewat untuk pulang ke rumah masing-masing.
“Bagaimanapun,
tindakan mereka tinggal bersama tanpa sebarang ikatan sah atau mahram boleh
mengundang maksiat dan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Katanya,
si abang yang bekerja di sebuah syarikat pelupusan sampah sepatutnya menjaga
adik lelakinya dengan baik, manakala si kakak pula sepatutnya memberi contoh
kepada adik perempuannya yang sudah tidak bersekolah supaya menjaga maruah
masing-masing.
Berikutan
itu, menurutnya, keempat-empat mereka ditahan bagi membantu siasatan.
Sumber
No comments :
Post a Comment