Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, January 22, 2015

Bersih 2.0 Khianat Negara Dengan Dedah Kepincangan Persepadanan Semula Sarawak Kepada 20 Diplomat Asing

Tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) memberi taklimat kepada 20 diplomat asing dua hari lepas berhubung cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula di Sarawak, kononnya untuk mendedahkan kepincangan dan kurang ketelusan pelaksanaannya, merupakan satu pengkhianatan besar kepada negara.

Kenapa Bersih 2.0 harus membuat sessi penerangan dengan diplomat dari negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Rusia, Britain, Australia dan Singapura selama dua jam hanya untuk mendedahkan kepincangan proses persempadanan yang masih di peringkat cadangan? Di manakah maruah mereka sebagai Rakyat Malaysia apabila menjemput diplomat asing untuk memburukkan negara? Apakah mereka masih dibelengu mentaliti penjajahan?

SPR menjalankan persempadanan semula berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Perlembagaan Persukutuan. Ia juga dilaksanakan selaras dengan keputusan DUN Sarawak yang meluluskan pindaan undang-undang ke atas Fasal 2 Perkara 14 Perlembagaan Negeri. Kesemuanya tertakluk kepada undang-undang negeri dan Perlembagaan Negara. Kenapa mesti Bersih 2.0 mengadai kedaulatan negara dengan menjaja kepada negara luar waima sekiranya terdapat kekurangan sekalipun?

SPR juga telah mempamerkan syor atau cadangan kajian semula persempadanan semula berkenaan selama sebulan bermula 05 Januari 2015 sehinggalah 04 Februari 2015. Kalau ada sesuatu bantahan, buat sahajalah bantahan secara bertulis kepada Pengarah Pilihanraya Negeri Sarawak? Kenapa mesti memburukkan negara di hadapan diplomat negara asing? Apa tujuan pengkhianatan ini dilakukan oleh Pengerusinya, Marina Chin Abdullah? Apakah disebabkan mereka mendapat dana dari negara asing atau mereka tiada semangat patriotik kepada negara?


Awal bulan ini, SPR mempamerkan syor atau cadangan jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak yang ditambah 11 bahagian menjadikan kepada 82 bahagian keseluruhan. 11 bahagian pilihan raya negeri yang baru disyorkan itu ialah N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Triboh, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Telian, N63 Selirik, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Long Lama. Selain kerusi baru, SPR turut mencadangkan perubahan nama 1 kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN.

Wong Chin Huat Sedang Memberi Taklimat Kepada Diplomat Asing -
Pengkhianat Negara?



Cr : CTS


2 comments :

Anonymous said...

Kenapa kebal sangat puak-puak ni? OSA tentu boleh guna untuk ajar puak-puak ni.

Anonymous said...

Yg. si diplomat-asing-Barat/Zionis-SingaPORK KEPARAT yg. nak masuk campur hal-ehwal NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang berzaman kita ni apasal! PI MAMPOS!

Sedgkan rejim-rejim PENGGANAS/EKSTREMIS/MILITAN Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dsbnya - dari Barat-ISrael, India dan Myanmar; yg. asyik boleh MENJAJAH/MEROMPAK Dunia Islam dan MEMBUNUH umat Islam dlm. GENOSID yg. berterusan, termasuk di Palestin, Kashmir-India, Myanmar, Iraq, Libya, Syria, Afghanistan, Nigeria, Mali, Afrika Tengah, Guinea, Kenya, Somalia dsbnya! Dasar si HIPOKRIT-puak-syaitan termasuk UN/ICC-ICJ-INTERPOL dsbnya yg. disyaki diKUASAI si PENGGANAS Barat/NATO- ZIONIS dan ejen temaptan mereka dari si PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM!!

Nek Tempoyak.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.