Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, January 11, 2015

SIAP SEDIA GELOMBANG KETIGA BANJIR DI KOTA BHARU

Rakyat di Kelantan dinasihat supaya sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan banjir gelombang ketiga berikutan cuaca tidak menentu pada masa ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata mereka perlu patuh kepada arahan berpindah yang dikeluarkan pihak berkuasa dan tidak menunggu sehingga waktu kritikal.

"Saya minta semua orang bersiap siaga dan apabila amaran mengarahkan berpindah, maka pindah secepat mungkin. Masalah besar adalah apabila orang berpindah semasa banjir, ketika air naik dan sesetengah tempat kita kena paksa mereka pindah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Kelestarian Kesihatan Penduduk Pasca Banjir di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra, Wakaf Mek Zainab di sini, hari ini.

Shahidan berkata, kerajaan melalui jabatan dan agensinya sudah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan banjir gelombang ketiga, termasuk persiapan pengangkutan, pusat pemindahan dan bekalan makanan.

"Semua ketua jajahan di negeri ini telah diarahkan supaya sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan namun kita berharap sekiranya berlaku gelombang ketiga ia tidak seteruk gelombang kedua pada bulan lepas," katanya.

Pada gelombang kedua banjir yang berlaku bulan lepas, lebih 104,000 orang dipindahkan ke pusat pemindahan di seluruh negeri ini.

Shahidan berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mendaftarkan semua sukarelawan termasuk dari Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat membantu semasa banjir dan pasca banjir supaya mudah untuk digerakkan pada masa depan.

Beliau berkata, semangat sukarelawan yang ditunjukkan mereka adalah amat tinggi dan kerajaan amat menghargai sumbangan mereka.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.