WEDNESDAY, JANUARY 7, 2015
MCA Beri Sumbangan Besar Kepada Mangsa #Banjir Pantai Timur.. @NajibRazak @WeeKaSiongMP @MCAHQ
Sukarelawan MCA bantu mangsa banjir!!Syabas!!!
Sejak negara kita dilanda musibah banjir ini, MCA tidak henti-henti memberi bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir...baik dari segi keringat mahupun bantuan..apa yang mereka lakukan ini semata-mata mahu memberi yang terbaik untuk rakyat...
Sambutan yang baik dari masyarakat Cina ini telah menyerlahkan betapa MCA masih relevan semata-mata mahu berbakti kepada rakyat...sehingga setakat ini, MCA telah menghantar lebih daripada 200 sukarelawan Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) bagi membantu mangsa banjir..
Biarpun mereka berhadapan tugas yang amat getir dengan kekurangan bekalan air di Kuala Krai, ia langsung tidak mematahkan semangat anak muda berbangsa Cina ini memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di pantai timur khususnya di Kelantan...yang membuatkan saya terkejut, kesemua sukarelawan ini tidak menjamah air untuk mandi selama mereka berkhidmat...fuh!!!bukan tugas yang senang..saya sendiri kalau tidak mandi sudah melingas...mereka berhari-hari tidak mandi...tahniah anak muda!
Sekarang ini, sukarelawan MCA ini sedang menumpukan bantuan Pasca Banjir dengan membersihkan kawasan-kawasan sekolah dan memberi bantuan keperluan asas bagi meringankan beban mangsa banjir...
Di sini saya mahu kongsikan sedikit gambar yang diambil dari laman Facebook MCA HQ di SINI
Datin Paduka Chew Mei Fun pun turun padang bersama sukarelawan CRSM MCA
YB, Chua Tee Yong, Ahli Parlimen Labis turut serta dalam misi bantuan ini..
Sehingga setakat ini, MCA telah berjaya mengumpulkan sumbangan mangsa banjir sebanyak RM 3,000,000.00 yang mana atas sumbangan dari Berjaya Group of Companies sebanyak RM 300,000, sumbangan barangan bernilai RM150,000 dari Mah Sing Foundation dan banyak lagi NGO dan syarikat besar lain..
Semalam, syarikat NSK Trade City dan 180 syarikat pembekalnya tampil menyumbang barangan bantuan bernilai lebih RM160 ribu untuk dihantar ke mangsa banjir di Perak, Pahang dan Kelantan.
MCA menerima barangan.bantuan berkenaan pada satu majlis ringkas di NSK Trade City Selayang pada Selasa.
Datuk Wee Ka Siong memantau sumbangan sebelum diagihkan kepada mangsa banjir di Perak, Pahang dan Kelantan...
Barangan bantuan termasuk baju sekolah, beras, air minuman, biskut dan mee segera itu diserahkan kepada Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Timbalan Ketua Setiausaha (Francais & Kepenggunaan)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Basarudin Sadali.
Turut hadir ialah Penasihat NSK Dato C.S. Lim dan Pengarah Urusan NSK Encik C.B. Lim.
Ini adalah kali ketiga NSK menyumbang kepada mangsa banjir, dengan jumlah nilai sumbangan lebih RM200 ribu.
Sebelum ini beberapa syarikat konglomerate telahpun menghantar sumbangan kepada mangsa banjir menerusi MCA. Antaranya Mahsing, Berjaya Group dan Tiong Nam Logistics
Syabas MCA!!!Rakyat sedang memerhatikan kamu...rakyat yang bijak akan cakna dengan sumbangan pemimpin kepada mereka...strategi ini lebih dikehendaki rakyat berbanding datang kampung beri ceramah menghasut orang membenci kerajaan..bila musim banjir..datang ambil gambar sahaja...waktu beginilah kita kenal mana pemimpin berjiwa rakyat dan pemimpin mementingkan diri sendiri berlakun membela rakyat...
No comments :
Post a Comment