Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, January 19, 2015

Menjawab Kadir Jasin

kkkj

P. Ramlee adalah tokoh dalam bidangnya yang tahu bila masa untuk berdiam diri. Zaman kegelapan P. Ramlee bermula apabila irama Pop Yeh Yeh menguasai muzik tanah air. Namun begitu, sumbangan besar P. Ramlee dalam penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan sangat membanggakan.
Hari ini, sangat malang apabila seseorang tidak tahu bila masa yang sesuai untuk berhenti dan berehat. Mereka ini tidak menyelami nasihat Tun Dr. Mahathir, supaya berhenti makan sebelum kekenyangan.
Inilah masalah di dalam negara kita, mereka selalu mahu menciptanews of the year.
Kewartawanan Era DS Najib
Kewartawanan hari ini sangat-sangat berbeza dengan era tahun 1960an hingga ke hujung 1990an. Keberuntungan para pengarang pada zaman sebelum DS Najib ialah mereka kurang keberanian untuk mengkritik Perdana Menteri sebagaimana yang mereka lakukan sekarang.
Ada satu cerita oleh wartawan lama, seandainya anda sedang bertanya kepada seseorang menteri soalan yang sukar, tiba-tiba kaki anda akan dipijak sebagai tanda anda tidak boleh meneruskan soalan itu.
Malang kepada mereka kerana, pada hari ini kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak menghalang dirinya dikritik, walaupun rekabentuk kritikan itu kelihatan sangat hodoh malah menelanjangi kekurangan si pengkritus.Mereka tewas kepada kesederhanaan Perdana Menteri yang menerima sebarang bentuk kritikan, dan mereka sangat sakit hati kerana Perdana Menteri boleh bersabar, tenang dan kelihatan hebat di tengah-tengah kritikan yang menggila.
Apalah sangat ketohoran idea wartawan kunos (bukan kuno) yang merasakan diri sebagai pemikir terhebat konon, walhal mereka sering lupa tanpa peranan Kerajaan yang memberikan peluang kepada kita bersuara dan berbisnes, ianya hanya umpama kertas-kertas hangus yang diterbang angin ke ruang kotor udara.

Saya sangat yakin bahawa kerana semakin vacumnya mereka dengan pemikiran lama, dan tidak berada di dalam cycle kerajaan, mereka menjadi syok sendiri hinggakan berperasan merekalah pengkritik tersohor dekad ini walhal kritikan-kritikan itu tidak signifikan kerana tidak up to date. Mereka ingat Kerajaan hari ini sebuah Kerajaan yang statik. Sedarlah zaman sudah berubah.
Sejak tahun 2009, DS Najib secara peribadi tidak pernah pun menyinggung apa yang dibuat oleh Tun Daim Zainuddin (Tun Daim) hinggalah sekarang ini. Sumbangan Tun Daim tidak pernah pun dipertikaikan oleh Kerajaan. Mengapakah merasakan kerajaan mempertikai atau mengenepikan sumbangan Tun Daim? Mengapa ada orang lain terasa sangat? Hubungan kerajaan dengan Tun Daim Zaindudin dan Tun Dr Mahathir sentiasa dalam keadaan baik sepanjang masa. Jika mereka mempunyai pandangan yang berbeza dengan Kerajaan, bukanlah bermakna Kerajaan bermusuhan dengan mereka.
Baru-baru ini saya terserempak dengan Tun Daim di IJN, walaupun ketuaan beliau sangat jelas, saya tidak fikir Tun Daim mempunyai apa-apa masalah dengan Kerajaan dan DS Najib.
Kita kena sedar DS Najib tidak mempunyai pegawai tingkat 4 untuk bermesyuarat di luar waktu pejabat atau di luar kawasan.
Saya tidak tahu kepada siapakah Datuk A. Kadir Jasin (Kadir Jasin) menujukan kritikannya, jika orang muda yang berdampingan dengan Perdana Menteri yang dimaksudkan, maka saya bukanlah orangnya. Saya menerima sebahagian kritikan Kadir Jasin, tetapi saya menolak sebahagiannya juga.
Sebagai ahli Kerajaan yang baik, dan sebagai warganegara yang baik, saya mesti mempertahankan Kerajaan, Negara dan Perdana Menteri. Tetapi percayalah, saya tidak akan mempertahankan menteri yang bertanggungjawab di bawah bidang kuasanya terhadap penganjuran K-Pop baru-baru ini.
Inilah jawapan saya terhadap 18 soalannya.
1. DS Najib telah memberikan jawapan sebab mengapa Darurat tidak diisytiharkan semasa banjir besar baru-baru ini, di antaranya kerana isu insurans sebagaimana dalam laporanMalaysiakini . Majoriti rakyat menerimanya dan pengamal insurans tidak menolak alasan itu, di mana keputusan tersebut dilakukan demi kebaikan rakyat yang ditimpa musibah.
Tanpa Darurat pun, kebijaksanaan kerajaan lebih terkehadapan di mana langkah-langkah pro aktif seperti kerjasama Kerajaan PAS dan Kerajaan UMNO dilihat lebih berkesan. Di peringkat Kerajaan persekutuan pun, agensi-agensi Kerajaan sudah all out sepanjang masa.
Saya sedar terdapat kekeliruan bilamana angka RM800juta disebut  kononnya telah dibelanjakan sepanjang banjir besar baru-baru ini. Walhal, faktanya peruntukan wang itu belumpun dibelanjakan, di mana agensi-agensi kerajaan masih menggunakan peruntukan bencana banjir tahun 2014.
DS Najib seorang Perdana Menteri yang sangat teliti, kerana itulah dua hari lepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara (JAN) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menubuhkan Jawatankuasa Memastikan Pengurusan Bencana Banjir sebanyak RM500 juta itu dibelanjakan mengikut cara yang betul, telus dan bertanggungjawab. Satu sen pun daripada RM500 juta itu akan menjadi kawalan ketat oleh pihak SPRM, JAN dan MKN. Sudah pasti rakyat sangat gembira dengan kerjasama Integriti ini.
Kerana itulah, jika anda duduk di Kuala Lumpur dan menulis soalan mengapa tidak diisytiharkan Darurat, ianya sama keadaan apabila anda duduk di Brickfields dan seseorang menghantar wassap gambar Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Barrack Obama sedang bermain golf, dan anda membuat pemikiran sendiri kononnya mereka bermain golf selama 8 jam. Saya sudah jelaskan kisah sebenar di Hawai di sini .
2. DS Najib adalah CEO kepada Kerajaan Malaysia. Negara kita mempunyai asas ekonomi yang kukuh. Pemain bisnes minyak di Arab Saudi dan Rusia sedikitpun tidak terganggu dengan kejatuhan harga minyak yang dilaporkan di New York itu. Mereka sangat yakin ianya akan kembali menaik mencecah USD105 ataupun lebih dalam tempoh beberapa bulan mendatang.
Laporan Reuters dan The Economy tidak boleh dijadikan asas untuk menjatuhkan hukuman awal kononnya Kerajaan akan mengalami kesukaran untuk sustain. Orang luar yang duduk di luar kerajaan boleh bercakap apa sahaja mitos dan hipotesis, yang akhirnya ianya akan menjadi tidak relevan. Sebelum ini, saya sudah menyatakan bahawa kita mesti bersatu mempertahankan PETRONAS, kerana salahsatu sumber ekonomi negara kita ialah melalui PETRONAS. Di sini
3. Kita janganlah terlalu American nice apabila terpikat sangat dengan harga minyak yang dispekulatorkan di New York. Anda harus mengubah sisi tempat duduk anda kerana harga minyak yang sebenar berada di Beijing, Moscow dan Riyadh bukan semata-mata di New York.
New York adalah pemikiran lama kata Profesor Samuel P. Huntington. Katanya 20 tahun dahulu, bahawa New York dan Barat adalah pemikiran lama, kuno dan ketinggalan zaman. Pemikiran baharu itu berada di Timur Jauh dan Asia Barat. Pemain bisnes minyak di Amerika sengaja melambakkan simpanan minyak mereka untuk memastikan harga setong minyak itu turun ke paras USD40.00 setong tetapi simpanan mereka sendiri sudah pasti hanya mampu bertahan dua tiga bulan. Selepas itu mereka terpaksa menyembah semula negara-negara pengeluar minyak utama dunia, kerana itulah negara-negara Arab tidak peduli permainan harga minyak di New York malah Arab Saudi memberi amaran akan menambah pengeluaran minyak beberapa juta tong sehari tanpa memperdulikan kejatuhan harga yang disengajakan itu. Adakah ada sesiapa tidak mempercayai Kerajaan Malaysia masih boleh sustain?
4. GST telah diterangkan dengan panjang lebar oleh Kerajaan, jika ada seseorang tidak mampu memahaminya, ianya adalah kerana beberapa sebab. Pertama pemikiran sudah tepu dan keras, kedua terlibat dengan bisnes jua, dan ketiga sudah tahu tetapi bertanya semula. Yang saya sangat pasti adalah “penjual pisang goreng tidak dikenakan GST”, tetapi saya yakin dakwat, kertas dan bisnes percetakan akan mengalami GST, barangkali kerana itu harga Berita Harian naik 30 sen.
Saya tidak sangka ada rakyat Malaysia sangat takut dengan GST sedangkan Indonesia sudah lama melaksanakannya, kalaulah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, saya percaya Anwar akan melaksanakan GST paling lewat pada tahun 2000.
5. Dua keadaan yang mencengkam mana-mana negara di seluruh dunia. Pertama kejatuhan harga minyak dan kedua kejatuhan nilai matawang masing-masing. Malaysia sudah pasti tidak terkecuali, melainkan Malaysia terletak di planet Marikh.
Dengan soalan ke-5 itu, saya ada satu jawapan untuk kita fikirkan iaitu, Kalendar Formula 1 tahun 2015 di Korea Selatan ditutup kerana penganjurnya bankrap, banyak hutang dan Kerajaan mereka tidak mampu membantu. Manakala, Formula 1 di Malaysia terus sustain pada tahun 2015 dan tahun-tahun seterusnya.
Soalan 6 dan 7 saya memberi peluang kepada pembaca untuk menjawabnya kerana saya harus bersikap terbuka dan realistik. Soalannya di 
sini
8. Berita terkini hari ini (13/1/2015) melaporkan pasaran saham di negara-negara Asia Tenggara khususnya Indonesia, Filipina dan Thailand menjunam. Di Malaysia kita sangat malang kerana ada orang menulis pasaran saham Malaysia lebih buruk daripada negara-negara itu. Jika anda tidak lagi membaca Berita Harian kerana harga sudah naik kepada RM1.80, bacalah Jakarta Post, Manila Times dan Bangkok Post di layar internet supaya gambaran yang lebih adil boleh diberikan.
9. Seseorang wartawan, adalah lumrah bagi mereka membandingkan angka tahun 2012 dengan angka semasa pada tahun 2015. Tetapi wartawan yang rajin akan membuat sedikithomework untuk melihat pula semakan kenaikan harga IPO saham FGVB pada tahun 2016 hingga tahun 2020. Angka-angka pada tahun mendatang menjadi kebiasaan diramal oleh pakar-pakar pelaburan di mana mereka memberikan justifikasi masa hadapan yang sangat tepat dan jelas.
Soalan 10 dan 11 merujuk kepada Bank Negara, di mana tidak mungkin saya boleh memberi gambaran yang tepat. Saya lebih suka mengulasnya dalam bentuk yang lain. Gabenor Bank Negara Malaysia sejak 20 tahun ini menerima pelbagai Pengiktirafan/Anugerah Antarabangsa telah memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa ekonomi Malaysia tidak akan bankrap, prestasi ekonomi Malaysia tidak akan sampai memberi kesan yang buruk kepada negara, di mana ianya terbukti di mana tatkala Malaysia mampu menurunkan harga minyak negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura tidak mampu melakukannya.
Soalan 12 hingga 17 berkaitan kes 1MDB. Oleh kerana saya bukan ahli ekonomi saya tidak berani untuk memberikan angka kerana angka yang baik hendaklah tidak statik. Saya telah menjawab dengan cara saya sendiri isu 1MDB di 
sini. Saya percaya gambaran saya sangat mudah, malah saya percaya amatlah tidak adil kepada sesiapapun untuk menilai 1MDB di bawah pengurusan baharu Arul Kanda tanpa memberikannya masa tetapi dia sudah pun ada kejayaan terpantas, iaitu mengembalikan wang pelaburan keseluruhannya berjumlah US$2.318 Bilion di Pulau Cayman (US$1.215 Bilion + US$1.103 Bilion)
Dengan kejayaan terbaharu ini, keenam-enam soalan itu menjadi tidak relevan. Saya juga percaya Kadir Jasin akan lebih memuji Arul Kanda berbanding Rafizi.
18. Soalan nombor 18 elok dijawab oleh pelajar tingkatan 6 kerana mereka boleh menjawab dengan tepat. Saya juga percaya DS Anwar Ibrahim pun akan menjawab dengan mudah. Semasa DS Najib berada di Hawai kerana menghormati jemputan Presiden Barrack Obama, pada masa yang sama pula di tanah air situasi banjir khususnya di Kelantan semakin kritikal. Maka sudah pasti DS Najib menggunakan apa jua kemudahan kapal yang ada dan selamat untuk segera pulang ke tanah air selepas menjadi tetamu Presiden Amerika. Sama ada Perdana Menteri pergi menggunakan kapal rasmi dan pulang ke Malaysia menggunakan kapal tentera dan sebagainya, itu adalah secondary. Keutamaan ialah rakyat mahu DS Najib pulang segera bersama-sama mereka dan itulah yang dilakukan oleh DS Najib setiap hari. Kita jangan lupa, menghormati jemputan dan menghormati tetamu adalah ajaran agama Islam.
Kesimpulan
Akhir sekali, selepas bersoal jawab di sini, suka saya membuat kesimpulan, bahawa amarah, kebencian kalau ada dan kekecewaan Kadir Jasin adalah kerana kebimbangannya melihat DS Najib dikelilingi musuh dalam selimut, ataupun musang berbulu ayam. Namun, pada saya Kadir Jasin perlu mendedahkan siapakah mereka itu?
Jika di sini saya bertanya siapakah pengganti DS Najib itu? Kali ini saya bertanya pula, siapakah musang-musang berbulu ayam itu?
Selamat Membaca.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.