Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, April 17, 2013

PENIPUAN DAN FITNAH RAFIZI MENIPU ISU NFC TERBONGKAR



Pertama sekali, tidak pernah ada 5,000 ekar tanah diberikan secara percuma kepada Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp) untuk projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang terutamanya Rafizi Ramli.


Antara penipuan Rafizi dalam isu NFC yang kini dibongkar adalah seperti berikut:

  1. Tidak ada juga sasaran pengeluaran sebanyak 330,000 kepala lembu dalam pelaksanaan projek daging lembu ini
  2. Tidak ada juga mana – mana transaksi pembelian secara tunai sebuah kereta Mercedes Benz.
  3. Tidak ada juga mana-mana pinjaman yang diambil dari bank – bank untuk membeli lapan lot pejabat di KL Eco City untuk digunakan oleh NFCorp


TETAPI yang pasti adalah pembohongan yang cukup dasyat, fitnah, tohmahan dan penipuan untuk member gambaran yang salah terhadap Datuk Seri Shahrizat Jalil oleh Rafizi Ramli. Ini dilakukan semata - mata untuk mewujudkan kemarahan orang ramai dan menghasut kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap pengerusi NFCorp. Rafizi dalam tweet mengesahkan tuntutan ini. Blogger journo Fabiani Azmi akan merungkai satu persatu penipuan Rafizi Ramli di dalam blog ini.

 

Di dalam Islam, "fitnah, perbuatan berbohong, dianggap lebih teruk daripada membunuh", sila baca surah Al-Baqarah Ayat 191 di bawah



Rafizi perlu bertaubat atas segala pembohongan, fitnah, tohmahan dan penipuan yang telah dilakukan selama 12 bulan ini. Dalam hampir sedozen penipuan yang dilakukan oleh Rafizi, kami di KL Chronicle bersama sahabat journo Fabian Azmi akan merungkai satu persatu isu ini untuk membuktikan kepada rakyat bahawa pihak pembangkang hanya pandai memfitnah dan menipu sahaja.

Bagi mencapai cita cita politik beliau, Rafizi Ramli telah membunuh rancangan kerajaan selama 10 tahun iaitu dengan membunuh projek keselamatan makanan dalam memenuhi objektif kerajaan iaitu Dasar Daging Nasional (Sektor Ruminan) 2006.

Dasar ini akan memastikan Malaysia boleh berdikari dalam peneluaran daging lembu dan bahawa rakyat Malaysia tidak akan mempunyai kekurangan makanan dalam masa kesusahan, bencana, sekatan atau peperangan. Ia telah dijangkakan bahawa menjelang 2015, Malaysia akan mempunyaii 40 peratus daging keluaran tempatan. Projek NFC telah dicadangkan oleh kerajaan dan menjelang tahun 2010, kemajuan ke arah matlamat ini telah menjadi realiti apabila 8.897 ekor lembu telah diimport, 11 peratus di atas nombor sasaran.

Tetapi, akibat iri hati, dan penuh sifat benci terhadap kerajaan, Rafizi telah ditugaskan untuk menjatuhkan project NFCorp dan pemerhati politik percaya ia adalah cara/jalan untuk menjatuhkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, ketua Wanita UMNO yang menguasai hampir 1.3 juta ahli wanita UMNO - yang kesemuanya adalah penghalang kepada misi pembangkang ke Putrajaya. DS Shahrizat ialah isteri kepada pengerusi NFCorp.

Rafizi berbohong kepada rakyat Malaysia apabila beliau berkata nombor pengeluaran bagi projek NFC telah gagal. Menurut Rafizi, beliau berbohong bahawa sasaran pengeluaran NFC tahunan adalah 330,000 ekor lembu. Jika nombor ini dinilai sebetulnya, ia terbukti Rafizi tidak pernah membaca dan melihat Dokumen Pelaksanaan Perjanjian yang ditandatangani antara NFCorp dan Kerajaan Malaysia. Dalam keghairahan untuk dilihat sebagai a “political juggernaut” beliau dengan sengaja telah menipu rakyat dimana “on record” beliau telah memberitahu rakyat Malaysia bahawa NFCorp dikehendaki mengeluarkan 330.000 lembu. Walau bagaimanapun, mengikut Perjanjian Pelaksanaan yang kami telah lihat, sasaran yang dirancang untuk NFCorp hanya 8,000 ekor lembu bagi tahun 2010 yang beransur-ansur meningkat kepada 60,000 ekor lembu menjelang 2013 (lihat gambar). Dan jika petani kontrak di bawah Program Pembangunan Usahawan diberi peluang untuk mengambil bahagian, secara kumulatif 246,000 ekor lembu dapat dikeluarkan menjelang tahun 2015.



Kenyataan Rafizi yang mengatakan NFCorp harus mengeluarkan 300 000 ekor lembu terbukti hanya merupakan satu penipuan! Beliau hanya ingin memburukkan DS Shahrizat Jalil, Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO khususnya untuk memastikan Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kenyataan beliau, yang boleh diklasifikasikan sebagai manipulasi politik ini sebenarnya sangat dangkal. Dalam mana – mana perjanjian, tempoh konsesi adalah 30 tahun dimana kadar pengeluaran maksimum akan dicapai. Rafizi sebagai seorang akauntan, nampak sangat kebodohanya apabila kadar optimum itu diberitahu harus dicapai pada tahun 2012.

Selain fitnah berkaitan production NFCorp, Rafizi Ramli juga telah menipu dalam kes pembelian sebuah kereta Mercedez Benz yang berharga RM 534,000. Rafizi telah menyebut bahawa kereta Merz ini dibeli secara TUNAI daripada dana NFCorp. Ini sebenarnya TIDAK PERNAH berlaku. Kereta Mercedez itu telah dibeli dengan downpayment 10% seperti kebiasaan dan perjanjian sewa beli dengan pihak bank telah ditandatangani. Dan pembayaran pendahuluan ini telah dibayar daripada keuntungan yang dijana daripada penjualan daging lembu dan tidak langsung daripada pinjaman NFC. Pendapatan RFC untuk 2010 adalah dalam angka berganda.

Terus terang, hari ini kira-kira ramai orang mempunyai Mercedes. Jika anda melihat ke kiri atau ke kanan di lebuh raya, anda akan melihat banyak Mercedez Benz dan ia tidak pernah menjadi isu.

Yang menariknya dan dilihat hipokrasi Rafizi apabila beliau sungguh berminat berkaitan hidup Datuk Seri Shahrizat tetapi buat – buat tidak tahu mengenai kemewahan YB-YB dari Pakatan Rakyat terutamanya MP PKR Ampang Zuraida Kamaruddin yang hanya empat tahun yang lalu telah memandu MyVi, kini mempunyai koleksi kereta termasuk Mercedes Benz. Jika dilihat Zuraida hanya seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mendapat gaji terkumpul dan elaun sebanyak RM12, 000 sebulan. Apakah sumber-sumber lain yang beliau ada sehingga membolehkan beliau mempunyai empat kereta termasuk Volvo dan Mercedes Benz?? Rafizi Ramli kenapa tidak mahu ambil tindakan terhadap perkara ini?

Dalam episod seterusnya, penulis akan menawarkan lebih banyak contoh pembohongan, salah nyata dan gangguan oleh Rafizi Ramli dan geng keji beliau. Terdapat lebih daripada sedozen pendedahan. Tunggu.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.