Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, January 26, 2015

GST: Peniaga Diberi Dua Minggu Ganti Tag Harga...Inilah Bagusnya GST ini..


PETALING JAYA: Menjelang 1 April, apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mula dilaksanakan, peniaga mempunyai tempoh dua minggu untuk menggantikan tag harga yang baharu pada barang-barang jualan mereka.

Dalam tempoh peralihan ini, terutama dalam beberapa hari pertama, harga beberapa barangan di kedai, pasaraya dan pasar raya besar mungkin mengalami sedikit perbezaan berbanding yang biasa dibayar sebelum ini.

Sesuatu item itu mungkin berharga lebih mahal beberapa sen atau pun kurang beberapa sen per ringgit, bergantung kepada sama ada GST dikenakan ke atasnya atau tidak.

Panduan Pembeli, yang dijangka dikeluarkan kepada umum pada bulan depan, akan memberi satu petunjuk harga kepada pengguna bagi membolehkan mereka membayar untuk kira-kira 500 barangan harian yang dikenakan GST. Ia akan memberikan harga untuk barangan sebelum dikenakan GST dan yang telah dikenakan GST.

Jabatan Kastam telah memuat naik senarai barangan runcit di portalnya mengenai barangan yang dikenakan GST enam peratus dan barangan yang terkecuali.

Ketua Unit Anti Pencatutan, Bahagian Penguatkuasa di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Guna Selan Marian berkata adalah suatu kesalahan kepada peniaga yang memaparkan harga GST sebelum 1 April.

"Mereka tidak boleh bertindak begitu. Pengguna mungkin membayar harga GST sebelum ia dilaksanakan, "katanya.

Beliau berkata peruncit juga perlu meletakkan notis di premis mereka, memberitahu pelanggan bahawa dari 1 April hingga 14, tidak semua harga yang dipaparkan telah termasuk  GST.

Notis itu juga akan menyenaraikan nombor talian bebas tol kementerian (1800-88-600) untuk dihubungi pengguna jika mereka mempunyai aduan mengenai keuntungan peniaga hasil daripada pengenalan GST.

Tahun lepas, perubahan dibuat ke atas Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Ia dibuat bagi mengekang kenaikan yang tidak sepatutnya dalam harga barangan pengguna kerana mengikut akta itu, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap para peniaga yang menaikkan harga melebihi daripada apa yang dibenarkan.

Beliau berkata unit penguatkuasaan yang dipertingkatkan, dengan 2,272 pegawai akan memantau harga untuk memastikan perniagaan tidak menggunakan GST untuk menaikkan harga dan membuat keuntungan yang lebih besar.

Menurut beliau, Majlis Harga Negara telah memantau harga barangan dan Unit Penguatkuasaan Anti-Pencatutan mempunyai senarai pembekal utama dan pengedar barangan keperluan.

"Dan, mereka bekerjasama rapat dengan Jabatan Kastam. Peningkatan harga akan mencetuskan satu penyiasatan, " Guna memberi amaran.

Pertubuhan yang melanggar undang-undang boleh dikenakan denda RM500,000 bagi kesalahan pertama dan RM1 juta bagi kesalahan seterusnya.

Individu berdepan denda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama dan RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.  Cr


2 comments :

Anonymous said...

Kita pergi maidin sajaa laaa.....

Maiden ternyata murah....

Gst comply...

Islam dan keluarkan zakat perniagaan...

Anonymous said...

Setuju sangat, my mydin pun banyak, bukan nak kempen, disamping tu saya tak pernah jumpa diaorang jual makanan tidak halal dan arak....

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.