Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, January 8, 2015

Tidak Boleh Mengaku Kerajaan Islam Bila Tidak Jaga Alam.Sekitar

Thursday, January 8, 2015

Akibat Banjir Besar Jatuhnya Sebuah Kerajaan Islam di Kelantan?

Bila sesebuah kerajaan mengaku sebagai Kerajaan Islam dan mendapat gelaran negeri Serambi Mekah, sudah tentu kita anggap setiap ciri perundangan, ekonomi, sosial, pengurusan dan lain-lain bercirikan Islam. Bukan hanya pakaian dan lagak saja Islam, tapi patut diterapkan cara dan halatuju sesebuah kerajaan mencirikan Islam.

Akan tetapi, bencana alam yang berlaku di Kelantan akhir-akhir ini membongkarkan segalanya. Bila alam dengan rakus dirogol dan diperkosa hingga hilang ekosistem semulajadi, bahananya apabila alam mula rosak dan akibat itu ditanggung oleh manusia.

Pokok-pokok yang subur menghijau bukan sekadar dilihat sebagai ciptaan Allah yang mendamai dan menakjubkan, bahkan Rasulullah SAW mengajar umatnya agar memeliharanya daripada ditebang dan dimusnahkan.

Ini terserlah melalui larangan keras Baginda terhadap usaha penebangannya yang tanpa sebab dan melampau bermaksud: Barang siapa yang memotong pokok (bidara) - tanpa manfaat atau kepentingan - nescaya Allah SWT akan menghumbankan kepalanya ke jurang neraka. 

(Rujuk: Abu Daud, Sulaiman bin al-Asyath al-Sijistani. T.th. Sunan Abi Daud. Kitab Adab. No. Hadis: 4561. Juzuk 4. Hal. 361).

Imam Abu Daud mengulas maksud hadis ini setelah disoal mengenainya dengan penjelasannya: Barangkali yang dimaksudkan dengan amaran Nabi SAW dengan penebangan pokok tanpa sebab ini adalah terhadap pokok-pokok yang terdapat di padang pasir yang dijadikan tempat teduhan orang yang lalu lalang atau para musafir.

Kalau nak dikiaskan dengan geografi negara kita, maka pokok-pokok di lerengan bukit-bukau itu juga dilarang Islam menebangnya tanpa bersebab dan kawalan. Kalau isu penebangan pokok atau peneresan bukit-bukau ini tidak dikawal secara serius, maka tidak mustahil bahawa kita akan menyaksikan banyak lagi penempatan di kawasan-kawasan bukit akan menjadi mangsa.

Memang benar alam tidak menjerit dan melolong apabila diperlakukan penebangan atau peneresan bukit-bukau dengan sewenang-wenangnya, namun kerakusan ini akan berakhir dengan hilangnya keseimbangan alam, kemudian terjadinya tanah runtuh, banjir besar dan lain-lain.

Perbuatan merosakkan alam sekitar adalah sama seperti menafikan sikap adil dan ihsan, sedangkan kedua-dua sikap ini merupakan perintah Allah yang perlu dilaksanakan. Perbuatan mencemar dan merosakkan alam sekitar juga menodai fungsi kekhalifahan yang telah dibebankan kepada manusia.

Ini kerana bumi bukan milik manusia untuk dia berbuat sesuka hati tetapi bumi ini adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada manusia yang kemudiannya dituntut untuk menjalankan segala perintah Allah di atasnya.

Oleh yang demikian, manusia perlu ingat bahawa dia dilantik sebagai khalifah di atas muka bumi yang juga milik Allah. Maka tidak sepatutnya manusia bertindak seperti raja yang seolah-olah tidak akan dipertanggungjawabkan di atas segala yang telah dikerjakannya.

Jadi bagaimana kita boleh kata Kelantan itu merupakan Kerajaan negeri yang berteraskan Islam?

Mampukah mereka melaksanakan hudud secara adil jika mereka sendiri tidak adil kepada alam?

Hanya Allah yang maha mengetahui. - Mc

Hmmm ... padan Husam tolak hudud untuk kelantan. Rasa bersalah ....

cr: The Unspinners 

2 comments :

Anonymous said...

Mengenang kisah di acheh, tsunami telah mensucikan acheh sebelum hukum Islam ditegakkan di pulau tersebut. Mungkin juga kelantan disamak dengan banjir lumpur sebelum hukum hudud dilaksanakan. Kita hanya menjangka, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Anonymous said...

sampai nik aziz bertanduk pun hudud tak akan dilaksanakan di kelantan..kalau dilaksanakan juga habis lah modal politik orang pas untuk menipu orang melayu. yang pertama sekalai kena hukum adalah pemimpin pas sendiri sebab kuat kencing orang..

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.