Berikut
ialah antara pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri
Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam
Malaysia, sejak dilantik pada 3 April 2009:
1.
KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA
* 5 April
2009 - Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
* 11 Julai
2009 - Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah
mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.
* 7 Jan 2010
- Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani
rawatan dengan bayaran RM1.
* 31 Jan
2010 - Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan
RM37.6 juta.
* 28 Jan
2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina
keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan
pekerjaan dan keusahawanan.
* 19 Feb
2011 - Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha
memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya
saing.
* 22 Jun
2011 - Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87
KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini).
* 7 Okt 2011
- Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak
RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah.
* 4 Julai
2011 - Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
* 7 Julai
2011 - Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah
tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu).
* 7 Julai
2011 - Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia
ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.
* 19 Dis
2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.
* 18 Feb
2012 - Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak
dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.
* 23 Jun
2012 - Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22
Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.
* 24 Jun
2012 - Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir
RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.
* 7 Julai
2012 - Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa
pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.
* 14 Julai
2012 - Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan
kerajaan membantu meringankan beban rakyat.
* 15 Julai
2012 - Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam kalangan
rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia.
* 7 Ogos
2012 - Memperkenal kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota
dan pegawai polis dan tentera.
* 28 Sept
2012 - Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.
* 12 Nov
2012 - Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam
sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.
* 15 Feb
2013 - Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat)
inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan
peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.
* 19 Mac
2013 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.
* 16 Mac
2013 - Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru
Sentul, Kuala Lumpur.
2. HAK ASASI
DAN KESELAMATAN NEGARA
* 3 April
2009 - Mengumumkan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta
membuat kajian semula akta itu. (dalam perutusan sulungnya menerajui kerajaan)
* Pada
tarikh yang sama, Najib mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan
akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung sebulan sebelum itu.
* 9 Julai
2009 - Tidak membenarkan negara dan sistem perbankannya digunakan bagi
transaksi pencambahan senjata nuklear.
* 15 Sept
2011 (Sempena Hari Malaysia 16 Sept)- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.
* 5 Okt 2011
- Memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) setelah tidak diguna pakai sejak
34 tahun lepas, mansuh Akta Kediaman Terhad 1933, umum pembebasan serta merta
kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu, lebih 200 waran yang belum
diserahkan, dibatalkan.
* 24 Nov
2011 - Membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang
antara lain keperluan untuk mendapatkan lesen perhimpunan akan dihapuskan.
* 24 Nov
2011 - Mansuh tiga Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977. Bebaskan 36 tahanan
di bawah Ordinan Darurat.
* 19 April
2012 - Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974
diluluskan di Dewan Rakyat, yang memberi kelonggaran kepada mahasiswa mencapai
usia 21 tahun untuk berpolitik.
* 28 Sept
2012 - Ketika pembentangan Belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menubuhkan 1,000
Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan peruntukan RM20 juta.
* 28 Sept
2012 - Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera
yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen.
Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat.
* 15 Dis
2012 - Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
* 7 Mac 2013
- Perdana menteri beri amaran kepada penceroboh Sulu yang masih bersembunyi di
Sabah bahawa mereka tiada pilihan lain selain meletak senjata dan menyerah
diri.
* 11 Mac
2013 - Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am.
* 25 Mac
2013 - Mewujudkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai
memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).
* 30 Mac
2013 - Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB.
3.
PENTADBIRAN
* 9 April
2009 - Najib memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai prestasi
anggota kabinetnya -- menteri dan timbalan Menteri - dalam mencapai matlamat
pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
* 18 Julai
2009 - Melakukan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam dengan cadangan
jawatan utama sektor itu dibuka kepada sektor swasta dan Syarikat Berkaitan
Kerajaan (GLC) selain Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).
* 27 Julai
2009 - Memperkenal Penunjuk Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA) dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO)
Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). (Bidang utama pada KPI itu
ialah - mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, membuka luas peluang
pendidikan yang termampu dan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan
masyarakat miskin, menambah baik infrastruktur di luar bandar dan menambah baik
pengangkutan awam)
* 27 Jan
2010 - Perdana menteri lancar pelan induk pelaksanaan GTP yang berkaitan dengan
enam NKRA.
* 8 Feb 2010
- Najib garis empat tonggak utama untuk dilaksanakan oleh pentadbiran awam bagi
menjayakan agenda negara sepanjang tahun itu, iaitu Ggagasan 1Malaysia, Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model
Ekonomi Baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).
* 23 Feb
2010 - Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi
merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar
bandar.
* 23 Feb
2010 - Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan
rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang
(Rascom) di Sibu Sarawak.
* 4 April
2011 - Perdana menteri mahu setiap anggota pentadbiran awam terap empat elemen
penting yang terkandung dalam 'Strategi Lautan Biru Kebangsaan' dalam
pengurusan tugas mereka, iaitu 'mengurang', 'menghapus', 'mewujud' dan
'menambah peluang'.
* 28 Sept
2012 - Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang bayaran pertama akan
dibuat pada Disember 2012, manakala sebulan lagi pada Januari 2013 dan bayaran
RM500 kepada pesara kerajaan.
* 26 Ogos
2012 - Memperkenal Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS 7) iaitu inisiatif
menghubungkan antara UTC dan RTC supaya melaluinya produk makanan dan hasil
pertanian boleh dibawa ke bandar secara berskala besar.
* 19 Mac
2013 - Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian
besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)
* 25 Mac
2013 - Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran
sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS).
4. EKONOMI
DAN KEWANGAN
* 10 Mac
2009 - Mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan mekanisme pelaksanaannya.
* 22 Apr
2009 - Melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.
* 27 Apr
2009 - Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara.
* 27 Apr
2009 - Malaysia menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam mega
dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion.
* 15 Mei
2009 - Sebuah institut jaminan kewangan, Danajamin Nasional Berhad ditubuhkan
bagi memudahkan syarikat mendapat akses lebih baik kepada pasaran bon Malaysia.
* 24 Jun
2009 - Najib syor supaya diwujudkan entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan
bagi menyelaras harta milik orang Islam Malaysia.
* 30 Jun
2009 - Najib mengumumkan garis panduan pelaburan secara komprehensif iaitu
Garis Panduan Pelabur Asing (FIC).
* 1 Julai
2009 - Perdana menteri lancar Felda Global Ventures (Felda Global) yang menjadi
jentera komersil bersepadu tunggal kumpulan Felda.
* 23 Okt
2009 - Najib buat pertama kali membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang
bertemakan `1Malaysia, Kemakmuran ersama' dengan peruntukan RM191.5 bilion.
* 23 Dis
2009 - Memperkenal semula Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT) dari jualan
hartanah tanpa mengira tahun hartanah itu dibeli.
* 30 Mac
2010 - Mengumumkan Model Ekonomi Baharu (MEB) yang menggariskan lapan inisiatif
pembaharuan strategik.
* 10 Jun
2010 - Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).
* 25 Okt
2010 - Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan
(EPP).
* 11 Jan
2011 - Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.
5. LUAR
NEGARA
* 10 April
2009 - Mengetuai delegasi Malaysia sebagai Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak
Asean ke-14 dan Sidang Kemuncak berkaitan, di Pattaya, Thailand
* 3 Jun 2009
- Pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan berucap di Great Hall of the
People, Beijing, China sempena lawatan rasmi.
* 6 Okt 2009
- Merupakan pemimpin Malaysia pertama dalam sejarah hubungan Malaysia dengan
Unesco selama 50 tahun yang menyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan persidangan
Unesco di Paris, France.
* 30 Sept
2009 - Najib umum kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi menerusi
penubuhan syarikat usaha sama yang bermodalkan AS$2.5 bilion (RM8.65 bilion)
bagi mengendalikan aliran pelaburan langsung asing (FDI) dari Asia Barat serta
membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.
* 26 Okt
2009 - Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand
dimeterai.
* 12 April
2010 - Mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Barack Obama di Pusat
Konvensyen Walter E.Washington i Washington, Amerika Syarikat.
* 27 Sept
2010 - Pada ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, Najib menggesa semua negara supaya
"memilih kesederhanaan dan menolak ekstremism".
* 12 Julai
2011 - Mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, dan telah menjemput
ketua-ketua industri negara tersebut untuk meneroka peluang pelaburan di
Malaysia.
* 18 Mei
2011 - Menghadiri "Invest Malaysia New York 2011" di New York,
Amerika Syarikat dengan menarik pelaburan baru antara RM5 dan RM6 bilion
pelaburan.
* 15 Okt
2012 - Menjadi saksi kepada acara bersejarah permeteraian perjanjian damai
antara kerajaan Filipina dan Barisan embebasan Islam Moro (MILF) di Manila,
Filippina.
* 22 Jan
2013 - Merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi
Palestin sempena lawatan kemanusiaannya ke Gaza.
6. TEKNOLOGI
DAN INOVASI
* 24 Julai
2009 - menubuhkan Majlis Teknologi Hijau bagi mempromosi teknologi hijau dan
amalannya.
* 15 Sept
2009 - mengumumkan Pasukan F1 1Malaysia yang dikendalikan anak tempatan dalam
bidang pemotoran.
* 28 Okt
2009 - Umum kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) membabitkan 18 langkah
baharu termasuk mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat
pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebagai
syarat memperbaharui cukai jalan mulai tahun depan, memansuhkan sepenuhnya
permit import (AP) terbuka kenderaan terpakai mulai 2016 dan AP francais
menjelang 2021.
* 29 Okt
2009 - Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi
(iCoE) diwujudkan bagi menggalakkan kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber
komersial baru negara.
* 17 Dis
2009 - Najib mengumumkan komitmen Malaysia mengguna pakai petunjuk bagi
pengurangan secara sukarela pelepasan arbon atau gas rumah hijau sehingga 40
peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020
berbanding tahap 2005 pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu 2009 (COP 15) di Denmark.
* 26 Jan
2010 - melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) yang merupakan
komitmen kerajaan dalam memajukan sektor itu. Ia sejajar dengan akujanji Kuala
Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi mengurangkan pelepasan karbon
dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara persekitaran untuk generasi
akan datang.
* 24 Mac
2010 - Umum empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasi
Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.
* 10
November 2010 - Kerajaan mengumumkan langkah untuk meningkatkan nilai KDNK
dengan menambah kadar penggunaan jalur lebar di negara ini sehingga mencapai
tahap 50 peratus menjelang akhir tahun depan daripada hanya 24 peratus ketika
ini.
* 8 Sept
2011 - Lancar Rangka Kerja dan Sistem Penilaian Bandar Raya Rendah Karbon
bertujuan mengurangkan 40 peratus enghasilan karbon dioksida di bandar
menjelang 2020.
* 7 Julai
2011 - Memperkenal Kelestarian Yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga dengan
pemberian rebat tunai RM200 kepada engguna domestik yang membeli pendingin hawa
dan peti sejuk yang diberi taraf 5-bintang.
7. POLITIK
* 26 Mac
2009 - Diisytihar sebagai presiden Umno yang baharu, tanpa bertanding, pada
Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan erdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
* 24 April
2009 - Dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.
* 15 Ogos
2011 - Mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang dianggotai
wakil kerajaan BN dan parti pembangkang bagi membincangkan reformasi pilihan
raya.
* 29 Nov
2012 - Melancarkan buku bertajuk 'Transformasi Politik:Mendaulatkan Hak Asasi
Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat', yang memperinci kewajaran
setiap transformasi dilaksana kerajaan.
* 20 Feb
2013 - Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International
dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan
raya umum ke-13.
8. PENGIKTIRAFAN
DUNIA KEPADA MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB
* Laporan
Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai
dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi
kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan. baca sini
* Kajian
Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling
selamat daripada 153 negara di seluruh unia. Malaysia juga diletakkan sebagai
negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New
Zealand, Jepun dan Australia.
* Laporan
World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam
senarai daya saing ekonomi dunia erbanding tahun sebelumnya, menjadikan
Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia.
* Syarikat
perunding A.T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks
Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.
* World Bank
Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling
mesra perniagaan di dunia.
* Laporan
World Competitiveness Yearbook 2012/2013 mendapati Malaysia negara ke-14 paling
berdaya saing. BACA SINI
* Malaysia
sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung dalam Indeks
Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.
9.
PENDIDIKAN
* 25 Jan
2010 - 20 daripada 10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi
(SBT).
* 7 Okt 2011
- Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar
buku untuk pelajar universiti. - Bernama
No comments :
Post a Comment