Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, April 8, 2013

Calon Payung Terjun Pembangkang


Maklumat diperolehi daripada 'orang kuat' PKR dan PAS telah mengesahkan bahawa 4 orang  Jeneral Expired yang kini bertungkus lumus mengadakan sesi ceramah......rupa-rupanya telah dijanjikan oleh Anwar bahawa mereka akan dicalonkan untuk bertanding di kawasan Parlimen. 

Tindakan untuk menempatkan calon 'payung terjun' ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan Ketua Cabang PKR dan PAS. Bertambah rumit dan celarulah senarai calon PKR dan PAS. 

Difahamkan 4 nama calon (2 daripada PKR dan 2 daripada PAS) yang telah disenaraikan sebelum ini telah dimansuhkan melalui kuasa veto bagi membolehkan 4 Jeneral Expired bertanding sempena PRU 13 kelak. 

Nampaknya strategi dan "jarum" 4 Jeneral Expired tersebut telah dapat mempengaruhi pucuk pimpinan kedua-dua parti berkenaan. Kita mengucapkan Syabas kepada Jeneral Expired tersebut kerana telah berjaya mengenepikan bakal calon yang telah tersenarai sebelum ini. 

Adalah difaham bahawa 'orang kuat' tersebut  Datuk Ghafir akan bertanding di kawasan P.149 Sri Gading, Hj Imran di P.74 Lumut, Datuk Abd Hadi Khatab di P.77 Tanjong Malim manakala Datuk Najmie di P.13 Sik

Calon 'payung terjun' Pakatan Pembangkang (PP) dari kalangan Jeneral Expired ini telah memberi banyak kelebihan kepada BN manakala PP mengalami 4 kerusi defisit. Pengundi akar umbi PP di 4 kawasan Parlimen tersebut telah mula mempamerkan petunjuk kuat untuk "memboikot" dengan bakal mengambil tindakan untuk tidak keluar mengundi, ada yang akan menunjukkan undi protes dan tidak kurang yang akan beralih sokongan. 

Mana mungkin ahli dan pengikut PP dapat menerima 4 Jeneral Expired berkaitan kerana mereka tahu akan keburukan dan kemungkaran  Jeneral Expired semasa dalam perkhidmatan ATM. Mereka juga tahu bahawa Jeneral Expired adalah golongan kecewa dan tidak amanah.......sebagai contoh, Ghafir terlibat sepenuhnya dalam perolehan aset Tentera Darat dan telah puas di'tumbuk rusuk' dengan pelbagai habuan lumayan oleh pembekal. Hj Imran pula terlibat dalam kes penyelewengan logistik TLDM, Abd Hadi yang terburuk kerana terlibat dalam penjualan enjin jet manakala Najmie terlibat dalam skandal - hubungan sulit dengan isteri Pegawai ATM. 

Diyakini bahawa 4 Jeneral Expired tersebut akan kalah kepada calon BN malah mereka juga akan kehilangan wang deposit PRU 13. Marilah sama-sama kita "talkin"kan 4 Jeneral Expired tersebut bagi menghukum mereka akibat dosa yang telah mereka lakukan semasa dalam perkhidmatan ATM. Satu undi kepada Jeneral Expired ibarat merestui tindakan terkutuk yang bertentangan dengan akidah Islam.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.