Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, April 7, 2013

#EKSKLUSIF LAHAD DATU: PENDEDAKAN MY MASSA - DOKUMEN DEDAHKAN KAITAN PEMBANGKANG & KEDUTAAN AMERIKA DENGAN SERANGAN

 Apa Kaitan Kapal Perang Ini Dengan Pengganas Sulu?

Bagaimana kapal perang secanggih ini boleh tersangkut di terumbu karang?

“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.


“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.
Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.


Hasil pencarian, diketemukan dengan blog ini (http://sabahgroundzero.blogspot.com/) yang didapati antara yang terawal mendedahkan kehadiran kapal perang Amerika. Jom  kongsikan dokumen dalam blog tersebut yang mendedahkan rancangan menyerang Sabah sejak bulan Ogos tahun lepas lagi.








Baca seterusnya di sini : http://sabahgroundzero.blogspot.com/2013/03/red-flag-went-up-in-august-2012.html

Menurut blog SabahGroundZero, whistleblower yang mengesan perkara ini telah melaporkan kepada The National Whistleblowers Center (NWC) pada 20-22 Ogos 2012 untuk mendapatkan perlindungan saksi kerana mendedahkan Operasi Rahsia (covert operation) Kedutaan US di Singapura. Menurut whistleblower ini, operasi ini turut melibatkan pemimpin pembangkang di Malaysia.

Benarkan ada National Whistleblowers Center (NWC) yang dimaksudkan. Setelah diselidik, memang wujud NWC.


Kini bukti ada di depan mata. Terpulang kepada anda untuk mempercayainya.


Semoga pihak keselamatan buka mata dengan pendedahan yang dibuat oleh Sabah Ground Zero kerana menurut blog tersebut, mereka akan mendedahkan serangan Lahad Datu turut bermotifkan untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sabah.

*Mohon disebarkan perkara ini supaya lebih ramai rakyat Malaysia tahu pasal penglibatan pihak asing dan pihak dalam negara dalam insiden di Lahad Datu.








No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.